16/07/2025
Telah berlangsung KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru di Auditorium Infinity8, Iskandar Puteri pada 12 Julai 2025 yang lalu.
Seramai 160 orang pemimpin, staf pendidikan, sektor swasta dan ibu bapa telah menyertai dari daerah Johor Bahru (130), Batu Pahat (7), Kulai (6), Mersing (6), Kota Tinggi (5), Kluang (5), Pasir Gudang (2) dan luar Negeri Johor (2) telah menyertai.
Kursus tersebut telah ditutup rasmi oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Mejar (AW) Haji Khir Bin Muda diiringi oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap (Latihan), Tuan Rodyisnansyah Bin Julaihi.
Penceramah terdiri daripada :
Ketua Kursus, Tuan Chew Meng Yong, Tuan Lim Chao Hung dan Tuan Nasaruddin Bin Juwahir;
Jurulatih Antarabangsa, Tuan Rizal Bin Mat Said;
Penolong Jurulatih Kebangsaan, Tuan Khairi Bin Jailani dan Tuan Salihin Bin Othman;
dan juga barisan pembimbing, Tuan Mohd Afiq Bin Mohd Fauzi (JB), Tuan Mahzuz Bin Abd Rahman (BP), dan Cik Nurul Syazwani Binti Zikri (PG).
Tahniah kepada semua peserta, berjumpa di KMK P1 JB p**a! Salam Pengakap!