Nisa' Johor

Nisa' Johor Connecting Youth

Penghubung Generasi Muda

VISI

”Menjadi penghubung utama generasi muda ke arah hidup yang lebih baik “

”Connecting youth for a better life”


MISI

* Kebajikan – Berkongsi kebahagiaan (Sharing happiness)

* Kemanusiaan – Prihatin dan menghargai kehidupan (Care and Appreciating Lives)

* Kemasyarakatan – Membudayakan kesukarelawanan (Promoting volunteerism)

_🌙 SALAM AWAL MUHARRAM 1448 HIJRAH🌙”Hijrah Sebuah Perjalanan, Berubah Ke Arah Keredhaan”Sempena kedatangan tahun baharu ...
16/06/2026

_
🌙 SALAM AWAL MUHARRAM 1448 HIJRAH🌙

”Hijrah Sebuah Perjalanan, Berubah Ke Arah Keredhaan”

Sempena kedatangan tahun baharu Islam 1448 Hijrah, marilah kita sama-sama menghayati makna hijrah yang sebenar melalui kisah penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah.

Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi satu perjalanan perubahan diri ke arah yang lebih baik, lebih taat dan lebih dekat kepada Allah SWT.

Semoga tahun baharu ini membawa sinar keimanan, keberkatan, ketenangan serta kekuatan untuk terus memperbaiki diri dan meningkatkan amal ibadah.

📖 ”Dan sesungguhnya pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu.”
(Surah Al-Ahzab: 21)

✨ Salam Maal Hijrah 1448H
Semoga setiap langkah kita menjadi langkah menuju keredhaan-Nya.

Ikhlas Dari,
NISA’ JOHOR

💜 nisajohor

✨ 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑹𝒂𝒚𝒂 𝑨𝒊𝒅𝒊𝒍 𝑨𝒅𝒉𝒂 ✨10 Zulhijjah 1447H 🌙Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan dit...
27/05/2026

✨ 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑹𝒂𝒚𝒂 𝑨𝒊𝒅𝒊𝒍 𝑨𝒅𝒉𝒂 ✨

10 Zulhijjah 1447H 🌙

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan diterima Allah SWT dan dikurniakan keberkatan, ketenangan serta rahmat yang berpanjangan 🤍

Di hari yang mulia ini, marilah kita terus menyemai kasih sayang, memperkukuhkan ukhuwah dan mendidik hati untuk sentiasa taat kepada-Nya 🕊️

Salam Aidil Adha buat seluruh umat Islam 💜

Ikhlas daripada,
🌸 Nisa’ Negeri Johor 🌸

-🌙✨ SALAM HARI ARAFAH ✨🌙Hari yang penuh keberkatan telah tiba.Jom rebut peluang gandakan amal, perbanyakkan doa dan mend...
26/05/2026

-
🌙✨ SALAM HARI ARAFAH ✨🌙

Hari yang penuh keberkatan telah tiba.
Jom rebut peluang gandakan amal, perbanyakkan doa dan mendekatkan diri kepada Allah 🤍

🕌 Antara amalan digalakkan:
▫️ Puasa Sunat Arafah
▫️ Perbanyakkan doa & zikir
▫️ Membaca al-Quran
▫️ Istighfar & selawat
▫️ Mohon keampunan dan hajat

🤲 Doa Arafah:
“Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku walahul hamdu, wa huwa ‘alaa kulli syai’in qadiir.”

Semoga segala doa, amalan dan pengorbanan kita diterima Allah SWT 🌸

✨ Selamat Menyambut Hari Arafah ✨

Ikhlas dari Nisa’ Johor 💜




💜

🌙✨ SALAM MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN ZULHIJJAH ✨🌙Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keb...
18/05/2026

🌙✨ SALAM MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN ZULHIJJAH ✨🌙

Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan iaitu bulan Zulhijjah, salah satu daripada bulan haram yang dimuliakan Allah SWT. 🤍

Marilah kita bersama-sama merebut peluang dalam 10 hari terbaik dalam Islam dengan memperbanyakkan amal soleh dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda:

“Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini (sehingga akbir)”
(HR al-Bukhari)

Mari kita persiapkan diri untuk merebut peluang emas ini dengan memperbanyak amalan sunat:

✨ Puasa Sunat (Terutamanya pada 9 Zulhijjah - Hari Arafah)
✨ Perbanyak Takbir
✨ Sedekah & Membaca Al-Quran
✨ Solat Sunat
✨ Ibadah Korban

🌿 Semoga kedatangan bulan Zulhijjah ini menjadi asbab untuk kita meningkatkan iman, memperbaiki amalan dan meraih rahmat serta keampunan daripada Allah SWT.

🤲 Selamat menyambut bulan Zulhijjah dan semoga segala amal ibadah kita diterima Allah SWT.

-NISA’ JOHOR-

-Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang berjiwa kental dan penuh kasih sayang! ✨👩‍🏫Guru bukan sekadar mengajar abj...
16/05/2026

-
Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang berjiwa kental dan penuh kasih sayang! ✨👩‍🏫

Guru bukan sekadar mengajar abjad dan angka, tetapi mereka adalah pembina peradaban, penyemai harapan, dan pencetus inspirasi dalam jiwa setiap anak bangsa.

Tanpa penat dan lelah, mereka mendidik dengan penuh keikhlasan demi melihat kita berjaya.

Di sebalik kejayaan setiap insan, pasti ada coretan jasa seorang guru yang tidak pernah padam. 📚❤️

“Terima kasih cikgu, jasamu takkan pernah dilupa.
Membimbing dengan ikhlas, menyemai ilmu dan harapan.”

Selamat Hari Guru buat semua muallim, muallimah, ustaz, ustazah, dan para guru di seluruh Malaysia, khususnya di Negeri Johor! 💐

Ikhlas daripada,

Arinil Hidayah binti Mohd Kassim
Pengarah Nisa’ Negeri Johor 💜

16/05/2026

Menggerak Belia Era Baru✨🧑🏻👩🏻🧕🏻

Sempena Hari Belia pada tahun ini, Nisa' Malaysia sebagai sebuah NGO yang berfokuskan belia wanita berumur 18-40 tahun mengajak kita semua untuk :

1. Manfaatkan masa muda kita dengan perkara yang menambah nilai diri dari sudut ilmu dan kemahiran.

2. Berusaha menjadi versi yang lebih baik dari sudut kepatuhan kita dalam beragama dan juga hubungan sosial kita bersama orang tersayang.

3. Anda sudah melakukan yang terbaik. Usah bandingkan pencapaian diri sendiri dengan orang lain.

Kata Saidina Ali R.A. ;
“Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.”

Buktikan bahawa kita bakal pemimpin masa depan yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara.

Belia adalah penentu masa depan negara✨
Selamat Hari Belia Negara! 💜





_✨ Syawal Datang, Ukhuwah Kita Diraikan ✨Walau ucapan ini hadir sedikit lewat, namun ingatan dan doa daripada pihak pers...
23/03/2026

_
✨ Syawal Datang, Ukhuwah Kita Diraikan ✨

Walau ucapan ini hadir sedikit lewat, namun ingatan dan doa daripada pihak persatuan tetap tidak pernah terlepas.

Dalam indahnya Syawal yang masih berbaki, semoga kita semua kembali kepada fitrah dengan keimanan, ketenangan dan penuh kasih sayang, serta terus memperkukuh ukhuwah yang terjalin.

Pihak persatuan menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang berurusan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙
Maaf Zahir & Batin 🤍

#2026

_Salam Nuzul AlQuran | 17 Ramadan 1447H 🌙✨Malam Nuzul Al-Quran (Malam Perubahan Dunia)✨Ada malam yang berlalu seperti bi...
06/03/2026

_
Salam Nuzul AlQuran | 17 Ramadan 1447H 🌙

✨Malam Nuzul Al-Quran (Malam Perubahan Dunia)✨

Ada malam yang berlalu seperti biasa.
Namun ada satu malam yang mengubah perjalanan sejarah manusia.

Pada malam inilah ayat pertama Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Dari sebuah gua yang sunyi di Gua Hira, bermulalah cahaya petunjuk yang akhirnya menerangi seluruh dunia.

Al-Quran bukan sekadar kitab suci untuk dibaca ketika ibadah, tetapi ia adalah panduan hidup yang membentuk akhlak, mendidik jiwa, menenangkan hati dan memimpin manusia menuju kebenaran.

Setiap huruf yang dibaca adalah pahala.
Setiap ayat yang difahami adalah ilmu.
Dan setiap ajaran yang diamalkan adalah jalan menuju keredhaan Allah.

Malam Nuzul Al-Quran mengingatkan kita bahawa perubahan besar dalam hidup boleh bermula dengan satu perkara kecil — membuka Al-Quran, membaca satu ayat, dan menghayatinya dengan hati yang ikhlas.

Semoga pada malam penuh keberkatan ini, kita bukan sekadar memperingati sejarah turunnya Al-Quran, tetapi juga memperbaharui hubungan kita dengan kitab suci ini.

✨ Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran
Semoga Al-Quran sentiasa menjadi cahaya yang menerangi kehidupan kita di dunia dan akhirat. #2026

Ramadan adalah bulan berkongsi dan bulan keberkatan.Di saat kita membuat persiapan berbuka dan sahur, masih ada keluarga...
04/03/2026

Ramadan adalah bulan berkongsi dan bulan keberkatan.

Di saat kita membuat persiapan berbuka dan sahur, masih ada keluarga yang berjuang menyediakan makanan asas untuk anak-anak.

Melalui Sumbangan Dana Ramadan Nisa’ Negeri Johor, hanya RM60 bagi satu keluarga, kita boleh membantu menyediakan barangan keperluan asas buat mereka.

Sedikit bagi kita, besar maknanya buat mereka.
Semoga Allah membalas setiap kebaikan dengan ganjaran berlipat kali ganda. 🤲✨

📍Salurkan sumbangan anda melalui :
Bank Islam Nisa' Johor
01069 01004 7762
Rujukan : Dana Ramadan

Sebarang pertanyaan :
0106621593 - Puan Puteri
0178854536 - Puan Fatanah




RAMADAN KAREEM ✨Alhamdulillah, sekali lagi Allah memilih kita untuk bertemu Ramadan Al-Mubarak 🌙✨ Bulan yang penuh rahma...
18/02/2026

RAMADAN KAREEM ✨

Alhamdulillah, sekali lagi Allah memilih kita untuk bertemu Ramadan Al-Mubarak 🌙✨ Bulan yang penuh rahmat, keampunan dan peluang untuk memperbaiki diri.

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran, maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."
(HR Sahih al-Bukhari & Sahih Muslim)

Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita lebih dekat dengan Allah, memperbanyakkan amal ibadah dan meraih keampunan-Nya. 🤲🌙


💜

Address

Johor Bahru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nisa' Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Nisa' Johor:

Shortcuts

Share