Kelab Malaysiaku Negeri Johor

Kelab Malaysiaku Negeri Johor Saluran komunikasi bagi membentuk pembangunan minda pelajar melalui penerapan nilai murni. 1. LATAR BELAKANG

a. Pelancarannya telah disempurnakan oleh Y.B. b. c.

Kelab 1Malaysia merupakan penjenamaan semula Kelab Setia yang ditubuhkan pada 26 Disember 1995. Dato’ Mohammed Rahmat, Menteri Penerangan Malaysia, di Seremban, Negeri Sembilan. Penjenamaan semula ini berdasarkan keputusan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Penerangan Malaysia pada 5 April 2012. Kelab ini berkonsepkan kegiatan bersepadu secara perkongsian pintar (smart partnership) antara Jabatan Pener

angan Malaysia dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. d. Kelab 1Malaysia adalah sebuah kelab yang ditubuhkan di sekolah menengah sebagai satu kegiatan ko-kurikulum pelajar.

2. LOGO KELAB 1MALAYSIA

PENGERTIAN LOGO KELAB 1MALAYSIA

Simbol bunga raya melambangkan bunga Kebangsaan dan lima titik merah menunjukkan 5 prinsip rukun negara

Gabungan warna bendera Malaysia (biru, merah dan kuning) pada lambang 3 ‘S’ :-

i. Biru = Melambangkan perpaduan dan keharmonian. ii. Merah = Melambangkan keberanian dan kegigihan pelajar. iii. Kuning = Melambangkan Cinta dan setia kepada raja dan negara

Huruf 3 ‘S’ membawa maksud :-

i. Simbol manusia yang membawa maksud generasi muda yang cintakan perpaduan dan keharmonian

ii. ‘S’ yang seiring dan seirama membawa erti teknik komunikasi massa dan bersemuka

iii. Helaian buku yang melambangkan pelajar yang cintakan akademik dan berkualiti

Logo 1Malaysia melambangkan tekad ahli kelab untuk bersama menjayakan Gagasan 1Malaysia

3. VISI

Kelab 1Malaysia sebagai sebuah kelab yang unggul untuk melahirkan generasi bersemangat patriotik dan berwawasan.

4. MISI

Menterjemah dan merealisasi hasrat kepimpinan negara untuk membentuk generasi 1Malaysia dengan menerapkan nilai-nilai aspirasi negara melalui pendekatan komunikasi yang strategik.

5. KONSEP

Kelab 1Malaysia ialah sebuah kelab ko-kurikulum yang ditubuhkan sebagai saluran komunikasi bagi membentuk pembangunan minda pelajar melalui penerapan nilai murni dan nilai aspirasi 1Malaysia.

6. MOTO

“Penggerak Transformasi Pelajar”

7. OBJEKTIF

a. Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara. Membentuk generasi yang bersatu padu dan harmoni. Mendedahkan pelajar kepada sistem amalan demokrasi berparlimen. Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan proaktif melalui teknik komunikasi massa dan bersemuka. e. Membentuk bakat kepimpinan di kalangan pelajar.

8. FAEDAH

a. Menjadi pelajar yang setia kepada negara. Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang unggul. Menjadi pelajar yang mengamalkan nilai – nilai murni dan saling hormat menghormati. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap dasar-dasar negara untuk merealisasikan gagasan 1Malaysia. Memahami sistem pemerintahan negara dan amalan demokrasi. f. Menjadi komunikator yang baik dengan mengamalkan kaedah komunikasi berkesan.

9. KEGIATAN

a. Majlis interaksi sesama ahli
b. Majlis suai kenal
c. Majlis taklimat/ceramah
d. Lawatan Sambil Belajar
e. Khemah Kerja
f. Gotong-royong
g. Bengkel pengacaraan majlis
h. Pilihanraya atau kaedah lain pemilihan jawatankuasa
i. Menyertai majlis kerajaan/sambutan/kebesaran peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
j. Kegiatan lain yang difikirkan sesuai dan berfaedah

10. PRINSIP NILAI MURNI DAN NILAI ASPIRASI

Kelab 1Malaysia memberi penekanan aktiviti ko-kurikulum melalui penerapan dan penghayatan prinsip nilai Murni dan nilai Aspirasi iaitu :

PRINSIP NILAI MURNI

a. Berbudi Bahasa

• Sentiasa mengamalkan sifat berbudi bahasa dengan siapa jua sekalipun tanpa mengira status, kaum dan agama

• Sentiasa tutur kata harus dijaga, tingkah laku harus tertib dan sentiasa bersopan santun ketika berinteraksi

b. Hormat menghormati

• Setiap perbezaan yang ada di negara ini tidak kira perbezaan kaum, agama, budaya dan kepercayaan haruslah dihormati dan dihargai kerana itulah antara faktor yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di mata dunia.

• Hormati sejarah dan perjanjian yang berlaku pada satu ketika dahulu kerana tanpa sejarah, tidak mungkin kita akan berada pada tahap kemodenan yang kita alami sekarang. Kesederhanaan

• Sederhana dari segi pertuturan, berbelanja, berpakaian, makan minum serta sederhana dari segi aspek bekerja dan rehat.

• Bagi pertuturan, sabda Rasulullah telah menjelaskan bahawa ‘bercakaplah menurut tingkat kecerdasan pendengar’

• Sementara sederhana dalam bekerja dan berehat bermaksud sentiasa menganggap kerja itu adalah suatu ibadah dan melakukannya demi untuk membantu rakyat

d. Rendah Hati (Tawaduk)

• Untuk maju, sifat rendah hati juga perlu diamalkan dalam diri setiap rakyat. Sifat sedia untuk mendengar, tidak sombong, tidak ego dan tidak bongkak perlu diterapkan dalam diri kerana sesungguhnya masyarakat Malaysia menghargai orang yang merendah diri atau Tawaduk

NILAI ASPIRASI

a. Budaya Berprestasi Tinggi

Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilaksanakan dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Budaya Ketepatan

Sebagai rakyat negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan. Budaya Ilmu

Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Integriti

Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan Negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Ketabahan

Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang.Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, perlu memiliki semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi. Kesetiaan

Kesetiaan sepenuhnya kepada Negara dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi Negara yang tercinta


g. Kebijaksanaan

Inilah cara untuk berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain. Kebijaksanaan ini juga perlu diamalkan apabila menghadapi dugaan dan cabaran. h. Budaya Inovasi

Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mencuba perkara-perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang diceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikkan dan mencari penyelesaian baru bagi menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam bidang yang diterokai.

11. URUS SETIA KEBANGSAAN

12. URUS SETIA PERINGKAT NEGERI

Nota: Ketua Penolong Pengarah – Sabah dan Sarawak
Penolong Pengarah – bagi negeri-negeri lain

13. URUS SETIA PERINGKAT DAERAH

PERATURAN KELAB 1MALAYSIA

PERATURAN 1 : NAMA KELAB

(1) Nama kelab ini adalah “KELAB 1MALAYSIA” dan diikuti dengan nama sekolah. (2) Alamat Kelab 1Malaysia adalah sama dengan alamat sekolah. PERATURAN 2 : KEAHLIAN

(1) Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah (di mana Kelab 1Malaysia ditubuhkan). (2) Keahlian adalah percuma. (3) Setiap ahli akan diberikan sijil keahlian oleh Jabatan Penerangan Malaysia. (4) Setiap ahli tertakluk kepada peraturan kelab dan mesti mematuhi perkara-perkara seperti berikut :-

(a) Mematuhi peraturan sekolah dan menghormati guru;

(b) Tidak terlibat dengan jenayah dan gejala yang tidak sihat;

(c) Tidak terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah;

(d) Mengikuti dan mengambil bahagian dalam kegiatan Kelab;

(e) Mengamalkan nilai-nilai murni. (5) Tamat tempoh seseorang menjadi ahli ialah apabila :-

(a) Tamat belajar di sekolah berkenaan;

(b) Dipecat kerana melanggar peraturan (Perkara 4) ;

(c) Berhenti atas permohonan ahli. PERATURAN 3 : PELAKSANAAN KEGIATAN

(1) Kegiatan Kelab hendaklah dirancang dan dilaksanakan bersama oleh Jawatankuasa Kelab, Guru Penyelaras dan Pegawai Penyelaras Jabatan Penerangan Malaysia. PERATURAN 4: PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

(1) Kelab akan ditadbir dan diurus oleh jawatankuasa yang dipilih. (2) Seorang Pembantu Penerangan dilantik oleh Jabatan Penerangan untuk menjadi Pegawai Penyelaras Kelab 1Malaysia di sekolah berkenaan. (3) Guru penyelaras (1 atau 2 orang) dilantik oleh pihak sekolah sebagai Penyelaras Kelab 1Malaysia. PERATURAN 5 : KEANGGOTAAN JAWATANKUASA

(1) Semua ahli jawatankuasa hendaklah dipilih atau dilantik dari kalangan ahli kelab. Seorang ahli hanya dibenarkan memegang satu jawatan sahaja. Pemilihan boleh dilakukan melalui Pilihan Raya atau Mesyuarat Pemilihan. (2) Struktur Jawatankuasa :

(a) Penaung Bersama

(i) Pengarah Penerangan Negeri

(ii) Pengarah Pelajaran Negeri

(b) Penasihat Bersama

(i) Pegawai Penerangan Daerah

(ii) Pengetua Sekolah

(c) Pegawai Penyelaras

(i) Seorang Pembantu Penerangan daripada Jabatan Penerangan Daerah. (d) Guru Penyelaras

(i) Seorang atau dua guru dilantik oleh pihak sekolah yang berkenaan. (e) Seorang Pengerusi dipilih melalui Pilihan Raya atau Mesyuarat Pemilihan. (f) Seorang Timbalan Pengerusi dipilih melalui Pilihan Raya atau Mesyuarat Pemilihan. (g) Seorang Setiausaha dilantik. (h) Seorang Penolong Setiausaha dilantik. (i) Seorang Bendahari dilantik. (j) Sepuluh (10) orang ahli jawatankuasa dipilih melalui Pilihan Raya atau Mesyuarat Pemilihan. (k) Dua orang ahli jawatankuasa dilantik oleh Pengerusi. (4) Guru Penyelaras mempunyai kuasa untuk melantik terus jawatan
Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari. PERATURAN 6: KUASA MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK
MENGADAKAN DAN MENJALANKAN PILIHAN
RAYA ATAU MESYUARAT PEMILIHAN

(1) Kuasa yang membuat keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya atau Mesyuarat Pemilihan adalah kuasa bersama Pegawai Penyelaras dan Guru Penyelaras Kelab 1Malaysia. (2) Tanggungjawab menjalankan Pilihan Raya atau Mesyuarat Pemilihan adalah tanggungjawab bersama Pegawai Penyelaras dan Guru Penyelaras Kelab 1Malaysia. (3) Pilihan Raya atau Mesyuarat Pemilihan mesti dilaksanakan pada bila-bila masa dalam tempoh DUA BULAN daripada sesi persekolahan dibuka dalam tahun semasa. PERATURAN 7 : PERATURAN PILIHAN RAYA

(1) Semua ahli adalah layak bertanding mana-mana jawatan seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan 5. (2) Penamaan calon :

(a) Pencalonan akan diterima sebagai sah apabila ada seorang pencadang dan seorang penyokong. (b) Tarikh tutup pencalonan ialah empat hari sebelum tarikh mengundi. (3) Peraturan Berkempen :

(a) Jika ada pertandingan, tempoh masa berkempen ialah selama tiga hari sebelum tarikh mengundi. (b) Semua bentuk kempen adalah dilarang pada hari mengundi. (c) Pelanggaran peraturan ini boleh menyebabkan pencalonan yang telah disahkan itu dibatalkan. (d) Kempen dibenarkan dalam bentuk ceramah, poster dan merayu undi (selagi tidak menyalahi peraturan sekolah). (d) Kempen yang menyentuh hal-hal peribadi seseorang, perkauman
dan perkara-perkara sensitif yang boleh menjejaskan perpaduan, keharmonian dan nama baik mana-mana pihak adalah dilarang. (e) Semua bahan kempen hendaklah dibersihkan segera selepas proses pemilihan selesai. (4) Proses Pengundian :

(a) Setiap ahli akan diberikan kertas undi di tempat membuang undi. (b) Semua undi adalah sulit. (c) Keputusan pengundian adalah muktamad dan permohonan
pemilihan semula tidak akan dilayan. (5) Jawatankuasa yang baru ditubuhkan hendaklah mengadakan mesyuarat selaras dengan Peraturan 9. PERATURAN 8 : PERATURAN MENGADAKAN MESYUARAT
PEMILIHAN

(1) Semua ahli layak menghadiri Mesyuarat Pemilihan untuk memilih Ahli Jawatankuasa Kelab 1Malaysia. (2) Peraturan dan Proses Mesyuarat Pemilihan :

(a) Ahli mesyuarat perlu terlebih dahulu melantik seorang Pengerusi Mesyuarat dan seorang Setiausaha Sementara bagi mengendalikan Mesyuarat Pemilihan. (b) Pencalonan akan diterima apabila ada pencadang dan penyokong. (c) Jika terdapat lebih daripada seorang calon, pemilihan hendaklah dibuat berdasarkan kertas undi atau undi angkat tangan. (d) Calon yang memperolehi undi terbanyak akan dilantik sebagai pemegang jawatan yang dicalonkan. (3) Jawatankuasa yang baru ditubuhkan hendaklah mengadakan mesyuarat selaras dengan Peraturan 9. PERATURAN 9 : MENGADAKAN MESYUARAT PERTAMA
SELEPAS PEMILIHAN

(1) Pengerusi hendaklah memanggil mesyuarat pertama dalam tempoh 14 hari selepas keputusan pemilihan atau Mesyuarat Pemilihan dibuat. (2) Guru Penyelaras hendaklah melantik Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari semasa Mesyuarat Pertama Jawatankuasa. PERATURAN 10 : KEKOSONGAN JAWATAN

(1) Jika berlaku kekosongan mana-mana jawatan, tindakan berikut hendaklah diambil sehingga Pilihan Raya atau Mesyuarat Pemilihan akan datang:

(a) Jawatan Pengerusi - Timbalan Pengerusi akan memangku jawatan Pengerusi sehingga pemilihan dibuat. (b) Jawatan Timbalan Pengerusi – Tidak perlu diisi sehingga pemilihan dibuat. (c) Jawatan Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari – Guru Penyelaras boleh melantik dari kalangan ahli. PERATURAN 11: PINDAAN PERATURAN

(1) Hanya Urus Setia Kelab 1Malaysia Kebangsaan Jabatan Penerangan Malaysia yang berhak membuat penambahan atau meminda Peraturan Kelab. PERATURAN 12: TEMPOH JAWATANKUASA KELAB 1MALAYSIA

(1) Jawatankuasa Kelab 1Malaysia yang telah ditubuhkan hanya berkuatkuasa selama satu (1) tahun semasa sahaja. PERATURAN 13: TUGAS JAWATANKUASA

(1) Pengerusi

(a) Bertanggungjawab ke atas keseluruhan perjalanan kelab. (b) Mempengerusikan mesyuarat kelab. (c) Merancang dan melaksanakan kegiatan kelab. (d) Menyelaras kegiatan dengan Jabatan Penerangan. (e) Menyerahkan segala laporan dan daftar ahli kepada Guru Penyelaras untuk tindakan Jawatankuasa yang baru. (f) Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penyelaras. (2) Timbalan Pengerusi

(a) Bertanggungjawab kepada Pengerusi. (b) Membantu Pengerusi mentadbir kelab. (c) Mempengerusikan mesyuarat kelab semasa ketiadaan Pengerusi. (d) Membantu Pengerusi merancang dan melaksanakan kegiatan Kelab. (e) Tugas-tugas lain yang diarah oleh Pengerusi. (3) Setiausaha

(a) Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat. (b) Bertanggungjawab ke atas laporan kegiatan dan laporan mesyuarat. (c) Merekod buku daftar ahli dan menyerahkan kepada Pegawai Penyelaras selepas Mesyuarat Pemilihan. (d) Urusan surat-menyurat. (e) Menyimpan dan mengemaskini rekod serta fail-fail kelab. (f) Tugas-tugas lain yang diarahkan. (4) Penolong Setiausaha

(a) Membantu Setiausaha menjalankan tugas. (b) Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan Setiausaha. (5) Bendahari

(a) Menyimpan dan merekodkan segala urusan kewangan kelab. (b) Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi. (6) Ahli Jawatankuasa

(a) Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi. (b) Menghadiri mesyuarat dan kegiatan kelab. (c) Membantu melaksanakan kegiatan kelab. (d) Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa. PERATURAN 14 : PENGUKURAN KEAKTIFAN

(1) Status keaktifan sesebuah Kelab 1Malaysia akan ditentukan oleh Urus Setia Kelab 1Malaysia Negeri berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan seperti berikut :

(a) Aktif
i. Mengadakan kegiatan sekurang-kurangnya 12 kali setahun. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa 2 kali setahun. Mempunyai struktur jawatankuasa yang lengkap. iv. Mempunyai keahlian lebih daripada 40 pelajar. v. Mempunyai rekod kegiatan yang lengkap. vi. Mempunyai rekod keahlian yang lengkap

(b) Tidak Aktif
i. Mengadakan kegiatan kurang daripada 12 kali setahun. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa kurang 2 kali setahun. Tidak mempunyai struktur jawatankuasa yang lengkap. Mempunyai keahlian kurang daripada 40 pelajar. Tidak mempunyai rekod kegiatan yang lengkap. Tidak mempunyai rekod keahlian yang lengkap


PERATURAN 15: PERUNTUKAN

(1) Peruntukan Khas bagi melaksanakan kegiatan akan diberikan oleh Jabatan Penerangan Malaysia melalui Pejabat Penerangan Daerah

Untuk Keterangan lanjut / pertanyaan :-

Urus Setia Kelab 1Malaysia Negeri Johor
Jabatan Penerangan Negeri Johor
Kompleks Penerangan dan Penyiaran Negeri Johor
Jalan Tasek Utara
80612 Johor Bahru

Tel : 07-2232757 Faks : 072236560
E-mel : [email protected]

Urus Setia Kelab 1Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat
Jabatan Penerangan Malaysia
Aras 11, Kompleks KPKK,
No 49, Persiaran Perdana
Presint 462100 Putrajaya

Tel : 03-89113440 Faks : 03-89117523
E-mel : [email protected]

INSPIRASI - PESP bantu pemuda ubah haluan hidupJOHOR BAHRU, 21 Ogos -- Tindakan seorang guru Matematik Tambahan di Makta...
27/09/2020

INSPIRASI - PESP bantu pemuda ubah haluan hidup
JOHOR BAHRU, 21 Ogos -- Tindakan seorang guru Matematik Tambahan di Maktab Sultan Abu Bakar di sini yang menghantar permohonan Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) secara senyap-senyap untuk pelajarnya secara langsung mengubah haluan hidup seorang lelaki.
Haziq Samsualdin, 32, yang kini berjawatan Pengurus Wilayah Petronas Dagangan Berhad Johor, berkata beliau tidak pernah menduga akan menyertai gergasi petroleum negara itu, apatah lagi berada pada kedudukan sekarang.
“Saya kehilangan ayah secara mengejut pada usia tiga tahun dan ini meninggalkan impak besar dalam hidup saya, menjadikan saya seorang yang berdikari. Melihat jerih ibu membesarkan saya, abang dan kakak mendorong saya berusaha untuk cemerlang dalam pelajaran bagi membantu ibu,” katanya kepada Bernama di sini.
Beliau yang berterima kasih kepada guru Matematik Tambahannya itu, berkata selepas terpilih menerima tajaan PESP pada 2006 untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Petronas (UTP), beliau tidak lagi menoleh ke belakang dan berusaha memajukan diri.
Haziq berkata selepas menamatkan pelajaran pada 2010, beliau ditawarkan pekerjaan oleh Petronas yang diterimanya dengan penuh rasa syukur.
“Antara rahsia kejayaan yang saya dapat kongsikan ialah kita kena ikhlas dalam segenap aspek sama ada dari segi pelajaran mahupun pekerjaan kerana itu yang saya pegang hingga kini,” katanya yang menjadikan arwah ayahnya Samsualdin Abd Ghaffar sebagai pembakar semangat.
Menurutnya beliau kini gembira dapat melihat ibunya, Hamidah Mahmood, 72 yang bekerja sebagai pembantu pegawai di sebuah pejabat Felda untuk membesarkannya tiga beradik, dapat berehat dan menikmati hari-hari tua dengan tenang.
Sejak penubuhannya pada 1975 hingga kini, Petronas telah menaja kira-kira 37,000 pelajar dengan nilai tajaan lebih RM3.3 bilion menerusi PESP.
BERNAMA: https://bit.ly/2HtXZeQ

Permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan 4 sesi 2021 dibuka pada 24 Ogos 2020 (Isnin...
23/08/2020

Permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan 4 sesi 2021 dibuka pada 24 Ogos 2020 (Isnin), jam 9.00 pagi sehingga 4 Disember 2020

Sila layari portal menerusi https://www.mara.gov.my/.

Address

Johor Bahru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Malaysiaku Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Malaysiaku Negeri Johor:

Share