12/10/2026
12 OKTOBER 2026 : ISNIN
PROGRAM ZIARAH KASIH DAN SERAHAN BANTUAN IHSAN KAWASAN PARLIMEN JOHOR BAHRU.
Datuk Yahya Bin Hj Jaafar , Pengerusi Yayasan Bandaraya Johor Bahru bersama team YBJB melaksanakan Program Ziarah Kasih dan Serahan Bantuan Ihsan di Pangsapuri Panti Bandar Baru Uda, Larkin Jaya, Kg Melayu Majidee, PPR Sri Stulang dan Taman Century.
Kami menyantuni pesakit pesakit kronik atas aduan dari pemimpin masyarakat di Kawasan Parlimen Johor Bahru. Setelah bancian dijalankan Bantuan Ihsan diluluskan dan antara penerima pada hari ini ialah Saudara Rosli Bin Tahir (isteri "stroke") , Puan Hjh Juminah Binti Januri yang menghidap sakit kanser, Saudara MD Talib Bin Man yang sedang sakit terlantar .
Kami juga ziarah ke rumah Jamaliah Binti Razali isteri kepada saudara Ishak Bin Md Rejab - pesakit kanser dan rumah saudara Abdul Latip Bin Wardi yang menyara isteri pesakit jantung.
Datuk Yahya selaku pengerusi YBJB menyampaikan Bantuan Ihsan kepada semua pesakit yang terlibat. Semoga mereka diberikan kesembuhan dan kembali sihat hendaknya.