PKPI TNB JOHOR BAHRU

Directions Contact the organization

PKPI TNB JOHOR BAHRU Persatuan Kebajikan Pekerja Islam TNB Johor Bahru

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Š๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐”๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐‹๐‹๐/๐“๐๐ ๐Š๐ž-๐Ÿ•๐Ÿ• ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”1 Sep 2026 - Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, PKP...
01/09/2026

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Š๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐”๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐‹๐‹๐/๐“๐๐ ๐Š๐ž-๐Ÿ•๐Ÿ• ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

1 Sep 2026 - Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, PKPI Johor Bahru telah selesai menganjurkan ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Š๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐”๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐‹๐‹๐/๐“๐๐ ๐Š๐ž-๐Ÿ•๐Ÿ• yang bertempat di Surau An-Nur, Kompleks Perumahan TNB, Kempas.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil ringkas, Solat Hajat serta bacaan doa yang dipimpin oleh Imam, Tuan Haji Abdul Hadi bin Omar.

Majlis turut dihadiri oleh YDP PKPI Johor Bahru, Tuan Haji Mohd Zainal bin Mohd Dekan, barisan AJK PKPI Johor Bahru, ahli-ahli PKPI Johor Bahru serta warga kerja TNB Johor Bahru.

Semoga segala doa dan hajat yang dipanjatkan diperkenankan serta dimakbulkan oleh Allah SWT. Semoga syarikat yang kami sayangi ini terus diberi keberkatan, dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Aamiin Ya Rabbal โ€˜Alamin. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐๐ž๐ซ๐ฐ๐š๐ค๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐๐Š๐๐ˆ ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐๐š๐ก๐ซ๐ฎ ๐Š๐ž ๐Œ๐ฎ๐ค๐ญ๐š๐ฆ๐š๐ซ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐๐Š๐๐ˆ ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐“๐๐ ๐Š๐š๐ฅ๐ข ๐Š๐ž-๐Ÿ๐Ÿ“ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”9-10 Julai 2026 - Seramai (6) o...
01/09/2026

๐๐ž๐ซ๐ฐ๐š๐ค๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐๐Š๐๐ˆ ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐๐š๐ก๐ซ๐ฎ ๐Š๐ž ๐Œ๐ฎ๐ค๐ญ๐š๐ฆ๐š๐ซ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐๐Š๐๐ˆ ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐“๐๐ ๐Š๐š๐ฅ๐ข ๐Š๐ž-๐Ÿ๐Ÿ“ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

9-10 Julai 2026 - Seramai (6) orang Ahli Jawatankuasa PKPI TNB Johor Bahru telah menghadiri Muktamar Tahunan PKPI Kebangsaan Ke-25 Tahun 2026 bertempat di Hotel Dusit Princess, Melaka.

Lebih 200 orang perwakilan dari PKPI seluruh TNB termasuk Ahli Majlis Tertinggi PKPI Kebangsaan turut hadir ke muktamar ini.

PKPI Johor Bahru juga ingin merakam setinggi tahniah kepada PKPI lain yang telah memenangi Anugerah PKPI Terbaik 2025.


28 Mei | Johor Bahru - Alhamdulillah Persatuan Kebajikan Pekerja Islam (PKPI) Johor Bahru telah berjaya menganjurkan Pro...
29/05/2026

28 Mei | Johor Bahru - Alhamdulillah Persatuan Kebajikan Pekerja Islam (PKPI) Johor Bahru telah berjaya menganjurkan Program Gotong-Royong Ibadah Korban 1447H / 2026M semalam bertempat di Perkarangan Surau An-Nur, Kompleks Perumahan TNB, Kempas dalam suasana penuh kemeriahan, semangat kebersamaan dan ukhuwah yang erat sesama warga kerja TNB Johor Bahru dan penghuni Kuarters.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Zaharuddin bin Abd Samat selaku Timbalan Yang Dipertua (TYDP) PKPI JB bersama warga kerja serta ahli-ahli PKPI yang berganding bahu menjayakan aktiviti korban secara gotong-royong dengan penuh komitmen dan semangat kerjasama.

Sebanyak (6) ekor lembu telah dikorbankan sepanjang program berlangsung. Daging korban telah diagihkan kepada para peserta, sukarelawan, penghuni Kuarters serta asnaf sekitar Kempas yang hadir sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan dedikasi yang diberikan.

Pihak PKPI JB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Program Gotong-Royong Ibadah Korban 1447H / 2026M ini.

Semoga segala amal kebajikan dan pengorbanan yang dilaksanakan mendapat keberkatan serta ganjaran daripada Allah SWT.

"Ikhlas Bertugas dan Beramal"

โœจ๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ โœจDi sebalik erti pengorbanan, tersimpan nilai keikhlasan. Di sebalik takbir bergema, terselit doa...
26/05/2026

โœจ๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ โœจ

Di sebalik erti pengorbanan, tersimpan nilai keikhlasan.
Di sebalik takbir bergema, terselit doa penuh harapan.
๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š, semoga hati kita sentiasa dekat dengan-Nya ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐ˆ๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ฌ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š,
๐๐Š๐๐ˆ ๐“๐๐ ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ ๐๐š๐ก๐ซ๐ฎ.

Kebangsaan Tnb

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐€๐†๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐๐€๐ ๐๐Š๐๐ˆ ๐“๐๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐€๐‡๐‘๐” ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ’๐Ÿ“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”08 Mei 2026 - Mesyuarat Agung Tahunan PKPI TNB Johor B...
11/05/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐€๐†๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐๐€๐ ๐๐Š๐๐ˆ ๐“๐๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐€๐‡๐‘๐” ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ’๐Ÿ“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

08 Mei 2026 - Mesyuarat Agung Tahunan PKPI TNB Johor Bahru Kali Ke-45 Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran seramai 80 orang ahli.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Di Pertua (YDP), Mohd Zainal bin Mohd Dekan, diikuti dengan ucapan perasmian oleh Liaison Officer PKPI Kebangsaaan Bagi Negeri Johor, Encik Mohd Syazwan bin Othman.

Encik Syazwan turut menyerahkan cenderahati kepada YDP yang akan berangkat menunaikan rukun Islam ke-5 pada 19 Mei 2026.

Aturcara mesyuarat diteruskan dengan pembentangan laporan aktiviti oleh Setiausaha serta pembentangan laporan kewangan oleh Bendahari bagi tahun kewangan 2025 serta pembentangan usul/cadangan dari AJK dan ahli-ahli PKPI JB yang hadir. Kesemua usul yang dibentangkan telah dipersetujui dengan majoriti undian ahli.

Sebagai penutup, mesyuarat ditangguhkan dengan acara cabutan bertuah. Sebelum bersurai, ahli-ahli PKPI JB telah diserahkan cenderahati dan juadah.

07/05/2026

Siapakah pemenang bertuah kali ini? ๐Ÿคฉ

๐•พ๐–Š๐–™๐–Ž๐–“๐–Œ๐–Œ๐–Ž-๐•ฟ๐–Ž๐–“๐–Œ๐–Œ๐–Ž ๐•ฟ๐–†๐–๐–“๐–Ž๐–†๐– kepada YBhg. Datuk Ir. Ts Shamsul bin Ahmad atas perlantikan sebagai Presiden/Ketua Pegawai Ekse...
28/02/2026

๐•พ๐–Š๐–™๐–Ž๐–“๐–Œ๐–Œ๐–Ž-๐•ฟ๐–Ž๐–“๐–Œ๐–Œ๐–Ž ๐•ฟ๐–†๐–๐–“๐–Ž๐–†๐– kepada YBhg. Datuk Ir. Ts Shamsul bin Ahmad atas perlantikan sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB berkuatkuasa 1 Mac 2026.

Ikhlas daripada:
PKPI Johor Bahru

Assalamualaikum semua,Dengan berat hatinya dan dukacita dimaklumkan PKPI TNB Johor Bahru telah menerima perkhabaran sedi...
04/02/2026

Assalamualaikum semua,

Dengan berat hatinya dan dukacita dimaklumkan PKPI TNB Johor Bahru telah menerima perkhabaran sedih bahawa sahabat seperjuangan kita yang juga merupakan ahli PKPI JB, Encik Kamarozaidi bin Mohd Nor, warga kerja TMBS Johor Bahru telah kembali ke Rahmatullah pada 18 Januari 2026.

Pada hari ini [4 Februari 2026] beberapa orang AJK PKPI Johor Bahru telah menyampaikan sumbangan kematian kepada waris arwah di kediamannya.

Innalillahi wainnailaihirajiun.

โ€Žุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูุŒ ูˆูŽุฃูŽูƒู’ุฑูู…ู’ ู†ูุฒูู„ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽูˆูŽุณู‘ูุนู’ ู…ูุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡ูุŒ

Kami bersaksikan bahawa arwah seorang yang baik. Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya.
Semoga rohnya dicucuri Rahmat & ditempatkan bersama orangยฒ yang beriman, aaminnยณ yarabbal alamin ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป

Address

Wisma TNB Jalan Yahya Awal
Johor Bahru
80100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKPI TNB JOHOR BAHRU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PKPI TNB JOHOR BAHRU:

Shortcuts

Share