03/05/2026
Ibadah Qurban 2026
Alhamdulillah, harga lembu Qurban tak naik dan masih kekal harga tahun lepas.
Hari ini Jawatankuasa Qurban ke Ladang Desa Selatan Berf Sdn Bhd. bagi memilih 20 ekor lembu Qurban untuk BADAN dan 5 ekor untuk Surau Darulsalam, Stulang Baru.
Keseluruhan Lembu dalam kandang No. 4 telah di ‘booking’ oleh BADAN. Anggaran berat lembu hidup lingkungan 300kg dan berat daging lembu bersih dalam lingkungan 90kg-100kg.
BADAN akan melaksanakan Ibadah Qurban pada Hari Raya ke-2 pada 28 Mei 2026, Hari Khamis.
Kita sama-sama doakan semoga Ibadah Qurban BADAN berjalan dengan lancar dan sempurna, In Shaa Allah.
Mohd Ali Mohd Salleh
Pengerusi
(Sessi 2026-2028)
Badan Kebajikan Islam
Kg Melayu Majidi