04/10/2026
SEKOLAH MESTI SELAMAT
Saya amat dukacita dengan tragedi yang meragut nyawa seorang pelajar di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor. Salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan yang amat berat ini.
Ibu bapa menghantar anak ke sekolah dengan harapan mereka memperoleh ilmu, membina masa depan dan pulang dengan selamat. Amanah ini wajib dipelihara. Keselamatan pelajar mesti menjadi keutamaan yang dilaksanakan setiap hari, bukan sekadar jaminan dalam kenyataan.
Saya menggesa siasatan menyeluruh dan telus dilaksanakan agar keadilan ditegakkan. Jika terdapat kecuaian dalam pengurusan atau kawalan keselamatan, tindakan tegas mesti diambil berdasarkan hasil siasatan.
Kawalan keluar masuk, pemantauan kawasan sekolah serta pengawasan ketika kelas tambahan dan aktiviti selepas waktu persekolahan perlu diperiksa dan diperkukuh segera. Saluran aduan ancaman dan keganasan juga mesti mudah dicapai, dengan setiap laporan diberikan perhatian serius.
Dalam masa yang sama, hormatilah keluarga mangsa. Elakkan spekulasi dan penyebaran gambar atau maklumat yang boleh menambah kesedihan mereka.
Setiap pelajar berhak belajar tanpa rasa takut. Setiap ibu bapa berhak yakin anak mereka selamat. Jangan tunggu tragedi seterusnya untuk bertindak.
BERSATU • BELAJAR • BEKERJA • BERKHIDMAT
Mohd Akmal Bin Mohd Za'ai
Timbalan Pengerusi
Gerakan Belia 4B (M)
Kawasan Pasir Gudang