Pertubuhan Usahawan Nusantara Johor

Pertubuhan Usahawan Nusantara Johor MEMBANGUN BERSAMA RAKAN STRATEGIK NIAGA

AGM PUNJ 2025 : SERUAN BANGKITKAN USAHAWAN NUSANTARASetia Tropika, Johor Bahru | Sabtu, 19 Julai 2025 – Pertubuhan Usaha...
20/07/2025

AGM PUNJ 2025 : SERUAN BANGKITKAN USAHAWAN NUSANTARA

Setia Tropika, Johor Bahru | Sabtu, 19 Julai 2025 – Pertubuhan Usahawan Nusantara Johor (PUNJ) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi tahun 2025 yang berlangsung di Restoran Bogabali, Setia Tropika. Mesyuarat ini telah menghimpunkan ahli-ahli dari pelbagai latar belakang perniagaan bagi mendengar dan membincangkan perjalanan serta hala tuju organisasi.

Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan dan Laporan Kewangan PUNJ, yang memberi gambaran komprehensif tentang pencapaian, cabaran serta strategi yang telah dan bakal dilaksanakan dalam memperkasa ekosistem keusahawanan di peringkat negeri dan rantau.

Majlis turut dirasmikan oleh Presiden PUNJ, YBhg. Dato’ Seri Zubir bin Mohd Said, yang dalam ucapannya menegaskan perlunya ahli-ahli PUNJ untuk bangkit dan tampil ke hadapan menjadi penggerak utama dalam bidang urusan niaga dan pembangunan ekonomi.

“PUNJ bukan hanya tentang bilangan ahli, tetapi tentang kualiti dan komitmen ahli-ahli yang benar-benar mahu membina kekuatan ekonomi bangsa. Kita perlukan ahli yang sanggup memimpin, berkorban masa dan tenaga demi merealisasikan visi Rentas Niaga Nusantara,” tegas beliau.

Dalam mesyuarat tersebut, Dato’ Seri Zubir turut mengumumkan pelan strategik antarabangsa PUNJ dengan memaklumkan bahawa organisasi ini akan menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama KADIN Dumai (Kamar Dagang dan Industri Dumai) pada penghujung tahun 2025.

Sebagai langkah susulan, PUNJ juga akan membuka sebuah gudang (warehouse) di Dumai, Indonesia, yang bakal menjadi pusat pengump**an dan pengedaran produk usahawan dari Malaysia ke pasaran serantau di bawah naungan PUNJ.

AGM PUNJ 2025 ditutup dengan semangat perpaduan dan komitmen untuk terus memperkukuh jaringan usahawan serantau dan mewujudkan lebih banyak peluang niaga rentas sempadan demi manfaat bersama.

Program JIWA Kukuhkan Pelancongan Serumpun antara Johor dan Kep**auan RiauJohor Bahru, 28 Mei 2025. Dalam usaha memperku...
30/05/2025

Program JIWA Kukuhkan Pelancongan Serumpun antara Johor dan Kep**auan Riau
Johor Bahru, 28 Mei 2025.

Dalam usaha memperkukuh hubungan serumpun serta menjana pertumbuhan ekonomi melalui sektor pelancongan, satu perbincangan strategik telah diadakan pada 28 Mei 2025 bertempat di Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Jalan Taat, Johor Bahru.

Pertemuan tersebut melibatkan Dato’ Seri Zubir bin Mohd Said, Presiden Pertubuhan Usahawan Nusantara Johor (PUNJ) bersama ahli jawatankuasa PUNJ serta pegawai-pegawai kanan Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Johor Bahru. Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Yanny Soah (Naib Presiden 2 PUNJ), Aireen Chittu @ Hamid (Setiausaha PUNJ) dan Zarith Hanan, Pengurus Strategik & Pemasaran Tree A Sdn. Bhd.

Fokus utama perbincangan adalah pelaksanaan Program JIWA sebagai platform kolaborasi pelancongan antara Johor, Malaysia dan Kep**auan Riau (KEPRI), Indonesia. Program ini dijangka menjadi pemangkin kepada kerjasama dalam sektor pelancongan komuniti, ekopelancongan, pelancongan budaya serta pakej pelancongan rentas sempadan.

Antara inisiatif utama yang dirancang termasuklah :

Pakej Pelancongan JIWA antara Johor–Batam–Tanjung Pinang, melibatkan kerjasama ejen pelancongan, pengusaha hotel dan usahawan tempatan.

Pembangunan destinasi pelancongan komuniti, seperti lawatan ke kampung tradisi, produk desa dan kawasan sejarah di kedua-dua rantau.

Promosi Bersama Tourism Malaysia dan Dinas Pariwisata Indonesia, bagi memperluas jangkauan promosi ke peringkat serantau dan antarabangsa.

Menurut Dato’ Seri Zubir, “Program JIWA adalah platform pemersatu yang bukan hanya menjana ekonomi rakyat tetapi juga memperkukuh nilai kebudayaan, sejarah dan identiti serumpun yang dikongsi antara Johor dan KEPRI.”

Pihak Konsulat menyambut baik inisiatif ini dan menyatakan komitmen penuh untuk bekerjasama menjayakan agenda pelancongan rentas negara yang saling menguntungkan rakyat di kedua-dua sisi Tambak dan Selat.

Program JIWA pelancongan Johor-KEPRI melibatkan kehadiran pelancong, pelabur, agensi kerajaan dan media dari kedua-dua negara.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua.Semoga Sya...
31/03/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua.

Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan kasih sayang yang berpanjangan. Mari kita raikan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan bersama keluarga serta sahabat.

Dato' Seri Zubir bin Mohd Said
Presiden PUNJ

NIAGA NUSANTARA

Salam Ramadhan 2025 / 1446HAlhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan suci yang penuh rahmat dan keberkatan. Ram...
01/03/2025

Salam Ramadhan 2025 / 1446H

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan suci yang penuh rahmat dan keberkatan. Ramadhan adalah masa untuk meningkatkan ibadah, memperkukuh ukhwah dan memperbanyakkan amal kebaikan.

Semoga Ramadhan 1446H ini membawa ketenangan, keberkatan dan kejayaan dalam kehidupan serta perniagaan kita. Mari manfaatkan setiap detik dengan keikhlasan dan kebaikan.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

Dato’ Seri Zubir bin Mohd Said
Presiden Pertubuhan Usahawan Nusantara Johor

KOLABORASI STRATEGIK PUNJ & KOPERASI KJRI : MEMPERKASAKAN PRODUK INDONESIA DI PASARAN MALAYSIA! Pertubuhan Usahawan Nusa...
21/02/2025

KOLABORASI STRATEGIK PUNJ & KOPERASI KJRI : MEMPERKASAKAN PRODUK INDONESIA DI PASARAN MALAYSIA!

Pertubuhan Usahawan Nusantara Johor (PUNJ) dengan bangganya mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama Koperasi Konsolat Jeneral Republic Indonesia (KJRI) dalam usaha memperkukuhkan jaringan perniagaan dan perdagangan antara Malaysia dan Indonesia.

Melalui kerjasama ini, D Nusantara Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai syarikat utama yang akan menguruskan pengedaran barangan dan produk dari Indonesia ke pasaran Malaysia. Inisiatif ini bertujuan untuk membuka lebih banyak peluang kepada usahawan tempatan mendapatkan produk berkualiti dari Indonesia, sekaligus merancakkan industri perniagaan serantau.

Apa yang ditawarkan?
- Pengedaran produk eksklusif dari Indonesia
- Peluang usahawan Malaysia menjadi pengedar sah
- Akses kepada rangkaian produk berkualiti tinggi
- Kerjasama strategik antara komuniti perniagaan Malaysia & Indonesia

PUNJ ingin merakamkan penghargaan kepada Koperasi KJRI atas kepercayaan dan sokongan dalam menjayakan kolaborasi ini. Kami yakin usaha ini akan membawa manfaat besar kepada para usahawan dan merancakkan ekonomi serantau!

Nantikan perkembangan lanjut mengenai produk dan peluang perniagaan yang akan diumumkan tidak lama lagi.


Niaga Nusantara

Johor-Indonesia Business Forum 2025 Kukuhkan Hubungan Ekonomi SerantauJohor Bahru, 20 April 2024 – Johor-Indonesia Busin...
20/02/2025

Johor-Indonesia Business Forum 2025 Kukuhkan Hubungan Ekonomi Serantau

Johor Bahru, 20 April 2024 – Johor-Indonesia Business Forum 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Villa Inn, Johor Bahru, menghimpunkan para usahawan dan pemimpin perniagaan dari kedua-dua negara dalam usaha memperkukuhkan hubungan ekonomi serantau.

Forum ini dihadiri oleh wakil Pertubuhan Usahawan Nusantara Johor (PUNJ), termasuk Dato' Seri Zubir bin Mohd Said, Coach Mohamad Nor Zaki, serta tokoh perniagaan dari Indonesia, antaranya Ibu Rina Taniwan, Ibu Sofie Rahayu dan Ibu Dona Novia. Delegasi dari Dumai turut hadir, diketuai oleh Bapak Zulfan Ismaini, yang mengetuai peluang kerjasama strategik antara Johor dan Indonesia.

Acara ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan perdagangan, membuka peluang pelaburan serta mempromosikan produk dan perkhidmatan antara kedua-dua pihak. Sesi perbincangan menyentuh aspek pembangunan perniagaan, pelaburan dalam sektor strategik serta usaha meningkatkan daya saing perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di rantau ini.

PUNJ turut merakamkan penghargaan kepada Konsulat Jeneral Republik Indonesia, khususnya Bapak Sigit S. Widiyanto dan Bapak Razali, atas sokongan serta inisiatif dalam membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik. Sokongan ini diharapkan dapat membantu PUNJ terus berkembang dan memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan hubungan ekonomi Johor-Indonesia.

Majlis turut menyaksikan sesi bergambar antara pemimpin perniagaan Malaysia dan Indonesia sebagai simbolik kepada jalinan erat yang terjalin. Forum ini diharapkan dapat menjadi platform berterusan dalam merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi serantau serta memperkukuhkan jaringan usahawan Nusantara.

LAWATAN TAPAK PRESIDEN PUNJ DAN BIRO EKONOMI KJRI JOHOR BAHRU : MEMBINA JARINGAN PERNIAGAAN IKS & UMKM JOHOR-INDONESIAJo...
20/01/2025

LAWATAN TAPAK PRESIDEN PUNJ DAN BIRO EKONOMI KJRI JOHOR BAHRU : MEMBINA JARINGAN PERNIAGAAN IKS & UMKM JOHOR-INDONESIA

Johor Bahru, 5 Januari 2025 – Presiden Pertubuhan Usahawan Nusantara Johor (PUNJ), Dato’ Seri Zubir bin Mohd Said, bersama delegasi PUNJ telah mengadakan lawatan tapak bersama Biro Ekonomi Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru, yang turut disertai oleh Bapak Rizali, Biro Ekonomi KJRI, dan Bapak Redzuan, usahawan IKS terkemuka Johor. Lawatan ini bertujuan untuk meneroka peluang kolaborasi strategik dan memperkasakan jaringan perniagaan antara usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) Johor dan Usaha Mikro, Kecil dan Menengah (UMKM) Indonesia.

Lawatan ini memberi fokus kepada peluang kerjasama dalam sektor makanan, kraftangan, produk tempatan dan perkhidmatan yang menjadi tulang belakang ekonomi kedua-dua negara. Para usahawan dari Johor berkongsi pandangan serta strategi untuk mengukuhkan kedudukan produk mereka di pasaran setempat.

Menurut Dato’ Seri Zubir, “IKS dan UMKM memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi. Kolaborasi antara usahawan serumpun ini adalah langkah ke arah memperkasakan produk tempatan, meningkatkan eksport dan membuka peluang baharu di peringkat antarabangsa.”

Bapak Rizali p**a menekankan bahawa KJRI komited untuk menyokong UMKM di Indonesia dalam memperluas jaringan mereka ke Johor. “Kerjasama ini bukan sahaja memberi peluang kepada usahawan UMKM untuk menembusi pasaran antarabangsa, tetapi juga mewujudkan hubungan yang lebih erat antara kedua-dua negara serumpun,” katanya.

Sementara itu, Bapak Redzuan menekankan kepentingan inovasi dan pemasaran digital untuk membantu IKS Johor terus bersaing. “Gabungan sumber dan kepakaran antara IKS dan UMKM mampu menghasilkan produk yang lebih kompetitif. Inilah masanya untuk kita membangun bersama,” tambah beliau.

Cadangan Hasil Lawatan :
Program Latihan Usahawan – Kolaborasi latihan untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan IKS dan UMKM.

Pembangunan Pasaran Digital – Mempromosikan produk tempatan melalui e-dagang dan media sosial dengan sokongan teknologi terkini.

Pameran Produk Nusantara – Mengadakan pameran berkala untuk memperkenalkan produk IKS Johor dan UMKM Indonesia kepada pelanggan tempatan dan antarabangsa.

Lawatan ini telah membangkitkan semangat keusahawanan dan membuka peluang untuk IKS dan UMKM terus berkembang ke tahap yang lebih tinggi. Kerjasama ini dijangka menjadi pemangkin kepada transformasi perniagaan kecil dan sederhana di kedua-dua negara.

"IKS dan UMKM adalah nadi ekonomi Nusantara. Dengan bersatu, kita mampu melangkah lebih jauh."



13/01/2025
Mesyuarat Khas Pertubuhan Usahawan Nusantara Johor : Fokus Isu Dalaman dan Etika OrganisasiJohor Bahru, 1Januari 2025 – ...
06/01/2025

Mesyuarat Khas Pertubuhan Usahawan Nusantara Johor : Fokus Isu Dalaman dan Etika Organisasi

Johor Bahru, 1Januari 2025 – Pertubuhan Usahawan Nusantara Johor (PUNJ) telah mengadakan mesyuarat khas, bertempat di Pejabat Sekretariat PUNJ bagi membincangkan isu dalaman berkaitan etika organisasi. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Presiden PUNJ, Dato' Seri Zubir bin Mohd Said, dengan kehadiran barisan kepimpinan termasuk Naib Presiden 1 dan ahli jawatankuasa pertubuhan.

Mesyuarat khas ini bertujuan menangani beberapa isu penting yang telah dikenal pasti sebagai cabaran kepada kelancaran operasi dan reputasi pertubuhan. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah :

1. Pematuhan Kod Etika
Perbincangan berkisar kepada keperluan memperkemaskan pematuhan terhadap kod etika oleh ahli-ahli, termasuk menjaga integriti, profesionalisme dan ketelusan dalam semua urusan rasmi dan perniagaan.

2. Peningkatan Komunikasi Dalaman
Beberapa masalah komunikasi telah dikenalpasti sebagai faktor penyumbang kepada salah faham dan kelewatan dalam pelaksanaan program. Cadangan untuk memperkenalkan platform komunikasi yang lebih efektif turut dibentangkan.

3. Pembangunan Kapasiti Ahli
Usaha untuk melatih dan meningkatkan kesedaran ahli mengenai tanggungjawab etika serta peranan mereka dalam memartabatkan visi dan misi PUNJ juga menjadi tumpuan.

Presiden PUNJ dalam ucapan beliau menegaskan, “Isu etika adalah perkara asas yang menentukan hala tuju organisasi. Kita perlu bersatu padu dan memastikan setiap ahli mematuhi prinsip yang telah ditetapkan demi mencapai objektif bersama.”

Mesyuarat ini turut menyaksikan sesi perbincangan terbuka yang membolehkan ahli-ahli memberikan pandangan dan cadangan. Beberapa resolusi utama telah dicapai termasuk :

Penubuhan Jawatankuasa Etika bagi memantau dan mengurus isu berkaitan.

Pelaksanaan bengkel etika secara berkala untuk meningkatkan kesedaran ahli.

Memperkukuhkan saluran aduan dan maklum balas bagi menangani sebarang isu dengan lebih pantas dan berkesan.

Mesyuarat ini diakhiri dengan komitmen kepimpinan PUNJ untuk terus memperkukuh etika dan profesionalisme dalam kalangan ahlinya demi memajukan perniagaan dan menjadikan PUNJ sebagai organisasi teladan di rantau Nusantara.

Niaga Nusantara

Ucapan Tahun Baru 2025 & Salam 1 Rejab 1446HDato’ Seri Zubir Mohd SaidAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan sal...
31/12/2024

Ucapan Tahun Baru 2025 & Salam 1 Rejab 1446H

Dato’ Seri Zubir Mohd Said

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya, kita dipertemukan dengan tahun baharu 2025 dan bulan yang penuh keberkatan, 1 Rejab 1446H.

Tahun baharu ini adalah peluang untuk kita memperbaharui azam dan tekad dalam memperbaiki diri, keluarga, organisasi dan komuniti yang kita cintai. Dengan semangat perpaduan dan usaha gigih, saya yakin kita mampu mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Bersempena 1 Rejab, bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah, memohon keampunan dan memperkukuhkan hubungan kita dengan Allah SWT. Semoga bulan ini menjadi titik tolak kepada persiapan rohani menyambut kedatangan Ramadan yang bakal tiba.

Sebagai Presiden Pertubuhan Usahawan Nusantara Johor, saya menyeru semua ahli dan masyarakat untuk terus bersatu padu, memperkukuh kerjasama dan menjadikan tahun 2025 sebagai tahun yang penuh dengan inovasi, keberhasilan dan kemajuan untuk Nusantara.

Akhir kata, saya dan seluruh kepimpinan PUNJ mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2025 dan Salam 1 Rejab 1446H. Semoga tahun ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada kita semua.

Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Zubir Mohd Said
Presiden
Pertubuhan Usahawan Nusantara Johor
"Rentas Niaga Nusantara"

Address

Johor

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Usahawan Nusantara Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share