Raja Zarith Sofiah of Johor Foundation

Raja Zarith Sofiah of Johor Foundation Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor

Pengenalan


Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) telah ditubuhkan pada tahun 2014 dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor. Diilhamkan daripada karya tulisan dan hasil usaha

Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, YRZSNJ diasaskan bagi membina jalinan di antara masyarakat melalui usaha dan inisiatif di dalam bidang pendidikan dalam dan luar negara. YRZSNJ menyokong pelbagai platform yang menggalakkan diskusi dan rangkaian kerjasama atas dasar rasa saling hormat-menghormati diantara berbilang kaum dan pelbagai etnik, agama dan kepercayaan, terhadap nilai dan prinsip bersama dan pada masa yang sama menganjurkan pelbagai program berkenaan bidang pendidikan bagi tujuan memperkasakan generasi masa depan. Matlamat Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri adalah:

• Untuk mendidik generasi pelapis pada masa hadapan dengan memperkasa ekosistem pendidikan sedia ada dan mempertingkatkan penerapan nilai-nilai murni khususunya dalam bidang pendidikan sains, teknologi, kesenian, kesusasteraan, perniagaan dan kemanusian untuk manfaat masyarakat dunia agar dapat membantu membangunkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, saling hormat menghormati dan bertoleransi di antara satu sama lain serta berintegriti pada masa akan datang.

• Menyebar, memperluas dan mempromosikan semangat muhibah, keamanan dan perpaduan global melalui aktiviti-aktiviti berteraskan sosial dan kebajikan.

• Mengadakan perkongsian pintar, intelektual dan kerjasama strategik dua hala di antara institusi-institusi pengajian utama di seluruh dunia.

• Untuk mengumpul dana bagi membiayai pelbagai aktiviti pendidikan dan kesarjanaan dalam dan luar negara bagi tujuan perpaduan dan kesejahteraan umat manusia sejagat. Pejabat sekretariat YRZSNJ beroperasi di Aras 1, Wisma YPJ Holdings, Jalan Sri Perkasa 1/3, Taman Tampoi Utama, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Introduction

Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) was founded in 2014 under the Societies Act 1966, with consent for its establishment by His Majesty Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan and Sovereign Ruler of the State and Territory of Johor Darul Ta’zim and Her Majesty Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri of Johor. Inspired by the writings and works of Her Majesty Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri of Johor, YRZSNJ has been established to help bridge communities through educational initiatives in Malaysia and also abroad. YRZSNJ supports a diversity of platforms in which discussions and cooperation are encouraged, based on mutual respect of different faiths and ethnicities of shared values and principles while simultaneously also actively conducting various programmes related to the education sector in order to contribute to empower future generations. The objectives of Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor are:

• To educate future generations by empowering the current education ecosystems and to improve the implementation of good values particularly in the field of Science, Technology, Arts, Literature, Commerce and Humanitarian for the benefits of the global society in order to develop a society that is well-educated, practices good manners, tolerance among each other and high integrity.

• Spread and expand goodwill, unity and peace through social and humanitarian activities.

• Establish smart partnership, intellectual and strategic bilateral collaboration with renowned academic institutions around the world.

• Raise funds to finance various educational activities and scholarships within Malaysia and abroad for the purpose of human being’s unity and well-being. YRZSNJ secretariat’s office is located at Level 1, Wisma YPJ Holdings, Jalan Sri Perkasa 1/3, Taman Tampoi Utama, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada𝐃𝐮𝐥𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐨𝐭𝐚 𝐈𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥,...
30/06/2026

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada

𝐃𝐮𝐥𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐨𝐭𝐚 𝐈𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥, 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫

Sempena

Ulang Tahun Hari Keputeraan pada 30 Jun 2026 bersamaan 14 Muharam 1448H

Semoga Allah SWT merahmati usia Duli Yang Amat Mulia Tunku

Sembah Takzim daripada :
Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor



🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌙Sempena ketibaan Awal Muharam 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama menghayati makna hijrah ...
17/06/2026

🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌙

Sempena ketibaan Awal Muharam 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama menghayati makna hijrah sebagai satu titik perubahan ke arah kehidupan yang lebih cemerlang, berintegriti dan diberkati.

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar catatan sejarah, tetapi merupakan simbol pengorbanan, ketabahan dan keazaman dalam membina masyarakat yang berilmu, berakhlak dan bersatu padu.

Maal Hijrah mengajak kita untuk terus memperbaharui azam, memperkukuh perpaduan, menyemai nilai ihsan serta mempertingkatkan usaha dalam menyantuni masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan. Semangat hijrah ini juga mengingatkan kita bahawa kemajuan sesebuah ummah perlu dibina berteraskan ilmu, kasih sayang dan kesejahteraan bersama.

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa sinar rahmat, keberkatan dan kebahagiaan kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya Bangsa Johor.

Marilah kita bersama-sama melangkah ke hadapan dengan semangat hijrah yang positif demi membina masyarakat MADANI yang berilmu, berdaya saing dan penuh ihsan.

Salam Maal Hijrah 1448H

✨ MADANI Dihayati, Ummah Diberkati. ✨

Ikhlas daripada,
Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor



Peluang Keemasan untuk Penjawat Awam di Johor!Permohonan Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana (TPKKK...
17/06/2026

Peluang Keemasan untuk Penjawat Awam di Johor!

Permohonan Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana (TPKKKP) 2026 kini dibuka untuk penjawat awam yang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam.

Tempoh permohonan: 1 Jun - 31 Julai 2026

Layari https://www.pdt.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan dan proses permohonan.
..

Golden Opportunity for Civil Servants in Johor!

Applications for the Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana (TPKKKP) 2026 are now open for civil servants pursuing Diploma or Bachelor's Degree studies at Public Universities.

Application period: 1 June - 31 July 2026

Visit https://www.pdt.com.my for more information on eligibility requirements and the application process.

Raja Zarith Sofiah of Johor Foundation
Permodalan Darul Ta'zim



Anda Anak Jati Johor yang sedang melanjutkan pengajian di peringat Ijazah Sarjana di Universiti Awam?Inilah peluang anda...
17/06/2026

Anda Anak Jati Johor yang sedang melanjutkan pengajian di peringat Ijazah Sarjana di Universiti Awam?

Inilah peluang anda!

Permohonan Tabung Pendidikan Sarjana PDT (TPSPDT) bagi tahun 2026 kini dibuka dari 1 Jun – 31 Julai 2026.

Layari www.pdt.com.my untuk mengetahui info lanjut tentang permohonan TPSPDT.
..

Are you a Johorean currently pursuing a Master’s degree at a Public University?

This is your opportunity!

Applications for Tabung Pendidikan Sarjana PDT (TPSPDT) 2026 are now open from 1 June – 31 July 2026.

Visit www.pdt.com.my for more information on the TPSPDT application.

Raja Zarith Sofiah of Johor Foundation
Permodalan Darul Ta'zim



Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha ...
01/06/2026

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Kami sentiasa mendoakan semoga Kebawah Duli Tuanku, Raja Permaisuri Agong dan seluruh Kerabat Diraja dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Semoga Baginda Tuanku kekal qarar memayungi negara dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini.

Kami akan terus menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan.

Dirgahayu Tuanku!




Hari Wesak mengajak kita merenung nilai-nilai luhur yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat, khususnya kebijaksanaan, ...
01/06/2026

Hari Wesak mengajak kita merenung nilai-nilai luhur yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat, khususnya kebijaksanaan, kesederhanaan, ihsan dan kasih sayang sesama insan. Nilai-nilai ini bukan sahaja diraikan dalam tradisi keagamaan, malah terus relevan dalam membina sebuah masyarakat yang saling memahami dan menghormati.

Semoga sambutan Hari Wesak tahun ini membawa ketenangan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada penganut Buddha, serta terus menyemarakkan nilai kemanusiaan yang menyatukan kita sebagai sebuah bangsa yang beradab dan bermaruah.




Sambutan Kaamatan dan Gawai adalah perayaan kesyukuran yang berakar daripada tradisi dan warisan masyarakat Sabah dan Sa...
01/06/2026

Sambutan Kaamatan dan Gawai adalah perayaan kesyukuran yang berakar daripada tradisi dan warisan masyarakat Sabah dan Sarawak, diraikan penuh makna dalam semangat kebersamaan, muafakat dan penghargaan terhadap nikmat hasil bumi.

Dalam kepelbagaian adat, bahasa dan budaya yang mewarnai negara kita, sambutan ini mengingatkan bahawa kekuatan Malaysia terletak pada kemampuannya memelihara keharmonian dalam kemajmukan, memperkukuh semangat persaudaraan dan menyuburkan budaya saling menghormati.

Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak. Semoga sambutan ini membawa kemakmuran, keberkatan serta memperteguh semangat muafakat dan kebersamaan yang menjadi tunjang keharmonian Malaysia tercinta.





RAJA ZARITH SOFIAH: TRADISI KETAMADUNAN ISLAM MENGINGATKAN AGAMA DAN SAINS BOLEH SEIRING DALAM PERKEMBANGAN ILMUKDYMM SP...
27/05/2026

RAJA ZARITH SOFIAH: TRADISI KETAMADUNAN ISLAM MENGINGATKAN AGAMA DAN SAINS BOLEH SEIRING DALAM PERKEMBANGAN ILMU

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah tradisi ketamadunan Islam telah menunjukkan bahawa agama dan sains boleh seiring dalam perkembangan ilmu.

“Ada sesetengah aspek sejarah dunia moden yang mengajak untuk membayangkan agama dan sains dalam berpendirian yang saling tegang bertentangan, mahupun bersaing.

“Namun tradisi Islam mengingatkan kita bahawa ini bukan laluannya untuk memahami perkembangan ilmu.

“Sebuah tamadun boleh mengiktiraf akal tanpa memisahkannya daripada wahyu, penyelidikan boleh dialu-alukan tanpa meninggalkan nilai moral, malah penemuan baharu boleh diterokai tanpa melupakan hikmah,” titah Seri Paduka Baginda.

Raja Permaisuri Agong bertitah sedemikian dalam titah ucapan diraja yang menjadi pembuka tirai kepada Persidangan Diraja “Tradisi Sains Dalam Ketamadunan Islam: Sumber, Potensi dan Cabaran” yang berlangsung di Pusat Ketamadunan Islam (CIC), Tashkent, Uzbekistan pada 5 Mei 2025.

Titah Raja Zarith Sofiah, cabaran hari ini bukan hanya untuk menghayati ilmu yang diwariskan kepada tamadun moden hari ini, tetapi juga untuk memperbaharui persekitaran yang membolehkan perkembangan ilmu yang lebih bermakna bagi masa akan datang.

“Kita kini hidup dalam zaman yang diterajui kepantasan, potensi teknikal yang cukup besar, dan penuh kelalaian. Maklumat bergerak pantas, namun penilaian dan pertimbangan tidak selalunya mampu mengikut rentaknya.

“Institusi-institusi mungkin berkembang lebih besar, namun tidak semestinya lebih mendalam. Kuasa mungkin bertambah, sedangkan kejelasan matlamat semakin lemah.

“Persoalan yang kita hadapi adalah mampukah kita mendapatkan semula sebuah visi pengetahuan berprinsip yang jitu dari segi intelek namun pada masa yang sama berpegang teguh pada nilai-nilai murni,” titah Seri Paduka Baginda.




🕋 Salam Aidiladha 1447H/2026 🕋Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada sel...
27/05/2026

🕋 Salam Aidiladha 1447H/2026 🕋

Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kepedulian terhadap sesama insan. Semoga semangat ibadah korban terus menyuburkan rasa syukur, memperkukuh kasih sayang, serta mendorong kita untuk terus menyantuni mereka yang memerlukan.

Dalam keberkatan hari yang mulia ini, marilah kita memperbaharui tekad untuk menabur bakti dan menyebarkan kebaikan demi kesejahteraan masyarakat.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Ikhlas daripada,
Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor









MALAYSIA-UZBEKISTAN EDUCATIONAL COOPERATION DEMONSTRATES JOINT COMMITMENT TO THE PURSUIT OF KNOWLEDGECooperation in the ...
27/05/2026

MALAYSIA-UZBEKISTAN EDUCATIONAL COOPERATION DEMONSTRATES JOINT COMMITMENT TO THE PURSUIT OF KNOWLEDGE

Cooperation in the fields of study and research between Malaysia and Uzbekistan is vital in building an environment for the development of knowledge that is deeper, principled, and beneficial for the future.

Her Majesty Raja Zarith Sofiah, Queen of Malaysia said although separated by geography, old threads of connection through the dissemination of knowledge have long existed.

“The Malay world too has long benefited from scholars who came from all over the world, and names associated with lands (in Central Asia) such as Maa Waraa’ al-Nahr and Samarkand are not entirely absent from its intellectual memory.

“This reminds us that Islamic civilisation has never belonged to one people alone. It has been sustained across regions by travel, transmission, translation, teaching, and shared reverence for knowledge,” Her Majesty said.

The Queen delivered her royal address as the opening for the Royal Conference on “The Scientific Tradition in Islamic Civilisation: Sources, Potential, and Challenges,” held at the Center of Islamic Civilisation (CIC) in Tashkent, Uzbekistan on May 5, 2026.

Her Majesty added that the partnership between Malaysia and Uzbekistan within this conference carries a significance that goes beyond mere administration.

“They point toward a shared commitment to scholarship, preservation, and renewal. They suggest that we do not honour the past best by speaking of it from a distance, but by building the conditions in which knowledge may once again be pursued with depth, integrity, and benefit.

“Uzbekistan is one of the historic homes of Muslim learning. The names associated with this region still command deep respect across the Muslim world.

“When we recall figures such as Imam al-Bukhari, Imam al-Maturidi, and al-Biruni, we are reminded that this region stood close to the heart of a civilisation in which knowledge was pursued with great rigour and honour,” stated Raja Zarith Sofiah.




Address

1st Floor, Wisma YPJ Holdings, Jalan Sri Perkasa 1/3, Taman Tampoi Utama
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+6072345252

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Raja Zarith Sofiah of Johor Foundation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Raja Zarith Sofiah of Johor Foundation:

Shortcuts

Share