17/04/2026
17 APRIL 2026
PROGRAM RAYA SEKAMPUNG BANGSA JOHOR JPKK KAMPUNG KOPOK BARU
π Ucapan Penutup Majlis Hari Raya Sekampung π
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah SWT, Majlis Hari Raya Sekampung yang telah berlangsung di Dewanraya Kg Kopok Baru telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kemeriahan dan semangat kekeluargaan atas keprihatinan YAB Dato Onn Hafiz Bin Ghazi Menteri Besar Johor..
Saya, Hj Zainal Abidin Bin Jufrin selaku Ketua Kampung Kg Kopok Baru merangkap Pengerusi JPKK Kampung Kopok Baru, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kampung, barisan jawatankuasa JPKK, para sukarelawan serta semua pihak yang telah memberi sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.
Ucapan terima kasih juga kepada YB Senator Dato' Hj Abdul Halim Bin Hj Suleiman, Ahli Dewan Negara merangkap Ketua UMNO Bahagian Tebrau, YB Tuan Hj Azizul Bin Hj Bachok Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tebrau merangkap ADUN Tiram, Tuan Mohd 'Afiff Bin Mohd Adzhar, Penghulu Mukim Plentong, Tuan Norizam Shah Bin Md Yunus, Naib Ketua UMNO Bahagian Tebrau merangkap Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Pasir Gudang zon Cahaya Masai dan Tuan Hj Abdul Malek Bin Mahmood Ketua UMNO Cawangan Kampung Kopok merangkap Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Cahaya Baru Tanjung Langsat hadir bersama pada majlis ini.
Sesungguhnya, komitmen dan semangat yang ditunjukkan ini mencerminkan kekuatan perpaduan serta jati diri Bangsa Johor yang kita banggakan.
Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kelemahan sepanjang penganjuran majlis ini. Segala yang baik datang daripada Allah SWT dan yang kurang itu adalah daripada kelemahan kami sendiri.
Akhir kata, semoga ukhwah dan silaturahim yang terjalin akan terus diperkukuhkan demi kesejahteraan dan keharmonian kampung kita.