ILMAM JOHOR

ILMAM JOHOR Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Malaysia Mesir (ILMAM) Johor merupakan sebuah wadah kesatuan bagi lepasan Mesir khususnya dari Negeri Johor.

Ianya juga merupakan kesinambungan kepada kesatuan di Mesir iaitu Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir.

UCAPAN SALAM TAKZIAH & ZIARAH KEBAJIKANILMAM Johor merakamkan ucapan Salam Takziah buat ahli keluarga Almarhum Ustaz Haj...
27/10/2025

UCAPAN SALAM TAKZIAH & ZIARAH KEBAJIKAN

ILMAM Johor merakamkan ucapan Salam Takziah buat ahli keluarga Almarhum Ustaz Haji Muhammad Ariff Bin Haron yang telah kembali ke Rahmatullah pada Hari Sabtu, 25 Oktober 2025 yang lalu akibat kemalangan jalan raya.

Almarhum meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masih kecil dan seorang yang masih dalam kandungan.

Sehubungan itu, ILMAM Johor telah menggerakkan kutipan Sumbangan Derma Kilat dikalangan Alumni Mahasiswa Mesir dan kenalan. Sejumlah RM 5,970.00 sumbangan berjaya dikumpulkan dan telah disampaikan oleh Pengerusi ILMAM Johor, Ustaz Mohd Helmi Bin Hji Nor Isham bersama sahabat alumni Ustaz Norsalam Bin Abu Bakar dan Ustaz Ahmad Helmi Bin Subhan pada 26 Oktober 2025, semalam bertempat di kediaman keluarga Ustazah Shuhada Alam Shah, balu Almarhum.

Semoga dengan sumbangan yang disampaikan ini, dapat meringankan beban ahli keluarga yang ditinggalkan dan menzahirkan rasa keprihatinan dan semangat ukhuwwah terhadap Almarhum.

Sama-sama kita mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas ruh Almarhum dan menempatkan Almarhum bersama golongan para Syuhada’ dan ditempatkan di dalam Syurga Allah SWT.

Al-Fatihah.

BACAAN YASIN & DOA SELAMAT UNTUK MAHASISWA BAHARUPertubuhan Lepasan Mahasiswa Malaysia Mesir (ILMAM) Johor dengan ini me...
14/09/2025

BACAAN YASIN & DOA SELAMAT UNTUK MAHASISWA BAHARU

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Malaysia Mesir (ILMAM) Johor dengan ini menganjurkan satu program bacaan yasin dan doa selamat buat mahasiswa dan mahasiswi Johor yang bakal berangkat ke Mesir tidak lama lagi.

Butirannya adalah seperti berikut :
πŸ”Έ Tarikh : 15 September
πŸ”Έ Hari : Isnin
πŸ”Έ Waktu : 8.45 Malam
πŸ”Έ Melalui Platform Google Meet
https://meet.google.com/ccp-yoxd-zms

Dijemput kepada seluruh bakal mahasiswa dan mahasiswi serta ibubapa untuk menghadiri bagi memeriahkan majlis ini.

Anjuran :
Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Malaysia Mesir (ILMAM) Johor

fans

π—žπ—˜π— π—˜π—₯π—œπ—”π—›π—”π—‘ π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗑 π—”π—œπ——π—œπ—Ÿπ—™π—œπ—§π—₯π—œ π—”π—Ÿπ—¨π— π—‘π—œ π— π—˜π—¦π—œπ—₯ π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ 𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯Alhamdulillah, pada 26 April 2025 yang lalu ILMAM JOHOR t...
04/05/2025

π—žπ—˜π— π—˜π—₯π—œπ—”π—›π—”π—‘ π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗑 π—”π—œπ——π—œπ—Ÿπ—™π—œπ—§π—₯π—œ π—”π—Ÿπ—¨π— π—‘π—œ π— π—˜π—¦π—œπ—₯ π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ 𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯

Alhamdulillah, pada 26 April 2025 yang lalu ILMAM JOHOR telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri Alumni Mesir Negeri Johor yang bertempat di Dewan Sekolah Menengah Intergrasi Teras Islam (SMITI) Al-Hikmah Kulai Johor.

Kehadiran dari pelbagai generasi Anak Johor yang pernah menuntut di Ardhul Kinanah menggamit kenangan lalu ketika berada di Bumi Perlembahan Nil ini.

Sudah pastinya, majlis ini kembali mentautkan ukhuwwah yang pernah terjalin, mengeratkan kembali persahabatan yang sekian lama terbina.

Majlis diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan nasyid pelajar-pelajar SMITI, kemudian disusuli dengan ucapan pengarah program iaitu Ustaz Muhammad Ariff Bin Haron dan ucapan Pengerusi ILMAM Johor iaitu Ustaz Mohd Helmi Bin Hj Nor Isham.

Para tetamu dihidangkan dengan juadah yang membuka selera, ditambah lagi dengan kemeriahan riuh rendah suara anak-anak alumni yang turut hadir.

Bukan alumni sahaja yang hadir, bahkan wakil Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir - BKPJM juga turut hadir menambahkan kemeriahan majlis. Sudah tentu, ianya membuatkan setiap alumni yang hadir terkenang dan kembali menyingkap kenangan bersama BKPJM suatu ketika dahulu.

Semoga dengan penganjuran majlis ini akan terus memperkukuhkan ukhuwwah dikalangan Alumni dan menjadi penghubung ukhuwwah diantara generasi dengan generasi yang lain.

π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π—₯π—”π—¦π— π—œ π—œπ—Ÿπ— π—”π—  𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯π—¦π—’π—Ÿπ—œπ——π—”π—₯π—œπ—§π—œ π—•π—žπ—£π—π—  : π—œπ—Ÿπ— π—”π—  𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯ π— π—˜π— π—•π—”π—‘π—§π—”π—› π—§π—œπ—‘π——π—”π—žπ—”π—‘ π—£π—˜π— π—•π—¨π—•π—”π—₯𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π——π—”π—™π—§π—”π—₯𝗔𝗑 𝗕𝗔𝗗𝗔𝗑 π—žπ—˜π—•π—”π—π—œπ—žπ—”π—‘ π—£π—˜π—Ÿπ—”...
01/02/2025

π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π—₯π—”π—¦π— π—œ π—œπ—Ÿπ— π—”π—  𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯

π—¦π—’π—Ÿπ—œπ——π—”π—₯π—œπ—§π—œ π—•π—žπ—£π—π—  : π—œπ—Ÿπ— π—”π—  𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯ π— π—˜π— π—•π—”π—‘π—§π—”π—› π—§π—œπ—‘π——π—”π—žπ—”π—‘ π—£π—˜π— π—•π—¨π—•π—”π—₯𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π——π—”π—™π—§π—”π—₯𝗔𝗑 𝗕𝗔𝗗𝗔𝗑 π—žπ—˜π—•π—”π—π—œπ—žπ—”π—‘ π—£π—˜π—Ÿπ—”π—π—”π—₯-π—£π—˜π—Ÿπ—”π—π—”π—₯ 𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯ π——π—œ π— π—˜π—¦π—œπ—₯

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Malaysia Mesir (ILMAM JOHOR) menyatakan sepenuhnya Solidariti bersama Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) atas tindakan pembubaran pendaftaran di bawah Education Malaysia of Egypt (EME).

Tindakan arahan pembubaran ini dilihat sangat tidak wajar adalah disebabkan kewujudan BKPJM sejak tahun 1970 hasil kesinambungan dari Tabung Derma Pelajar Islam Johor (TDPIJ) telah memainkan peranan yang sangat penting dalam pengurusan kebajikan pelajar Johor di Mesir.

Bahkan, segala pengurusan berkaitan pendaftaran pelajar Johor di Universiti Al-Azhar, pengurusan asrama pelajar Johor dan hal-hal kebajikan telah diurus dengan sangat baik. Ini membuktikan keberadaan BKPJM sangat penting dan memainkan watak utama sebelum kehadiran Pegawai Atase Pendidikan lagi.

Buat sahabat pimpinan, ahli BKPJM dan anak-anak Johor di Mesir, semoga terus tabah dan sabar dalam berhadapan dengan situasi ini. In sha Allah, hanya Allah jualah tempat pergantungan dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah SWT.

ILMAM JOHOR BERSAMA BKPJM

Salam hormat,

Mohd Helmi Bin Hj Nor Isham
Pengerusi,
Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Malaysia Mesir (ILMAM JOHOR)

Highlights

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Bacaan Yaasiin dan Doa Selamat Buat Mahasiswa/wi Baru Negeri Johor yang akan ber...
18/09/2024

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Bacaan Yaasiin dan Doa Selamat Buat Mahasiswa/wi Baru Negeri Johor yang akan berangkat ke Bumi Mesir pada 16 September 2024, Hari Isnin yang lalu.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Yaasiin dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ustaz Usamah Bin Aris, Mantan Yang DiPertua BKPJM. Pada agenda seterusnya, slot Tazkirah β€œSelangkah Ke Bumi Azhar : Ujian dan Cabaran” yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hairi Bin Hamzah, Mantan Pengerusi ILMAM Johor juga Mantan Yang DiPertua BKPJM.

Seterusnya, ucapan daripada wakil mahasiswa/wi baru iaitu Ustaz Syabil Qusyairi bin Mohd Razif. Majlis diserikan dengan Ucapan Aluan dan Taujihat yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Helmi Bin Hj Nor Isham, Pengerusi ILMAM Johor dan Mantan Yang DiPertua BKPJM. Antara inipati yang ditekankan adalah perlunya setiap mahasiswa menjaga niat sepanjang berada di Bumi Mesir, menggali ilmu sebanyaknya disamping melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan pengucapam awam dan kepentingan hidup berjemaah atau berorganisasi.

Pihak ILMAM JOHOR merakamkan jutaan terima kasih kepada semua mahasiswa/wi dan ibu bapa yang turut hadir dalam majlis ini. Didoakan semoga segala urusan dipermudah oleh ALLAH SWT, beroleh ilmu yang bermanfaat seterusnya kembali ke Malaysia sebagai Azhari yang mutqin, In sha Allah.

𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗑 π—¬π—”π—¦π—œπ—‘ 𝗗𝗔𝗑 𝗗𝗒𝗔 π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π—£π—˜π—Ÿπ—”π—π—”π—₯ 𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯ π—žπ—˜ π— π—˜π—¦π—œπ—₯Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Malaysia Mesir (ILMAM) Johor dengan ini ...
14/09/2024

𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗑 π—¬π—”π—¦π—œπ—‘ 𝗗𝗔𝗑 𝗗𝗒𝗔 π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π—£π—˜π—Ÿπ—”π—π—”π—₯ 𝗝𝗒𝗛𝗒π—₯ π—žπ—˜ π— π—˜π—¦π—œπ—₯

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Malaysia Mesir (ILMAM) Johor dengan ini menganjurkan satu program bacaan yasin dan doa selamat buat mahasiswa dan mahasiswi Johor yang bakal berangkat ke Mesir tidak lama lagi.

Butirannya adalah seperti berikut :
πŸ”Έ Tarikh : 16 September
πŸ”Έ Hari : Isnin
πŸ”Έ Waktu : 9.00 Malam
πŸ”Έ Melalui Platform Google Meet

Dijemput kepada seluruh bakal mahasiswa dan mahasiswi serta ibubapa untuk menghadiri bagi memeriahkan majlis ini.

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ILMAM JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share