Kelas Pengajian Kitab Turath ARG - Gelang Patah

Kelas Pengajian Kitab Turath ARG - Gelang Patah Kelas Pengajian Talaqqi Kitab Turath Anjuran ARG Johor Mengikut Silibus Dan Patuh Ahlussunnah Wal Ja

Kiamat bukan sekadar cerita jauh.Tanda-tandanya sedang kita lihat, rasai dan hadapi dalam kehidupan harian. Persoalannya...
21/05/2026

Kiamat bukan sekadar cerita jauh.

Tanda-tandanya sedang kita lihat, rasai dan hadapi dalam kehidupan harian. Persoalannya, adakah kita sedang bersedia atau masih leka?

Jom hadir ke Daurah Kitab: Kiamat Sudah Dekat bersama penulis buku, Ustaz Muhammad Zaki Sapuan Al-Hafiz, bagi memahami peristiwa akhir zaman dengan lebih tersusun, beradab dan berpandukan ilmu.

Bawa keluarga, ajak sahabat, ajak anak-anak muda. Mudah-mudahan satu majlis ilmu ini menjadi sebab hati kita kembali sedar, takut kepada Allah, dan lebih bersedia menghadapi hari yang pasti tiba.

Tempat terhad. Tempahan telah dibuka.

Ahad | 14 Jun & 21 Jun 2026
9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Masjid Jamek Al Mizan

Mahar:
1 sesi RM25
2 sesi RM45

Anjuran:
Al Kautsar
ARG

Pendaftaran:
012-7240507 / 019-7566415

ANDA SUDAH SOLAT BERTAHUN-TAHUN…TAPI PERNAH TAK ANDA TANYA DIRI —SOLAT SAYA INI BETUL ATAU SEKADAR BIASA?Ramai orang hid...
04/05/2026

ANDA SUDAH SOLAT BERTAHUN-TAHUN…
TAPI PERNAH TAK ANDA TANYA DIRI —
SOLAT SAYA INI BETUL ATAU SEKADAR BIASA?

Ramai orang hidup puluhan tahun,
bangun Subuh, sujud setiap hari…
tapi *tidak pernah benar-benar menguasai hukum hakam solatnya.*

👉 Rukun tak sempurna
👉 Pekara Sunat tak jelas
👉 Perkara membatalkan solat dibuat tanpa sedar

Dan yang paling menakutkan…
kita yakin solat kita diterima,
sedangkan hakikatnya — kita tak pernah terdetik nak semak.

---

INI BUKAN KELAS BIASA.
Ini peluang untuk betulkan asas paling penting dalam hidup seorang Muslim.

📖 Kitab turath yang muktabar
🎓 Dibimbing oleh guru berpengalaman
🕌 Suasana masjid yang penuh barakah

---

Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Kalau bukan anda, siapa lagi?

Jangan tunggu sampai rasa menyesal…
kerana solat itu bukan sekadar amalan —
ia penentu hubungan kita dengan Allah.

---

💥 *Datang walaupun sibuk*
💥 *Datang walaupun rasa dah tahu*
💥 *Datang walaupun terpaksa paksa diri*

Kerana mungkin…
*inilah kelas yang akan mengubah kualiti ibadah anda seumur hidup.*

---

JOM AZAM UNTUK HADIR...
JANGAN JADI ORANG YANG “NAK HADIR”
TAPI TAK PERNAH HADIR......

Anjuran:

Masjid Tun Husien Onn, Larkin
Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group (ARG)

بسم الله الرحمن الرحيماللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين🔴 MAJLIS KHATAM PROGRAM TILAWAH BERJEMAAH & TADABBU...
07/03/2026

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

🔴 MAJLIS KHATAM PROGRAM TILAWAH BERJEMAAH & TADABBUR AL-QURAN 30 JUZ TAHUN KE - LAPAN (1445H/2026)

🗓 BUTIRAN PROGRAM:
• Tarikh: RABU 11 Mac 2026/ 21 Ramadan 1446H
• Jam: BERMULA 8.00 Pagi
• Lokasi: Dewan Solat Utama Masjid Tun Hussien Onn, Larkin

🗒 ATUR CARA PROGRAM:
📌 7.00 Pagi - Kehadiran peserta & Tetamu2
📌 7.15 Pagi - Pengambilan Sijil & Goody Beg
📌 8.00 Pagi -Kata Alu-Aluan Oleh Ustaz Muhammad Ilyas Bin Ismail & Penyerahan Perhargaan Saguhati Bagi Terpilih
📌 8.15 Pagi - Ucapan Oleh
• Pengerusi Masjid Tun Hussien Onn, Larkin
• Pengurus Program ASWJ Research Group (ARG)
• Pengarah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM Johor)
📌 8.30 Pagi - Bacaan surah Ad Dhuha ke An Nas Bersama Qari-Qari Ustaz Mohamad Ilyas Bin Ismail DanUstaz Amirul Afiq Bin Azman
📌 9.30 Pagi - 𝖬𝖺𝗃𝗅𝗂𝗌 𝖪𝗁𝖺𝗍𝖺𝗆 𝖠𝗅 𝖰𝗎𝗋𝖺𝗇. 𝖡𝖺𝖼𝖺𝖺𝗇 (𝖣𝗈𝖺 𝖨𝗆𝖺𝗆 𝖠𝗅𝗂 𝖡𝗂𝗇 𝖹𝖺𝗂𝗇𝖺𝗅) 𝖽𝖺𝗇 𝖣𝗈𝖺 𝖡𝗂𝗋𝗋𝗎𝗅 𝖶𝖺𝗅𝗂𝖽𝖺𝗂𝗇 (𝖨𝗆𝖺𝗆 𝖠𝗅 𝖧𝗂𝖻𝖻) Bimbingan Habib Naquib bin Syed Mohd Al Attas
📌 11.00 Pagi - Majlis Bersurai

عن مجاهد قال : كانوا يجتمعون عند ختم القرآن يقولون تنزل الرحمة

Dari Mujahid, beliau berkata: "Mereka berkumpul ketika mengkhatamkan Al-Quran dan berkata: "Rahmat Allah SWT turun (ketika mengkhatamkan Al-Quran)."

عن حميد الأعرج قال : من قرأ القرآن ثم دعا أمن على دعائه أربعة آلاف ملك (التبيان 159)

Dari Humaid Al-A'raj, beliau berkata: "Barangsiapa membaca al-Quran, kemudian berdoa, diamini doanya oleh empat ribu (4,000) para malaikat."

PROGRAM RAMADHAN TILAWAH BERJEMAAH & TADABBUR AL QURAN 30 JUZ Lokasi: 1. Masjid Taman Megah Ria2. Masjid Tun Hussien Onn...
10/01/2026

PROGRAM RAMADHAN TILAWAH BERJEMAAH & TADABBUR AL QURAN 30 JUZ

Lokasi:

1. Masjid Taman Megah Ria
2. Masjid Tun Hussien Onn, Larkin

Segala maklumat boleh tekan poster di bawah 👇

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*KELAS PENGAJIA...
21/12/2025

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

*KELAS PENGAJIAN KITAB KEKELUARGAAN*

Berapa ramai antara kita yang mendambakan keluarga yang tenang, saling memahami dan diberkati Allah, namun tidak tahu dari mana hendak bermula?

Institusi keluarga yang rapuh melahirkan jiwa yang gelisah, manakala keluarga yang dibina atas adab dan ilmu melahirkan generasi yang kuat dan berprinsip. Justeru, marilah kita kembali kepada panduan ulama, bukan sekadar nasihat umum, tetapi ilmu yang berakar dari al-Quran, Sunnah dan pengalaman peradaban Islam.

*Setiap Rabu (5 pertemuan)*
*Bermula 7 Januari sehingga 4 Februari 2026*
9 - 10.15 pagi
Masjid Tun Hussien Onn, Larkin

Bimbingan *Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin,* mengupas karya agung Adabul Islam Fi Nizam Al-Usrah karangan Al-Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Alawi Al-Hasani, seorang ulama besar dari Makkah, berketurunan Rasulullah ﷺ.

Kitab ini membimbing kita membina rumah tangga dengan adab, hikmah dan ihsan iaitu adab suami isteri, peranan ibu bapa, pembentukan jiwa anak-anak sebagaimana Islam pernah menyelamatkan masyarakat Arab Jahiliah dan membina sebuah tamadun agung. Jika kita ingin menyelamatkan keluarga, masyarakat dan masa depan umat, di sinilah langkah pertamanya iaitu keluarga. Hadirlah, demi keluarga yang Allah redhai.

Harga Kitab: *RM30*

Sila tekan link untuk pembelian kitab:
https://www.wasap.my/60177109848/KitabKekeluargaan

Anjuran:
- Ahlussunnah Wal Jamaah Research Grup
- YADIM
- Masjid Tun Hussein Onn

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗧𝗔𝗕 𝗙𝗜𝗤𝗛  𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨𝗔𝗡 - 𝗔𝗥𝗚 𝗟𝗔𝗥𝗞𝗜𝗡Pengajian Bab Puasa & Zakat Kitab 'Al Mukhtasar Al Latif'Tenaga Pengaja...
01/11/2025

𝗞𝗘𝗟𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗧𝗔𝗕 𝗙𝗜𝗤𝗛 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨𝗔𝗡 - 𝗔𝗥𝗚 𝗟𝗔𝗥𝗞𝗜𝗡

Pengajian Bab Puasa & Zakat Kitab 'Al Mukhtasar Al Latif'
Tenaga Pengajar: Ustaz Hamdi Munir Shaari

Hari: Setiap Selasa
Masa: 9 - 10 pagi
Bermula: 25 November 2025 (10 Pertemuan)

Lokasi: Masjid Tun Hussien Onn, Larkin
(Sebelah bangunan Zara Kicap)

*Nota: RM18*
Yuran tidak ditetapkan

Anjuran:
Masjid Tun Hussien Onn
ASWJ Research Group (ARG)

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Pada yang ingin sertai kelas, dan beli kitab, sila tekan link:
https://www.wasap.my/60177109848/ARGBeliKitabAlMukhtasarLatif

📣✨ Jemputan terbuka kepada seluruh masyarakat Johor untuk menghadiri Kelas Pengajian Kitab & Tadabbur Al-Quran Mingguan ...
07/09/2025

📣✨ Jemputan terbuka kepada seluruh masyarakat Johor untuk menghadiri Kelas Pengajian Kitab & Tadabbur Al-Quran Mingguan ARG Johor, bersama para asatizah di masjid terpilih. Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu, mendalami turath, dan memperkukuh cinta kepada Al-Quran serta tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah. 🌿📖🕌

Address

Gelang Patah
Johor Bahru
81550

Telephone

+60177844887

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Pengajian Kitab Turath ARG - Gelang Patah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelas Pengajian Kitab Turath ARG - Gelang Patah:

Share