GAMIS Johor

Directions Website Contact the organization

GAMIS Johor Sebuah NGO yang berperanan untuk memperjuangkan isu mahasiswa di kampus seluruh Malaysia

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) ditubuhkan pertama kalinya pada tahun 1989 oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Mohd Yusof Abdullah sebagai sebuah front untuk membawa isu-isu mahasiswa dan rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-8 pada ketika itu. GAMIS pada ketika itu mendepani isu-isu kemiskinan bandar dan luar bandar, isu pendidikan tinggi, isu rampasan tanah dan pelbagai lagi. Melalui GAMIS, mahasiswa dari kebanyakan kampus utama di seluruh tanah air berjaya dikumpulkan dalam satu wadah Islam untuk mendepani isu-isu nasional dan antarabangsa bagi membawa suara Islam.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐˜๐€๐๐† ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ‘ โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พHari Malaysia bukan sekadar sebuah tarikh, tetapi menjadi simbol penya...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐˜๐€๐๐† ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ‘ โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Hari Malaysia bukan sekadar sebuah tarikh, tetapi menjadi simbol penyatuan sebuah negara yang dibina atas kepelbagaian. Perbezaan bangsa, agama dan budaya menjadi kekuatan untuk kita terus berdiri bersama sebagai satu Malaysia.

Marilah kita menghayati erti perpaduan, saling menghormati serta bersama-sama memelihara keharmonian negara yang kita cintai.

Malaysiaku Tetap di Hati๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค

16 September 2026 | 4 Rabiโ€˜ul Akhir 1448H

MEMIMPIN KEMENANGAN MAHASISWA ISLAM



|| ๐๐„๐๐†๐„๐๐€๐‹๐€๐ ๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐†๐€๐Œ๐ˆ๐’ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ||ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู  ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’...
10/08/2026

|| ๐๐„๐๐†๐„๐๐€๐‹๐€๐ ๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐†๐€๐Œ๐ˆ๐’ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ||

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู
ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Kami dengan penuh rasa syukur, ingin memperkenalkan barisan kepimpinan GAMIS Johor sesi 2026/2027 yang telah dipilih untuk memikul amanah dan tanggungjawab perjuangan mahasiswa Islam di negeri Johor Darul Ta'zim.

Firman Allah SWT:
"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun merasa berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."
(Surah at-Taubah: ayat 41)

Semoga barisan kepimpinan ini sentiasa bersedia untuk bergerak, sama ada dalam keadaan mudah mahupun mencabar. Semoga Allah SWT mengurniakan keikhlasan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam menggalas tanggungjawab ini demi memartabatkan Islam, memperkukuh perpaduan dan membela suara mahasiswa Islam. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ

ุณูŠุฑูˆุง ุนู„ู‰ ุจุฑูƒุฉ ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ โœจ

"MEMIMPIN KEMENANGAN MAHASISWA ISLAM"

๐—š๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—›๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—” ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—˜-๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—š๐—”๐— ๐—œ๐—ฆ) ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ


|| PEMBUBARAN BARISAN KEPIMPINAN GAMIS JOHOR SESI 2025/2026 ||Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, secara rasminya ...
10/08/2026

|| PEMBUBARAN BARISAN KEPIMPINAN GAMIS JOHOR SESI 2025/2026 ||

Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, secara rasminya telah berakhir tempoh perkhidmatan barisan kepimpinan GAMIS Johor sesi 2025/2026.

Setahun bukanlah tempoh yang singkat. Banyak keringat, air mata, cabaran dan kenangan yang telah dilalui bersama dalam menggerakkan agenda mahasiswa Islam di bumi Johor.

Jutaan terima kasih dan penghargaan setinggi-tingginya kepada seluruh barisan kepimpinan atas segala komitmen, masa, tenaga dan pengorbanan yang telah dicurahkan demi Islam, dakwah dan ummah.

"Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan..."
(Surah at-Taubah: ayat 105)

Kami mendoakan agar setiap usaha, setiap penat lelah dan setiap pengorbanan kalian menjadi saham akhirat yang diterima oleh Allah SWT. Semoga terus istiqamah dalam perjuangan walau di mana jua kalian berada.

"BERSATU MENERAJUI GERAKAN MAHASISWA"

๐—š๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—›๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—” ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—˜-๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—š๐—”๐— ๐—œ๐—ฆ) ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ


Menjunjung Kasih, Merafak Sembah.Sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-...
01/06/2026

Menjunjung Kasih, Merafak Sembah.

Sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Johor merafak sembah setinggi-tinggi tahniah serta menzahirkan doa tulus ikhlas agar Tuanku sentiasa berada dalam lindungan rahmat dan inayah Allah SWT.

Moga payung kedaulatan Tuanku terus menaungi tanah air tercinta dengan keadilan, hikmah dan kesejahteraan berpanjangan.

Daulat Tuanku.

"Raja berjiwa rakyat, rakyat menjunjung kasih."

15 Zulhijjah 1447H | 1 Jun 2026

Sembah Takzim Daripada:
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Johor

"MEMIMPIN KEMENANGAN MAHASISWA ISLAM"

[๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐€๐‘๐€๐…๐€๐‡ โ€“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ƒ๐Ž๐€ & ๐Š๐„๐€๐Œ๐๐”๐๐€๐]Sempena tibanya Hari Arafah 1447H, GAMIS Johor merakamkan setinggi...
26/05/2026

[๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐€๐‘๐€๐…๐€๐‡ โ€“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ƒ๐Ž๐€ & ๐Š๐„๐€๐Œ๐๐”๐๐€๐]

Sempena tibanya Hari Arafah 1447H, GAMIS Johor merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghormatan kepada seluruh umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji dan juga kepada kita semua yang menyambutnya dengan penuh pengharapan dan ketaatan.

Hari Arafah merupakan hari yang paling mulia dalam Islam, ia merupakan hari di mana doa dimakbulkan, dosa diampunkan dan rahmat Allah dilimpahkan seluas-luasnya buat hamba-Nya yang bersujud dan bermunajat.

Ia adalah hari untuk kembali, memperbanyakkan doa, istighfar dan taubat, serta menyemai semula rasa kehambaan yang tulus kepada Tuhan Yang Maha Pengampun.

Mari kita hidupkan Hari Arafah ini dengan zikir, doa dan amal soleh. Jangan kita sia-siakan peluang yang Allah beri ini dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

MEMIMPIN KEMENANGAN MAHASISWA ISLAM


๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐†๐”๐‘๐” ๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐ŸซSetinggi-tinggi penghargaan buat semua guru yang mendidik dengan penuh kesabaran, kasih sayang dan...
16/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐†๐”๐‘๐” ๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐Ÿซ

Setinggi-tinggi penghargaan buat semua guru yang mendidik dengan penuh kesabaran, kasih sayang dan keikhlasan. Guru adalah tunjang pembangunan insan, membentuk generasi berilmu dan berakhlak. โœจ

Guru bukan sekadar insan yang mengajar di bilik darjah, tetapi jiwa yang menyalakan harapan, membentuk akhlak dan menghidupkan semangat. Dalam setiap teguran ada kasih, dalam setiap nasihat ada doa, dan dalam setiap pengorbanan ada cinta yang tidak pernah meminta balasan. Terima kasih guru, kerana di sebalik penat dan lelahmu, lahirlah generasi yang terus berjuang. ๐Ÿ’ซ

๐‘ฎ๐‘ผ๐‘น๐‘ผ ๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ป๐‘จ๐‘น๐‘จ, ๐‘ต๐‘จ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘จ๐‘น๐‘จ


๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐‡๐€๐ ๐€๐‹-๐Œ๐”๐๐€๐‘๐€๐Š๐ŸŒ™Alhamdulillah, kita direzekikan sekali lagi bertemu Ramadhan yang penuh keberkatan...
18/02/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐‡๐€๐ ๐€๐‹-๐Œ๐”๐๐€๐‘๐€๐Š๐ŸŒ™

Alhamdulillah, kita direzekikan sekali lagi bertemu Ramadhan yang penuh keberkatan. Inilah bulan yang mendidik jiwa, menyucikan hati dan membuka ruang seluas-luasnya untuk kita meraih taqwa.

Nabi ๏ทบ bersabda:
"Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah ๏ทป, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu." (Riwayat al-Bukhari)

Marilah kita jadikan Ramadhan kali ini sebagai Madrasah Rohaniah dan Fikriyyah yang mengangkat kita ke persada kejayaan.

Atara doa yang boleh dibaca ketika menyambut Ramadhan:

"ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุณูŽู„ู‘ูู…ู’ู†ููŠ ู„ูุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽุŒ ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูู…ู’ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ู„ููŠุŒ ูˆูŽุชูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ู’ู‡ู ู…ูู†ู‘ููŠ ู…ูุชูŽู‚ูŽุจู‘ูŽู„ู‹ุง"
Ya Allah, sejahterakanlah aku untuk Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku, dan terimalah amalanku di dalamnya.

Semoga Ramadhan kali ini dapat menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita semua.



๐ŸŒ™ ๐๐ˆ๐’๐…๐” ๐’๐˜๐€'๐๐€๐ ๐ŸŒ™Marilah kita bersama-sama menghidupkan malam yang penuh keberkatan ini dengan memperbanyakkan doa dan m...
02/02/2026

๐ŸŒ™ ๐๐ˆ๐’๐…๐” ๐’๐˜๐€'๐๐€๐ ๐ŸŒ™

Marilah kita bersama-sama menghidupkan malam yang penuh keberkatan ini dengan memperbanyakkan doa dan munajat kepada Allah SWT. Janganlah kita lalai dengan urusan dunia yang bersifat sementara, sebaliknya gunakan kesempatan ini untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Hindarilah perselisihan dan permusuhan, serta hiasi hati dengan sifat pemaaf. Lapangkan hati dan jiwa kita untuk memaafkan semua orang agar jiwa kita bersih dan tenang.

Semoga doa kita diterima, hati kita disucikan dan ukhuwah sesama Muslim semakin erat.

"BERSATU MENERAJUI GERAKAN MAHASISWA"



โœจ Maโ€™thurat Time | Anjuran SIGMA JohorโœจAssalamualaikum wbt. SIGMA Johor dengan berbesar hati ingin menjemput semua musli...
11/12/2025

โœจ Maโ€™thurat Time | Anjuran SIGMA Johorโœจ

Assalamualaikum wbt. SIGMA Johor dengan berbesar hati ingin menjemput semua muslimat yang ingin bersama dalam Program Maโ€™thurat Time, ruang santai rohani bagi menghidupkan zikir pagi & petang serta membina kekuatan jiwa dalam suasana ukhuwwahโœจ๐Ÿ’ซ

๐Ÿ“… Tarikh: Setiap Hari Jumaat
โฐ Masa: 6.00 PM - 6.30 PM
๐Ÿ“ Tempat: Google Meet (link akan diberi)
๐Ÿ”— Link WhatsApp Group :
https://chat.whatsapp.com/I6pnGy4C38l0VVgtdVhKZa?mode=wwt

Mari hadir beramai-ramai untuk menyegarkan hati dengan bacaan Maโ€™thurat, menambah pahala, dan mempererat hubungan sesama muslimat.๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž

"SIGMA Menerajui Mahasiswi Kolektif"


๐’๐Š๐€๐๐ƒ๐€๐‹ ๐‘๐€๐’๐”๐€๐‡: ๐†๐€๐Œ๐ˆ๐’ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐“๐”๐๐“๐”๐“ ๐Š๐„๐“๐„๐‹๐”๐’๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐ˆ๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐ ๐“๐„๐†๐€๐’!Mahasiswa adalah suara masa depan, dan kami berdiri bers...
28/11/2025

๐’๐Š๐€๐๐ƒ๐€๐‹ ๐‘๐€๐’๐”๐€๐‡: ๐†๐€๐Œ๐ˆ๐’ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐“๐”๐๐“๐”๐“ ๐Š๐„๐“๐„๐‹๐”๐’๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐ˆ๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐ ๐“๐„๐†๐€๐’!

Mahasiswa adalah suara masa depan, dan kami berdiri bersama rakyat untuk menuntut keadilan, menolak rasuah, serta memastikan integriti kepimpinan negara dipulihkan. Jika kerajaan gagal memenuhi tuntutan ini, mahasiswa akan terus bersuara lantang demi memastikan keadilan ditegakkan.



Address

Johor Bahru
81700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GAMIS Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to GAMIS Johor:

Shortcuts

Share