27/08/2025
Info Lalu Lintas
NOTIS PENUTUPAN JALAN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU
Dimaklumkan beberapa laluan di kawasan Pasir Gudang akan ditutup sempena penganjuran Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Johor Bahru 2025.
Penutupan jalan adalah seperti berikut:
1. Lorong Tengah Jalan Masjid (hala ke Stadium)
2. Jalan Mawar Biru
3. T/L Jalan Masjid / Jalan Mawar Biru
4. Lorong hadapan Sekolah Menengah Rendah Tahfiz
5. T/L Jalan Masjid / Jalan Mawar (hala Jalan Bandar)
6. Jalan Mawar Merah (laluan masuk ke UTC)
Tempoh penutupan:
Bermula 29 Ogos 2025, jam 5.30 pagi
Sehingga 31 Ogos 2025, jam 12.00 tengah hari
Orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif yang telah disediakan serta mematuhi arahan anggota bertugas bagi melancarkan pergerakan lalu lintas.
Info diambil serta maklumat lanjut boleh dilihat di facebook Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Jom Like dan Follow Page Community Surau Al-Barakah Taman Mawar Pasir Gudang.