HELWA Masjid Tmn Sri Pulai Perdana

HELWA Masjid Tmn Sri Pulai Perdana HELWA ADALAH SINGKATAN DR HAL EHWAL WANITA. JEMAAH DAN KARIAH WANITA DARI MASJID TMN SRI PULAI PERDANA....

18/02/2026
SEMANGAT MUAFAKAT DALAM GOTONG ROYONG PERDANA FASA KE-2 MASJID TAMAN SRI PULAI PERDANA.Alhamdulillah, sambutan daripada ...
17/01/2026

SEMANGAT MUAFAKAT DALAM GOTONG ROYONG PERDANA FASA KE-2 MASJID TAMAN SRI PULAI PERDANA.

Alhamdulillah, sambutan daripada penduduk dan kariah Masjid Taman Sri Pulai Perdana amat luar biasa. Dianggarkan hampir 70 orang telah hadir dalam sesi gotong royong perdana fasa 2 kali ni. Kehadiran kariah dan penduduk dari pelbagai lapisan usia telah bersama-sama menjayakan pengindahan rumah Allah yang mulia ini.

Sesi gotong royong fasa 2 telah fokus kepada pengindahan landskap masjid yang merangkumi kerja memotong rumput, cantas dahan/pelepah, menebang pokok mati, trimming pokok landskap dan lain-lain aktiviti melibatkan landskap.

Selain itu, pembersihan longkang keliling masjid, pembersihan pagar berlumut, membuang pokok hidup dikawasan atas bumbung masjid, mencuci lantai hadapan balai islam dan mengecat pagar juga dapat dilaksanakan dalam sesi kali ini.

Sesungguhnya semangat muafakat, kebersamaan dan cinta kepada masjid ini sangat luar biasa dan InnshaAllah akan terus dipupuk dan dizahirkan dengan program seterusnya kelak.

Dikesempatan ini, pihak pengurusan masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kariah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha mengindahkan masjid yang kita cintai. Tidak lupa juga kepada penginfaq makanan, minuman, peralatan dan yang menyumbang kerusi meja batu kepada masjid.

Anda wira masjid !


Kelas Dhuha Al Quran dan Tafsir oleh Ustzh Dr Naemah Hamzah di Balai Islam.
15/11/2025

Kelas Dhuha Al Quran dan Tafsir oleh Ustzh Dr Naemah Hamzah di Balai Islam.

29/08/2025

Address

Tmn Sri Pulai Perdana
Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HELWA Masjid Tmn Sri Pulai Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share