JPKK Kg Baru Sri Aman & Rangkaian

Directions

JPKK Kg Baru Sri Aman & Rangkaian Meningkatkan kemajuan kampung dan kebajikan penduduk

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga rohnya d tempatkan d kalangan org2 yang dikasihi. Amiin.
28/09/2026

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga rohnya d tempatkan d kalangan org2 yang dikasihi. Amiin.

28/09/2026
Mohon ambil.maklum sebelum pergi...
24/09/2026

Mohon ambil.maklum sebelum pergi...

MAKLUMAN PENERIMA BANTUAN KASIH JOHOR 2026 (RAYUAN)
FASA 4 – N41 DUN PUTERI WANGSA

Dimaklumkan kepada semua penerima Bantuan Kasih Johor (BKJ) 2026 Fasa 4 (Rayuan) bagi kawasan N41 DUN Puteri Wangsa, bahawa penyerahan bantuan akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

πŸ—“οΈ 4 Oktober 2026 (Ahad)
πŸ‘©πŸ» Suri Rumah Tidak Bekerja
πŸ’ Pasangan Baru Berkahwin (Non-Muslim)
⏰ 10.00 pagi – 8.00 malam
πŸ“ Dewan Muafakat Adda Heights

πŸ—“οΈ 7 Oktober 2026 (Rabu)
β™Ώ Murid / Kanak-kanak OKU (Tidak Bersekolah)
⏰ 10.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Dewan Taman Desa Cemerlang

πŸ—“οΈ 13 Oktober 2026 (Selasa)
πŸ‘΄πŸ» Warga Emas 60 Tahun Ke Atas
❀️ E-Kasih / Ketua Keluarga Miskin
πŸ“‹ Penerima Bantuan Am
⏰ 9.00 pagi – 9.00 malam
πŸ“ Dewan Taman Pelangi Indah

πŸ“Œ DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Bagi Penerima:

1. Salinan Kad Pengenalan sahaja.

Bagi Wakil:

1. Salinan Kad Pengenalan penerima.
2. Salinan Kad Pengenalan wakil.
3. Borang wakil (disediakan di kaunter pada hari penyerahan).

πŸ‘‰ Semua penerima diminta hadir mengikut tarikh, masa dan lokasi yang telah ditetapkan serta membawa dokumen yang diperlukan bagi melancarkan urusan penyerahan bantuan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak agensi yang berkenaan:
πŸ“Œ JKM Johor Bahru
πŸ“Œ Pejabat Daerah Johor Bahru
πŸ“Œ YPKDT Daerah Johor Bahru

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Jangan lupa hadir ye penerima.. sila semak ketetapan yg tertera..
24/09/2026

Jangan lupa hadir ye penerima.. sila semak ketetapan yg tertera..

Sila semak
21/09/2026

Sila semak

 # # # πŸŒ™ MAJLIS MAULIDUR RASUL 1448H – MASJID AN-NUR KAMPUNG SINARAN BARUAlhamdulillah,  19 September 2026 menjadi hari ...
19/09/2026

# # # πŸŒ™ MAJLIS MAULIDUR RASUL 1448H – MASJID AN-NUR KAMPUNG SINARAN BARU

Alhamdulillah, 19 September 2026 menjadi hari yang cukup bermakna buat kariah Kampung Sinaran Baru apabila Masjid An-Nur Kampung Sinaran Baru tturut menganjurkan Majlis Maulidur Rasul 1448H pada petang yang sama.

Seawal pagi, para ahli jawatankuasa, penduduk dan sukarelawan telah bergotong-royong menyiapkan persiapan majlis, memasak dan menyediakan hidangan untuk para tetamu yang hadir.

Majlis turut menerima kunjungan Tok Ijal, YH Dato’ Sri HJ Abu Bakar A.Rashid Ahli Majlis Zon Seelong, MPKU
serta rombongan VVIP yang hadir selepas selesai menghadiri Majlis Maulidur Rasul di Surau Al-Mutawakkilin, Kampung Tawakal.

Walaupun dua majlis berlangsung pada waktu yang sama, semangat kebersamaan dan ukhuwah masyarakat tetap terserlah. Kehadiran para tetamu serta penduduk yang bersama-sama menjayakan majlis amat dihargai.

JPKK Kg Baru Sri Aman & Rangkaian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Masjid An-Nur, para AJK, sukarelawan, penduduk kampung dan semua yang bertungkus-lumus dari pagi hingga selesai bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini terus menyemarakkan cinta kepada Rasulullah SAW, memperkukuh ukhuwah dan menyatukan masyarakat.

Cinta Rasul, Pedoman Hidup.
Ummah Bersatu, Rasul Dihati.

 # # # πŸŒ™ Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448HAlhamdulillah, telah berlangsung  Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H Peri...
19/09/2026

# # # πŸŒ™ Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H Peringkat Kampung Tawakal pada 19 September 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Tawakal.

Majlis berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk serta komuniti setempat Turut hadir memeriahkan majlis ialah Dato’ Sri Abu Bakar. , yang bersama-sama masyarakat dalam majlis penuh keberkatan ini.

JPKK Kg Baru Sri Aman & Rangkaian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Surau Al-Mutawakkilin Kg Tawakal, Ahli Majlis Zon Seelong, Majlis Perbandaran Kulai, serta semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Semoga majlis seperti ini terus menyemarakkan rasa cinta kepada
Rasulullah SAW mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam komuniti.

Salam Maulidur Rasul 1448H
Menyantuni Sunnah, Menyuburkan Ukhuwah.

Alhamdulillah.. Hari ini JPKK Kg Baru Sri Aman telah Menyerahkan Canopy Dan Peralatan Menggali kubur kepada Team Pusara ...
17/09/2026

Alhamdulillah..
Hari ini JPKK Kg Baru Sri Aman telah Menyerahkan Canopy Dan Peralatan Menggali kubur kepada Team Pusara Kubur Kampung Baru Sri Aman & Rangkaian..

Terima Kasih Yang tak terhingga kepada En Aswan Bin Hj Khamis Sebagai Ketua Eksekutif Syarikat Aito di atas Sumbangan Tersebut..

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPT DALAM NEGARA 2026 KINI DIBUKA!Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) membuka pe...
15/09/2026

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPT DALAM NEGARA 2026 KINI DIBUKA!

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) membuka permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara Tahun 2026 – Semester Pertama kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan.

Kadar bantuan:

Anak Asnaf – RM500 (Sijil/Asasi/Matrikulasi), RM1,000 (Diploma) dan RM1,500 (Ijazah Sarjana Muda)
Pelajar KUIJSI – RM1,000
Kategori Umum – RM500

Tempoh permohonan:
15 September hingga 15 Oktober 2026

Antara syarat utama ialah pemohon beragama Islam, anak kelahiran Johor dan menetap di Negeri Johor, telah menerima surat tawaran ke IPT tempatan serta mendaftar bagi semester pertama sahaja.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal ePayment MAINJ seperti yang tertera pada poster atau dengan mengimbas kod QR.

Jangan lepaskan peluang ini. Mohon dalam tempoh yang ditetapkan dan kongsikan maklumat ini kepada mereka yang memerlukan.

Address

Lorong Rambutan
Johor Bahru
81300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Kg Baru Sri Aman & Rangkaian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share