Waqaf An-Nur

Call Directions Website Contact the organization

Waqaf An-Nur Waqaf An-Nur Corporation Berhad (Waqaf An-Nur) sebuah entiti yang berperanan sebagai Nazir Khas

Aktiviti Waqaf An-Nur
1.Rangkaian Masjid An-Nur
2.Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur
3.Jalinan Ukhuwah
4.Dana Niaga
5.Pusat Waqaf Komuniti
6.Briged Waqaf
7.Program Mutawwif


Laman sosial ini dibangunkan bagi tujuan menyalurkan informasi berkaitan Waqaf An-Nur.

14/10/2026

Ya Allah, jika aku hampir berputus asa, ingatkanlah aku bahawa Engkau sentiasa ada.

14/10/2026

โ€œRabbi yassir wala tuโ€˜assir, Rabbi tammim bil khairโ€ฆโ€

Doa ringkas yang sentiasa kutitipkan, semoga Allah memudahkan setiap urusan, menenangkan hati dan menyempurnakan segala usaha dengan kebaikan... Amin ๐Ÿคโœจ

13/10/2026

Ya Allah, peganglah hatiku agar tidak jauh daripada-Mu walau diuji berulang kali.

13/10/2026
12/10/2026

Ya Allah, jadikanlah setiap kesabaranku bernilai pahala di sisi-Mu.

11/10/2026

Ya Allah, perelokkanlah akhlakku sebagaimana Engkau perelokkan kejadianku.

๐–๐€๐๐€๐… ๐€๐-๐๐”๐‘ ๐“๐€๐‰๐€ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐†๐‘๐€๐ƒ๐”๐€๐ (๐€๐ˆ๐†) ๐”๐๐ˆ๐“๐„๐.8 Okt.  - Waqaf An-Nur terus memperkukuh komitmen...
09/10/2026

๐–๐€๐๐€๐… ๐€๐-๐๐”๐‘ ๐“๐€๐‰๐€ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐†๐‘๐€๐ƒ๐”๐€๐ (๐€๐ˆ๐†) ๐”๐๐ˆ๐“๐„๐.

8 Okt. - Waqaf An-Nur terus memperkukuh komitmen terhadap pendidikan dan pembangunan modal insan melalui penajaan Anugerah Kecemerlangan Industri Graduan (AIG) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Penajaan ini mencerminkan usaha berterusan Waqaf An-Nur dalam menggalakkan lahirnya generasi Huffaz Profesional yang cemerlang dalam akademik, berketerampilan dalam kepimpinan serta memiliki sahsiah terpuji berteraskan nilai Islam.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima anugerah tajaan Waqaf An-Nur:

1. Adawiatul Syafiqah Binti Addie Norazlie : Bachelor Of Business Economics | Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN.
2. Balqis Husna Binti Mohd Zaidi : Bachelor In Computer Science | Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN.
3. Mohd Adli Syukri Bin Noraman : Bachelor In Computer Science | Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN.
4. Aisyah Binti Yusoff : Bachelor In Computer Science | Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN.
5. Nik Abdul Qayyum Bin Nik Azhar : Bachelor Of Accounting | Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN.
6. Muhammad Amin Nasrin : Bachelor In Electrical And Electronic Engineering | Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan serta memanfaatkan ilmu dan kemahiran demi kesejahteraan masyarakat.

Melalui sokongan ini, Waqaf An-Nur terus memperkukuh peranannya dalam pembangunan ummah yang holistik, dengan memberi perhatian kepada kecemerlangan ilmu, penghayatan nilai Islam dan pembentukan pemimpin masa hadapan.

Membina Waqaf, Membela Ummah.

09/10/2026
๐–๐š๐ช๐š๐Ÿ ๐€๐ง-๐๐ฎ๐ซ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐“๐š๐๐›๐ข๐ซ ๐”๐ซ๐ฎ๐ฌ, ๐‘๐ข๐ฌ๐ข๐ค๐จ ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐š๐ญ๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐š๐ก.8 Okt. - Waqaf An-Nur terus memperkukuh komitmennya terh...
09/10/2026

๐–๐š๐ช๐š๐Ÿ ๐€๐ง-๐๐ฎ๐ซ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐“๐š๐๐›๐ข๐ซ ๐”๐ซ๐ฎ๐ฌ, ๐‘๐ข๐ฌ๐ข๐ค๐จ ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐š๐ญ๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐š๐ก.

8 Okt. - Waqaf An-Nur terus memperkukuh komitmennya terhadap tadbir urus yang berintegriti dan pematuhan Maqasid Syariah menerusi penganjuran Internal Control Training for Shariah Compliance in Operations of Waqaf An-Nur.

Program yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini merupakan program susulan kepada ERM Refresher Course (Pengurusan Risiko Organisasi) yang telah dilaksanakan pada September lalu.

Program ini mencerminkan komitmen Waqaf An-Nur dalam memperkukuh kompetensi anggota pekerja serta membudayakan pengurusan risiko, tadbir urus dan pematuhan Syariah bagi memastikan pengurusan wakaf yang telus, berakauntabiliti dan mampan.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat diterjemahkan kepada amalan kerja yang lebih berkesan, memperkukuh kawalan dalaman serta meningkatkan pematuhan Syariah dalam operasi Waqaf An-Nur dan syarikat dalam kumpulan, demi memastikan manfaat wakaf terus berkembang dan dinikmati oleh ummah.

RINGANKAN BEBAN ORANG, MESKI KITA JUGA SEDANG BERJUANGRasulullah SAW bersabda, maksudnya:โ€œAllah sentiasa menolong seoran...
09/10/2026

RINGANKAN BEBAN ORANG, MESKI KITA JUGA SEDANG BERJUANG

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

โ€œAllah sentiasa menolong seorang hamba selagi hamba itu menolong saudaranya.โ€
โ€” Petikan hadis riwayat Muslim, no. 2699a.

Kadang-kadang, kita sendiri sedang penat. Ada masalah yang belum selesai, ada keperluan yang belum cukup. Namun, masih ada ruang untuk membantu seseorang.

Tak semestinya dengan wang. Boleh jadi dengan tenaga, masa atau kesudian mendengar saat dia tiada tempat bercerita.

Kita mungkin tak mampu menyelesaikan semua masalahnya. Tetapi bantuan kecil kita boleh membuatkan dia rasa tidak keseorangan.

Jumaat ini, carilah satu peluang untuk meringankan beban seseorang. Semoga Allah turut membantu kita dalam perjuangan yang tidak semua orang tahu. ๐Ÿคฒ

Address

WAQAF AN-NUR CORPORATION BERHAD Lot 1B, Podium 1, Menara Ansar, 65 Jalan Trus, 80888, Ibrahim International Business District (IIBD) Darul Ta'zim
Johor Bahru
80000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 12:30
14:30 - 17:30

Telephone

+6072972692

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Waqaf An-Nur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Waqaf An-Nur:

Shortcuts

Share