31/07/2026
“Saya ingat dulu muda bawa anak datang ZOO JOHOR, banyak dah berubah.” ❤️
MESRA OKU
Kata-kata ringkas ini mengingatkan kami bahawa setiap langkah membawa seribu kenangan.
Hari ini, para stroke survivor NASAM Johor kembali menjejakkan kaki ke Zoo Johor bukan sekadar untuk melihat haiwan, tetapi untuk mencipta kenangan baharu bersama rakan-rakan seperjuangan. Setiap senyuman, setiap langkah, dan setiap tawa adalah bukti bahawa kehidupan selepas strok masih penuh dengan harapan.
Di NASAM Johor, kami percaya rehabilitasi bukan hanya berlaku di pusat terapi, tetapi juga melalui pengalaman, persahabatan dan kegembiraan bersama.