Yayasan Ikram Malaysia Negeri Johor

Yayasan Ikram Malaysia Negeri Johor Rahmah Untuk Semua

17/06/2026

Seruan Infaq Sempena Menghayati Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW

“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah, nescaya mereka akan mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” (Surah An-Nisa’: 100)

Tahun baru Hijrah mengingatkan kita kepada pengorbanan agung Rasulullah SAW dan para sahabat dalam meninggalkan keselesaan, harta dan kepentingan diri demi menegakkan agama Allah. Hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal, tetapi satu perjalanan pengorbanan, keikhlasan dan khidmat kepada ummah.

Ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, masyarakat Islam membina sebuah tamadun yang berasaskan ukhuwah, kasih sayang dan saling membantu. Golongan Ansar membuka pintu rumah dan menghulurkan bantuan kepada saudara Muhajirin yang memerlukan. Semangat inilah yang perlu kita hidupkan pada hari ini.

Melalui sumbangan anda kepada Yayasan IKRAM Malaysia (yaIKRAM), anda turut menjadi sebahagian daripada usaha hijrah umat ke arah kehidupan yang lebih baik. Sumbangan anda membantu meringankan beban golongan fakir miskin, anak yatim, mangsa bencana, pelajar yang memerlukan serta pelbagai program kebajikan dan pembangunan masyarakat.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan melepaskan satu kesusahannya pada Hari Kiamat.” (Riwayat Muslim)

Marilah kita mengambil inspirasi daripada semangat pengorbanan Muhajirin dan kemurahan hati Ansar dengan menghulurkan sumbangan terbaik kita. Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi saham akhirat yang berkekalan dan menjadi bukti kecintaan kita kepada perjuangan Islam.

Ayuh berinfaq sempena Maal Hijrah. Bersama kita meneruskan legasi Hijrah Rasulullah SAW dengan membantu mereka yang memerlukan.

“Hijrah Membina Ummah, Infaq Menyuburkan Rahmah.”

Sumbangan anda hari ini mampu mengubah kehidupan mereka yang memerlukan. Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan kita dan mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda.

5621 4240 4402
Maybank Yayasan Ikram Malaysia
Ruj: Umum

07/05/2026

Ujian Banjir

Hujan di beberapa tempat di Malaysia. Antara doa yang boleh diamalkan sebagai usaha kita memohon rahmat dan perlindungan Allah SWT daripada sebarang musibah dan bencana yang tidak diingini;

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ

“Ya Allah turunkanlah pada kami yang bermanfaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺣَﻮَﺍﻟَﻴْﻨَﺎ ﻭَﻟَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ,ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍلآكَاﻡِ ﻭَﺍﻟﻈِّﺮَﺍﺏِ ﻭَﺑُﻄُﻮﻥِ ﺍﻟﺄَﻭْﺩِﻳَﺔِ ﻭَﻣَﻨَﺎﺑِﺖِ ﺍﻟﺸَّﺠَﺮِ

“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pokok- pokok.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ, وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ, وَفَجْأَةِ نِقْمَتِكَ, وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari lenyapnya nikmat-Mu, dari beralihnya keselamatan (yang merupakan anugerah)-Mu; dari datangnya siksa-Mu (bencana) secara mendadak, dan dari semua kemurkaan-Mu. (HR. Muslim)

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Hadith riwayat Abu Dawud, no. 5088, at-Tirmizi, no. 3388, Ibn Majah, no. 3869, Ahmad, no. 497)

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ

Ya Allâh, kami berlindung kepada-Mu dari beratnya musibah yang tak mampu ditanggung, dari datangnya sebab-sebab kebinasaan, dari buruknya akibat apa yang telah ditakdirkan, dan gembiranya musuh atas penderitaan yang menimpa. (Muttafaqun ‘alaih)

Bagi yang mampu membantu, hulurkan lah tangan dan ringankan lah beban mereka yang diuji dengan banjir. Moga kita tergolong dalam hadis di bawah.

Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Barangsiapa yang membantu
seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” (Riwayat Muslim (2699))

https://t.me/kapsul_tazkirah

07/05/2026
22/04/2026
22/04/2026
27/03/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M 🌙

Yayasan Ikram Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh umat Islam.

Di bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan serta meraikan kemenangan setelah sebulan berjuang mendidik jiwa dan memperbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadan.

Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT,
Taqabbalallahu minna wa minkum,
dan semoga semangat kebaikan, keikhlasan serta perubahan diri yang telah dibina sepanjang Ramadan terus kekal dan mekar dalam kehidupan seharian.

Dalam kegembiraan menyambut Syawal, marilah kita terus menyantuni golongan yang memerlukan, menyebarkan kasih sayang, serta mengeratkan silaturrahim sesama insan.

✨ Bersama kita terus berkongsi rezeki, mengukir senyuman dan membina masyarakat yang lebih sejahtera.

5621 4240 4402
Maybank Yayasan Ikram Malaysia
Rujukan bank: RR26

Ikhlas daripada,
Yayasan Ikram Malaysia

17/03/2026
17/03/2026

7 Mac, Segamat - IKRAM  Segamat dan Yayasan Ikram Malaysia telah mengadakan program Iftar bersama komuniti di Masjid Al-...
17/03/2026

7 Mac, Segamat - IKRAM Segamat dan Yayasan Ikram Malaysia telah mengadakan program Iftar bersama komuniti di Masjid Al-Muhajirin Bukit Siput Segamat. Seramai lebih 90 orang telah bersama-sama dalam program kali ini. Program ini juga dijalankan secara serentak dengan program Remaja Raikan Ramadan (3R).

Program dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Ustaz Mohd. Fauzi bin Muhammad , TYDP IKRAM Segamat manakala penerangan mengenai program Rayuan Ramadan disampaikan oleh Ustaz Suhaimi bin Haron selaku setiausaha IKRAM Segamat.

Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi di masa hadapan.

Address

Jalan Pendidikan, Taman Universiti
Johor Bahru
81300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Ikram Malaysia Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Ikram Malaysia Negeri Johor:

Shortcuts

Share