Persatuan Sukan Orang Pekak Johor

Persatuan Sukan Orang Pekak Johor JSDEAF

02/08/2026
πŸ†βš½ Kejohanan Futsal Orang Pekak Johor 2026πŸ“… 26 Julai 2026πŸ“ Daiman Sri Skudai Sports Centre, Johor BahruPersatuan Sukan O...
27/07/2026

πŸ†βš½ Kejohanan Futsal Orang Pekak Johor 2026
πŸ“… 26 Julai 2026
πŸ“ Daiman Sri Skudai Sports Centre, Johor Bahru

Persatuan Sukan Orang Pekak Johor (JSDeaf) telah berjaya menganjurkan Kejohanan Futsal Orang Pekak Johor 2026 yang menghimpunkan 8 pasukan lelaki melibatkan 100 peserta Dan dari seluruh Negeri Johor.

Kejohanan ini bertujuan mencungkil bakat baharu dan memilih pemain terbaik untuk mewakili Johor dalam pertandingan akan datang. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ms Jenny, Pengurus Daiman Sri Skudai Sports Centre.

πŸ† Keputusan Kejohanan
πŸ₯‡ Johan : Serigala FC
πŸ₯ˆ Naib Johan : Batu Pahat Deaf Tiger
πŸ₯‰ Tempat Ketiga : Shark BP FC
πŸ… Tempat Keempat : Iron Man Kulai

Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding, khususnya para pemenang. Terima kasih atas semangat kesukanan yang dipamerkan. Semoga kejohanan ini terus menjadi platform memperkasa bakat dan memajukan sukan futsal dalam komuniti orang pekak di Negeri Johor.












SETINGGI-TINGGI TAHNIAH​Dengan penuh rasa bangga dan bersyukur, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada​Ya...
22/07/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

​Dengan penuh rasa bangga dan bersyukur, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada

​Yang Berhormat Puan Nadhirah Afiqah binti Abdullah Rahim

​Atas pelantikan sebagai:
Timbalan Pengerusi
Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor

​Moga dengan pelantikan ini, YB dapat terus memacu kecemerlangan agenda pembangunan belia, sukan, serta memperkasa komuniti usahawan dan koperasi di Negeri Johor.

​Selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi









SETINGGI-TINGGI TAHNIAH YB PUAN CHAN SAN SAN! πŸŽ‰Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ucapan tahniah yang...
22/07/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH YB PUAN CHAN SAN SAN! πŸŽ‰

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ucapan tahniah yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Puan Chan San San atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor.

Pelantikan ini jelas mencerminkan kepercayaan dan kewibawaan beliau dalam memperkasakan institusi kekeluargaan, wanita, serta masyarakat di Johor.

Semoga YB terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan sukses dalam memimpin portfolio ini demi kesejahteraan Bangsa Johor.








Meraikan Dekad Inklusiviti Bersama Starbucks Malaysia πŸ€β˜•Persatuan Sukan Orang Pekak Johor (JSDeaf) dan Persatuan Orang P...
21/07/2026

Meraikan Dekad Inklusiviti Bersama Starbucks Malaysia πŸ€β˜•

Persatuan Sukan Orang Pekak Johor (JSDeaf) dan Persatuan Orang Pekak Johor (SDJO) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Starbucks Malaysia atas jemputan ke majlis "Appreciation Gathering: Starbucks Signing Store 10th Anniversary" pada 20 Julai 2026.

Seramai 5 orang wakil kepimpinan EXCO dan ahli kami telah hadir di Starbucks Signing Store, Permas City Johor untuk menjadi saksi kepada pencapaian luar biasa ini.

Pihak JSDeaf dan SDJO sangat mengagumi komitmen berterusan Starbucks dalam memperkasakan komuniti Pekak melalui peluang kerjaya yang inklusif. Ini bukan sekadar kedai kopi, ia adalah simbol harapan dan kesetaraan.

Tahniah Starbucks atas ulang tahun ke-10! Kami berharap hubungan strategik dan sokongan mesra ini akan terus berkekalan demi masa depan komuniti yang lebih cerah.
Terima kasih atas jemputan dan memori indah ini. Let's keep brewing possibilities! ❀️🀟🏻

Tahniah kepada semua pemenang! πŸ‘Keputusan Kejohanan Ping Pong Orang Pekak MalaysiaπŸ“ Kategori Individu LelakiπŸ₯‡ Johan: Joh...
19/07/2026

Tahniah kepada semua pemenang! πŸ‘
Keputusan Kejohanan Ping Pong Orang Pekak Malaysia

πŸ“ Kategori Individu Lelaki

πŸ₯‡ Johan: Johor ( Faizal Bin Mohd Bulkhini )
πŸ₯ˆ N. Johan: Wilayah Persekutuan
πŸ₯‰ Ketiga: Johor ( Ammar Shah Bin Ali )
πŸŽ–οΈ Keempat: Johor ( Mohd Yazid Bin Bain )

πŸ“ Kategori Individu Perempuan

πŸ₯‡ Johan: Sarawak
πŸ₯ˆ N. Johan: Pulau Pinang
πŸ₯‰ Ketiga: Johor ( Nabisah Binti Viran )
πŸŽ–οΈ Keempat: Wilayah Persekutuan

πŸ“ Kategori Beregu Lelaki

πŸ₯‡ Johan: Johor (Faizal Bin Mohd Bulkhini & Mohamad Hazwan Bin Abdul Manap )
πŸ₯ˆ N. Johan: Johor ( Mohamad Norhafizan Bin Mohamad Zaini & Ammar Shah Bin Ali)
πŸ₯‰ Ketiga: Johor ( Mohd Yazid Bin Bain & Azan Bin Adnan )
πŸŽ–οΈ Keempat: Wilayah Persekutuan

πŸ“ Kategori Beregu Perempuan

πŸ₯‡ Johan: Johor (Nurul Ain Binti Hamzah & Nabisah Binti Viran )
πŸ₯ˆ N. Johan: Johor (Nurul Nasuha Binti Mohd Khiar & Siti Aida Binti Hassan )
πŸ₯‰ Ketiga: Pahang
πŸŽ–οΈ Keempat: Wilayah Persekutuan









18/07/2026

Hari Pertama

Kejohanan Ping Pong Orang Pekak Malaysia

18-19 Julai 2026

Yang Berhormat YB Tuan Haji Mohd Hairi bin Mad Shah​Atas pelantikan sebagaiPengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pemba...
18/07/2026

Yang Berhormat YB Tuan Haji Mohd Hairi bin Mad Shah

​Atas pelantikan sebagai
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

​Ikhlas daripada kami di Persatuan Sukan Orang Pekak Johor (JSDeaf).

​Semoga dengan pelantikan ini, agenda pembangunan belia, sukan, serta keusahawanan di negeri Johor akan terus cemerlang dan memacu kejayaan yang lebih gemilang untuk semua lapisan masyarakat. Selamat menjalankan tugas dengan jayanya!






πŸ“ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ€π‰π” π‰π€π˜π€ π“π„π€πŒ 𝐉𝐒𝐃𝐄𝐀𝐅! β€οΈπŸ€πŸ’™β€‹Persatuan Sukan Orang Pekak Johor (JSDeaf) ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kep...
17/07/2026

πŸ“ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ€π‰π” π‰π€π˜π€ π“π„π€πŒ 𝐉𝐒𝐃𝐄𝐀𝐅! β€οΈπŸ€πŸ’™
​Persatuan Sukan Orang Pekak Johor (JSDeaf) ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua atlet ping pong kita yang bakal berjuang di 𝐊𝐞𝐣𝐨𝐑𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐒𝐧𝐠 𝐏𝐨𝐧𝐠 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐀𝐚𝐀 𝐌𝐚π₯𝐚𝐲𝐬𝐒𝐚!
​Ayuh warga Johor, kita berikan sokongan padu kepada wira-wira negeri kita!

β€‹πŸ“Œ πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π“ πŠπ„π‰πŽπ‡π€ππ€π:
πŸ“… Tarikh: 18 - 19 Julai 2026 (Sabtu & Ahad)

πŸ“ Tempat: Arena Skuasy Perak, Ipoh, Perak

​Semoga semua atlet dikurniakan kekuatan, semangat juang yang tinggi, serta beroleh kejayaan yang gemilang demi mengharumkan nama Johor Darul Ta'zim di persada kebangsaan! Terus berusaha, berdisiplin dan buat yang terbaik!

πŸ“β€‹Luaskan Kuasamu Johor! 🎯








Address

2-C, Jalan Yahya Awal
Johor Bahru
80100

Telephone

0177755094

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Sukan Orang Pekak Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share