30/09/2026
21 Ogos 2026
YPH Taja Kos Ayub ke Kejohanan Catur Eastern Asian Youth Chess Championship 2026
Alhamdulillah, sebahagian daripada sumbangan para penderma telah kami salurkan kepada adik Muhammad Ayub Bin Mohd Nur Al Sufi, pelajar Tahun 2 Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru.
Ayub telah terpilih mewakili Malaysia ke Kejohanan Catur Eastern Asian Youth Chess Championship 2026 yang telah berlangsung di Hainan, China.
Sokongan ini diberikan bagi membantu menampung sebahagian kos Ayub sepanjang menyertai kejohanan tersebut. Walaupun tidak besar nilainya, kami berharap sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan kos yang ditanggung oleh ibu dan ayah Ayub.
Semoga pengalaman ini menjadi satu kenangan bermakna buat Ayub, serta terus menyemai minat dan semangatnya dalam bidang catur.
Terima kasih kepada para penderma yang terus bersama YPH dalam menyokong perjalanan anak-anak kita mengejar impian dan mengembangkan potensi diri.
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab lahirnya lebih ramai anak-anak yang berani melangkah jauh dan mengharumkan nama Malaysia. ♟️🇲🇾
Tahniah Ayub !!🌹