Johor Ku Sejahtera

Johor Ku Sejahtera Sebuah perantaraan sesama anak-anak Johor dalam media sosial. Demi keutuhan agama,bangsa dan negeri tercinta..

JOHOR KU SEJAHTERA... LUASKAN PENGARUHMU KE PERSADA ANTARABANGSA

Lelaki pedofilia dijel, disebat
13/03/2026

Lelaki pedofilia dijel, disebat

09/03/2026

Pak Belang datang kampung

JDT vs Sanfrecce Hiroshima
04/03/2026

JDT vs Sanfrecce Hiroshima

Sungai buruk, berbau
03/03/2026

Sungai buruk, berbau

Sungai Bahai bertukar hitam, berbau busuk, berminyak

KLUANG: Sungai Bahai di pekan Kahang di sini tercemar apabila airnya bertukar warna kehitaman, berbau busuk dan berminyak sejak pukul 6 petang semalam.

Pencemaran terbaharu tersebut
dipercayai akibat pelepasan air sisa kilang di bahagian hulu, sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk setempat terutamanya masyarakat Orang Asli yang tinggal berdekatan.

Penduduk Kampung Orang Asli Sungai Peroh yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 40, mendakwa pencemaran sungai itu sering berulang walaupun sudah diambil tindakan terhadap kilang terbabit termasuk denda.

"Kami kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang sering mencemarkan air sungai di pekan Kahang ini yang seperti tidak takut didenda dan tidak menghiraukan kesannya.

"Pendapatan harian penduduk yang banyak bergantung kepada hasil sungai termasuk penduduk Kampung Orang Asli Pucur kini semakin tidak menentu akibat daripada beberapa siri pencemaran di sungai-sungai kecil di sini," katanya.

Akibat pencemaran yang tidak berkesudahan itu, hidupan air seperti udang galah, ikan baung, patin dan lain-lain semakin berkurangan serta memerlukan masa antara lima hingga enam bulan untuk pulih kembali.

“Sampai bila kami terus berhadapan dengan situasi ini kerana ia sentiasa berulang sepanjang tahun samada dicemari air pasir berwarna putih atau air sisa kilang berwarna hitam dan busuk itu.

“Oleh yang demikian, kami amat mengharapkan tindakan lebih tegas dikenakan kepada pihak-pihak berkaitan agar tiada lagi pencemaran serupa pada masa-masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang, R Vidyananthan ketika dihubungi mengesahkan pencemaran tersebut yang dimaklumkan kepada pihaknya lewat petang semalam.

“Kejadian sudah pun dilaporkan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor untuk tindakan selanjutnya,” katanya.- MAJESTIC

03/03/2026

Kilang terbakar

Motosikal terbabas, gadis maut, ibu parah
02/03/2026

Motosikal terbabas, gadis maut, ibu parah

Gadis maut langgar penghadang jalan, ibu parah

JOHOR BAHRU: Seorang gadis maut manakala ibunya parah apabila motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Masai Lama, Masai, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kemalangan tersebut berlaku pukul 10.20 pagi melibatkan motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz.

"Motosikal berkenaan ditunggang seorang wanita berusia 20 tahun pembonceng p**a adalah ibunya yang berusia 47 tahun.

"Semasa kejadian mangsa sedang menunggang melalui lokasi kejadian, tiba-tiba motosikal hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelah kiri," katanya dalam satu kenyataan.

Akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibunya parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- MAJESTIC

Hentak kepala isteri dengan lesung batu
13/02/2026

Hentak kepala isteri dengan lesung batu

Maut dilanggar pemandu lalok
09/02/2026

Maut dilanggar pemandu lalok

Rindu ibu kandung
07/02/2026

Rindu ibu kandung

Cari ibu kandung

KLUANG: Seorang remaja perempuan amat merindui ibu kandungnya yang menghilangkan diri selepas menyerahkannya kepada sebuah keluarga di Kajang, Selangor kira-kira 16 tahun lalu.

Penjaganya, Fateha Mohd Salleh, 56, berkata, remaja perempuan yang dilahirkan di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 22 Mac 2010 dan diberikan nama Nur Hazirah Abdullah ingin menemui ibunya, Nor Hidayah Ab Razak,40, bagi membolehkan dirinya mempunyai dokumen diri selain melepas rindu terpendam sejak sekian lama.

Ketika menyerahkan bayinya kepada keluarga Faizah Mohd Salleh, 60, wanita berkenaan berjanji untuk datang semula mendapatkan anaknya selepas memperoleh pekerjaan bagi menampung kehidupan mereka.

Nor Hidayah menyerahkan zuriatnya kepada kakaknya, Faizah yang tinggal di Kajang pada bulan Ogos 2010 sebelum menyerahkan kepadanya pada bulan November tahun sama.

“Kakak menyerahkan bayi itu kepada saya kerana masalah kesihatan selain mempunyai anak ramai yang perlu ditanggung dan usaha mengesan ibu kandungnya beralamat di Sungai Merab - Kajang, Selangor tidak membuahkan hasil.

“Selepas menerima bayi perempuan itu, saya turut berulang kali ke alamat diberikan kakak untuk mencari wanita berkenaan di Sungai Merab namun penduduk tidak mengenalinya,”katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurut Fateha lagi, kini bayi itu sudah pun meningkat remaja dan bersekolah di sebuah sekolah di Kluang namun tidak mempunyai kad pengenalan kerana ketika penyerahan berlaku tiada sebarang dokumen disertakan termasuk Surat Daftar Kelahiran.

Ujarnya, Surat Daftar Kelahiran yang padanya itu didaftarkan oleh keluarga kakaknya namun tidak mempunyai maklumat lengkap menyebabkan mereka tidak dapat memproses dokumen dirinya hingga kini.

“Untuk itu, Nor Hidayah atau sesiapa sahaja yang mengenali wanita berkenaan diharap dapat menghubungi saya di talian 013 - 7175651 bagi membolehkan janji temu dilakukan dan menyelesaikan masalah remaja perempuan yang berada dibawah jagaan saya sekarang ini,”katanya. - Majestic

Peringatan untuk warga Kluang, Pontian
07/02/2026

Peringatan untuk warga Kluang, Pontian

Bekalan air berjadual di Kluang, Pontian

Semua pelabggan diminta simpan air secukupnya.

Berikut kenyataan penuh Ranhill SAJ Sdn Bhd:

Pelanggan yang dihormati,

Sebagai langkah pengurusan bekalan air secara berhemah dan terancang, Bekalan Air Berjadual (BAB) akan dilaksanakan di Kluang dan Pontian bermula 12.00 tengah malam, 7 Februari 2026.

Pelaksanaannya susulan paras tadahan Empangan Machap yang menunjukkan trend penurunan dan kini berada pada tahap pemantauan rapi.

Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam masih beroperasi dan terus membekalkan air terawat kepada pengguna, namun pada kapasiti yang lebih terkawal bagi memastikan kesinambungan bekalan.

BAB merupakan langkah pengurusan sementara bagi menstabilkan operasi loji rawatan air serta memastikan agihan bekalan air dapat dilaksanakan secara adil dan mencukupi kepada semua kawasan terlibat sepanjang tempoh ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya:

• Menggunakan air secara berhemah.
• Mengelakkan pembaziran air.
• Menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan asas.

Bekalan air alternatif menerusi lori tangki dan tangki statik akan terus dibekalkan mengikut keperluan dan kawasan strategik.

Pihak berkaitan akan terus memantau situasi semasa dan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa
ke semasa.

Kerjasama serta pemahaman semua pihak amat dihargai bagi memastikan kelangsungan bekalan air kepada pengguna.

- Majestic

Nelayan terima bantuan
29/01/2026

Nelayan terima bantuan

Sultan didenda, jalani khidmat masyarakat
28/01/2026

Sultan didenda, jalani khidmat masyarakat

Sultan didenda RM1,000 buang puntung rokok

JOHOR BAHRU : Seorang lelaki warga Bangladesh didenda RM1,000 dan diperintah menjalani khidmat masyarakat oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah membuang puntung rokok di tempat awam.

Sultan Md, 28, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa dalam bahasa Bengali di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.
Dia diperintahkan untuk melakukan khidmat masyarakat selama enam jam dengan tempoh dua jam sehari dan perlu dilaksanakan tidak lebih daripada enam bulan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Sultan didakwa membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok di tempat awam dan bukan di dalam bekas yang diperuntukkan bagi maksud membuang sisa pepejal berkenaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut, di sini, pada 1.27 pagi, 1 Januari lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 77A(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan sebagai tambahan boleh dikenakan suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen 77B(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM2,000 dan sebagai tambahan suatu perintah khidmat masyarakat maksimum 12 jam, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Rubiah Maulud manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Majestic

Address

Larkin
Johor Bahru
80200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Johor Ku Sejahtera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share