Kasih Malaysia

Directions

Kasih Malaysia Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia

Memberi sokongan kepada individu yang sedang melalui tekanan mental bukanlah suatu yang mudah. Namun, kesudian untuk kek...
12/10/2026

Memberi sokongan kepada individu yang sedang melalui tekanan mental bukanlah suatu yang mudah. Namun, kesudian untuk kekal di sisi mereka adalah hadiah yang amat bernilai.

Buat anda yang menjadi sistem sokongan (supporter):

⚓️Kehadiran anda sangat bermakna. Sekecil mana pun bantuan anda, ia harapan besar buat mereka.
⚓️Anda tak perlu sempurna. Anda tak perlu ada semua jawapan atau jalan penyelesaian. Cukup sekadar menjadi tempat selamat untuk mereka luahkan isi hati.
⚓️Jaga diri anda juga. Anda tidak boleh menuang air dari cawan yang kosong. Rehatlah jika penat.

Terima kasih kerana memilih untuk peduli. Infografik di atas kami sediakan khas untuk membantu anda. Penghargaan buat semua supporter—anda semua sangat hebat!
-


"Tak apa kalau rasa tak OK..." 💚Pernah tak rasa penat yang amat sangat, tapi bila dah tidur pun tetap tak hilang penat t...
10/10/2026

"Tak apa kalau rasa tak OK..." 💚

Pernah tak rasa penat yang amat sangat, tapi bila dah tidur pun tetap tak hilang penat tu? Kadang-kadang fizikal kita sihat je, tapi minda dengan emosi yang sebenarnya tengah sarat dan 'bising'.

Ingat, tak apa kalau ada hari yang kita rasa tak OK. Kita manusia biasa, bukannya robot. Rasa down tu normal, bukannya tanda kita lemah.

Tapi yang paling penting, jangan pendam. Kalau rasa dah tak tertanggung, langkah yang paling betul dan berani adalah dengan minta bantuan pakar psikologi. Sama macam kita pergi klinik kalau demam, macam tu lah juga kita jumpa pakar untuk rawat emosi kita.

👉 Jom belek infografik yang disediakan untuk tahu tanda-tanda tekanan emosi yang kita kena beringat, sekali dengan talian bantuan yang boleh dihubungi segera.

Jaga diri, jaga minda. Bantuan sentiasa ada untuk anda. 🧠✨

-




Sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental, ibu bapa boleh memulakan perbualan mengenai kesihatan mental dengan anak-anak ...
08/10/2026

Sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental, ibu bapa boleh memulakan perbualan mengenai kesihatan mental dengan anak-anak melalui suasana yang tenang, mendengar tanpa menghakimi, serta menggunakan bahasa yang mudah difahami.

Sebagai ibu bapa, kita sering kali risau kalau-kalau topik ini terlalu berat untuk mereka. Namun, membina ruang komunikasi yang selamat dan terbuka di rumah sebenarnya adalah pelindung utama emosi dan mental anak-anak kita.

Langkah pertama mungkin nampak sukar, tapi anda tidak berseorangan! Kami telah menyediakan infografik ini sebagai panduan mudah untuk anda mulakan langkah hari ini.

Mari kita sama-sama bimbing dan dengar suara hati anak-anak demi masa depan mereka yang lebih sejahtera. 🕊️

-





08/10/2026

Terima kasih Nona!

𝗪𝗮𝗰𝗮𝗻𝗮 𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗸𝘂𝗸𝘂𝗵 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘀𝗶 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗱𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗮𝗺SHAH ALAM, 3 Oktober 2026 – KASIH Malaysia dengan k...
08/10/2026

𝗪𝗮𝗰𝗮𝗻𝗮 𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗸𝘂𝗸𝘂𝗵 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘀𝗶 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗱𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗮𝗺

SHAH ALAM, 3 Oktober 2026 – KASIH Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor - Pekawanis dan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah menganjurkan program Wacana Kasih Keluarga MADANI dengan jayanya di Shah Alam, Selangor.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran Pengerusi KASIH Malaysia, YABhg. Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir ialah Yang di-Pertua PEKAWANIS, YABhg. Datin Seri Masdiana Muhamad; EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, YB Puan Anfaal Saari; Ahli Parlimen Shah Alam, YB Tuan Hj. Azli Yusof; serta barisan ahli KASIH Malaysia dan PEKAWANIS.

Mengangkat tema “Seimbang Keluarga, Sejahtera Negara”, program ini menekankan kepentingan menilai semula peranan institusi keluarga dalam membina asas masyarakat yang kukuh. Menerusi perkongsian YABhg. Pengerusi KASIH Malaysia, penerapan nilai tanggungjawab bersama (shared responsibility) serta asuhan yang sarat dengan ilmu, adab, dan akhlak menjadi teras utama dalam melahirkan generasi yang berdaya tahan dan bertamadun tinggi bermula dari rumah.

KASIH Malaysia dan PEKAWANIS turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan strategik termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam, Wanita Berdaya Selangor, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Pertubuhan Keselamatan Sosial, serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama menjayakan program ini.

Semoga penganjuran ini menjadi pemangkin serta mencetuskan inspirasi yang berterusan dalam memperkasakan institusi keluarga di Malaysia.
-
📸: PMO, KASIH Malaysia & PEKAWANIS



Innalillahi wainna ilaihi raji’un.Dengan penuh rasa dukacita dan hiba, seluruh warga KASIH Malaysia mengucapkan setinggi...
28/09/2026

Innalillahi wainna ilaihi raji’un.

Dengan penuh rasa dukacita dan hiba, seluruh warga KASIH Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi takziah atas pemergian Pengerusi Pertama kami yang amat disayangi, Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali, yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini.

KASIH Malaysia tidak akan wujud tanpa visi, keazaman, dan jiwa besar beliau. Pada tahun 2018, beliau sendiri yang memimpin kami membina pertubuhan ini dari awal. Dengan penuh dedikasi dan ketegasan, beliau duduk bersama-sama ahli untuk merancang setiap perincian — daripada pemilihan logo, gubahan lagu rasmi, hinggalah kepada penggubalan perlembagaan persatuan.

Di sebalik status dan ketegasan beliau membina asas pertubuhan ini, Allahyarhamah Tun merupakan seorang insan yang sangat rendah diri, mesra, dan mudah didekati. Beliau adalah lambang keanggunan, kesabaran, dan kelembutan seorang wanita. Namun, di sebalik tutur bicaranya yang sentiasa lembut, tersimpul sebuah kekuatan jiwa yang kental yang sentiasa membimbing kami.

Beliau sentiasa menitipkan pesanan berharga agar kami terus bangkit berbakti dan memberi semula kepada masyarakat. Kehilangan beliau amat dirasai, dan kami berjanji akan terus memelihara serta meneruskan legasi yang telah beliau semai dengan penuh kasih sayang.

Kami mendoakan agar YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian yang berat ini.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampunkan segala dosa-dosanya, dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman di syurga Jannah. Amin.

Rehatlah dengan tenang, Tun yang kami sayangi. Jasa, kebaikan, dan senyuman mesra Tun akan sentiasa hidup dan bersemadi dalam setiap langkah KASIH Malaysia.

Al-Fatihah.

-

22/09/2026
KASIH Malaysia amat berbangga dapat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dan PDRM dalam menjayakan Kempen Sifar B...
21/09/2026

KASIH Malaysia amat berbangga dapat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor dan PDRM dalam menjayakan Kempen Sifar Buli Negeri Selangor. Kehadiran YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Pengerusi KASIH Malaysia, ke kempen ini membuktikan komitmen kami dalam melindungi kesihatan mental anak-anak dan golongan belia.

Majlis yang turut dihadiri oleh YB Puan Jamaliah Jamaluddin (EXCO Kesihatan Awam & Alam Sekitar), YBrs. Inspektor Natalie anak Allin (Bahagian Siasatan Seksual, Wanita & Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor,Seksyen 9 Shah Alam,Selangor) serta barisan AJK KASIH Malaysia menjadi saksi pelancaran dua inisiatif penting di bawah Program Selangor Mental Sihat (SEHAT) oleh Pengerusi kami:

💚 Hab Rakan Sokongan SEHAT: Sesi bimbingan psikososial percuma & sulit melalui aplikasi SELangkah.

📞 Talian Belia SEHAT (1700-82-7536):
Sokongan emosi bersama Kaunselor Berdaftar (Isnin–Jumaat, 8.30 pagi–4.30 petang).

Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor, Pusat Kaunseling Selangor, IIUM (International Islamic University Malaysia), Gombak, NGO SAPOT, dan semua pihak yang terlibat.

Mari bersama-sama menyebarkan info ini agar manfaatnya sampai kepada mereka yang memerlukan! ✨
-




Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia! 🇲🇾Semoga negara tercinta ini kekal aman, makmur, da...
16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia! 🇲🇾

Semoga negara tercinta ini kekal aman, makmur, dan bersatu padu.

-


Pada 30 Ogos lalu, YABhg Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Perdana Menteri merangkap Pengerusi KASIH Malaysia ...
02/09/2026

Pada 30 Ogos lalu, YABhg Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Perdana Menteri merangkap Pengerusi KASIH Malaysia telah merasmikan Laman Florikultur "Magica Garden" di MAHA 2026. Beliau diiringi ahli-ahli jawatankuasa KASIH Datin Seri Normah Alwi, Datin Seri Azlin Hezri dan Datin Hajah Rosnih Nasir.

Laman Florikultur mempamerkan 101 jenis kombinasi bunga, tanaman hiasan dan tumbuhan boleh dimakan sebagai simbolik kepada sambutan 101 tahun sejarah MAHA. Acara itu turut menampilkan tarikan seperti Taman Magika Magica Garden), "Agro Safari and Zoo Petting", Pasar Terapung dan Laman Padi & Pertanian Pintar.

MAHA 2026 sedang berlangsung 28 Ogos hingga 6 September 2026 di MAEPS Serdang. Masuk adalah percuma.

-





Address

Johor Bahru
79### TO 81###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kasih Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share