Kelab Kereta Harimau Selatan

Kelab Kereta Harimau Selatan Ingin mengumpul semua Pemilik Kenderaan yang bertemakan JDT agar dapat memberi sokongan moral kepada Pasukan JDT.
(726)

Ayuh warga JDT
17/04/2026

Ayuh warga JDT

04/01/2026

Matchday πŸ”΄πŸ”΅

HARI PERLAWANAN ACLEβ€οΈπŸ’™
05/11/2025

HARI PERLAWANAN ACLE
β€οΈπŸ’™

πŸ”₯πŸ”₯
27/09/2025

πŸ”₯πŸ”₯

Lawan Tetap Lawan, Berani Kerana Benar - TMJ

27/09/2025

Lawan Tetap Lawan, Berani Kerana Benar - TMJ

27/09/2025

ADAKAH KEPUTUSAN PERLAWANAN DI KELAB SEBELUM INI DIKIRA FORFEIT?

Satu persoalan menarik, kalau FAM gagal dalam rayuan ini, apa kesannya kepada kelab yang menurunkan pemain pemain ini?

Jika 7 pemain ini didapati bersalah dari segi pendaftaran pemain, keputusan perlawanan melibatkan kelab mereka wakili sebelum hukuman dijatuhkkan tidak akan dikira forfeit atau kalah 3-0.

Ini kerana pada hari pemain pemain itu bermain, mereka dikira pemain sah berdasarkan status pendaftaraan semasa. Kelab hanya akan terkesan jika pemain itu diturunkan selepas hukuman dijatuhkan. Ini memang tak patut berlaku la.

Memang ada kemungkinan ada pihak cuba meminta agar keputusan perlawanan sebelum ini dikaji dan ditukar kepada forfeit. Ini agak sukar untuk berlaku. Sebab kes ini berlaku di peringgkat bola sepak antarabanggsa.

Kelab sebelum ini menurunkan pemain berdasarksn status kewarganegaraan mereka yang diberikan FIFA. Dan kelab tidak tahu pemain itu tak sah.

Ada sesetengah kes, kelab masih boleh turunkan pemain yang masih dalam siasatan, cuma kelab biasanya elak saja la nak pakai. Tapi kes 7 pemain ini, FIFA dah keluarkan arahan terus bahawa, mereka digantung 12 bulan.. Dalam proses rayuan.

Jadi, kesan status pemain ini kepada kelab adalah selepas hukuman itu. Di mana pemain tidak boleh bermain dalam masa 12 bulan dan tidak boleh terlibat dalam semua aktiviti bola sepak.

Untuk kes di Liga M yang ada kuota pemain asing, ia akan mempengaruhi status pemain itu sebagai pemain asing selepas ini. Namun kes ini masih akan dihantar ke tribunal, untuk menentukan kelayakan pemain pemain ini mewakili Malaysia lagi selepas ini. Itu yang FIFA cakap.

Jika pemain pemain ini dibenarkan untuk bermain untuk Malaysia lagi, bermakna status mereka boleh dikira pemain Malaysia. Cuma perlawanan sebelum ini mereka dianggap bermain tanpa dokumen sah. Ini agak rumit nak berlaku kalau FIFA sudah sahkkan bahawa dokumen dipalsukan dan status pemain tak sah sebagai pemain Malaysia.

FIFA menulis: "πΉπ‘’π‘Ÿπ‘‘β„Žπ‘’π‘Ÿ, π‘‘β„Žπ‘’ π‘šπ‘Žπ‘‘π‘‘π‘’π‘Ÿ π‘œπ‘“ π‘‘β„Žπ‘’ π‘π‘™π‘Žπ‘¦π‘’π‘Ÿπ‘ β€™ 𝑒𝑙𝑖𝑔𝑖𝑏𝑖𝑙𝑖𝑑𝑦 π‘‘π‘œ π‘π‘™π‘Žπ‘¦ π‘“π‘œπ‘Ÿ π‘‘β„Žπ‘’ π‘Ÿπ‘’π‘π‘Ÿπ‘’π‘ π‘’π‘›π‘‘π‘Žπ‘‘π‘–π‘£π‘’ π‘‘π‘’π‘Žπ‘š π‘œπ‘“ π‘€π‘Žπ‘™π‘Žπ‘¦π‘ π‘–π‘Ž β„Žπ‘Žπ‘  𝑏𝑒𝑒𝑛 π‘Ÿπ‘’π‘“π‘’π‘Ÿπ‘Ÿπ‘’π‘‘ 𝑏𝑦 π‘‘β„Žπ‘’ 𝐹𝐼𝐹𝐴 π·π‘–π‘ π‘π‘–π‘π‘™π‘–π‘›π‘Žπ‘Ÿπ‘¦ πΆπ‘œπ‘šπ‘šπ‘–π‘‘π‘‘π‘’π‘’ π‘‘π‘œ π‘‘β„Žπ‘’ 𝐹𝐼𝐹𝐴 πΉπ‘œπ‘œπ‘‘π‘π‘Žπ‘™π‘™ π‘‡π‘Ÿπ‘–π‘π‘’π‘›π‘Žπ‘™ π‘“π‘œπ‘Ÿ π‘π‘œπ‘›π‘ π‘–π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘›."

Nampak pening kan? Ya, FIFA memang macam tu.

Setakat ini tiada artikel peraturan FIFA yang benar benar spesifik menyebut tentang status pemain di kelab selepas digantung di peringkat FIFA..

Cuma kita boleh berpegang kepada prinsip bahawa, kelab menurunkan pemain berdasarkan status pemain itu yang diluluskan oleh pengendali liga atau status di FIFA.

Isu lain sekarnag, FAM cakap FIFA dah tengok dan teliti permohonan dan luluskan. FIFA p**a seperti menganggap diri mereka dah kena game. Itu berlaku di peringkat bola sepak antarabangsa.

Agak kejam la nak hukum kelab yang ada pemain pemain ini. Kalau yang main luar Malaysia tu memang tak ada isu sebab mereka ni memang dah berdaftar dengan kelab mereka. Cuma mereka digantung je la. Tiada kaitan dengan keputuan perlawanan.

Hmm tu je la. Tapi benda ni memang akan rumit la lepas ni kalau FAM gagal dalam rayuan mereka. Harap FAM lantik lawyer sekelas Lord Pannick gegar FIFA.

Buat masa ni tunggu hasil proses rayuan. Kalau kalah rayuan di FIFA boleh heret ke CAS kan?

29/07/2025

Address

122 Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling
Johor Bahru
81200

Telephone

0127844472

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Kereta Harimau Selatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Kereta Harimau Selatan:

Share