BAHLooL Stories

BAHLooL Stories Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BAHLooL Stories, Non-Governmental Organization (NGO), Johor Bahru.

Youtube Channel and page : REIN

Page ini menghidangkan cerita rakyat, kisah benar admin ( ), pengembaraan ( ), politik ( ), komuniti usahawan ( ) dan amal ( ).

28/05/2026
Ibadah Kurban
28/05/2026

Ibadah Kurban

Final JDT vs Kuching City
25/05/2026

Final JDT vs Kuching City

Selamat Hari Raya keluarga Hj Uzair
22/03/2026

Selamat Hari Raya keluarga Hj Uzair

07/03/2026
03/02/2026

Ni anak lelaki sulong Abang, Zhareef nama dia. Hari ni dia memulakan langkah pertama. Abang hantar dia masuk sesi kelas media bersama ikon RareTV. Ini bukan sekadar kelas editing atau nak jadi influencer cari makan dik, tapi ini adalah kurikulum tambahan untuk memperkasakan anak-anak generasi RPWP seterusnya.

100 TAHUN DARI SEKARANG, SIAPA YANG AKAN PEGANG DUNIA?

Kita nak sediakan pengganti.

Bukan sekadar penyambung zuriat, tapi penyambung misi dan legasi. Ini semua adalah pelaburan 100 tahun mendatang.

Dik, kau kena faham satu benda.

Nabi Muhammad SAW beri gambaran bahawa pembangunan generasi itu bukan untuk esok pagi, tapi 100 tahun ke depan. Ada satu pesanan besar dalam Al-Quran yang kita selalu terlepas pandang.

"Dan hendaklah takut orang-orang yang sekiranya mereka MENINGGALKAN KETURUNAN YANG LEMAH di belakang mereka yang mereka khuatiri terhadap (kesejahteraan) mereka..." (Surah An-Nisa: 9)

Kita bukan takut anak kita tak cukup makan, dik.
Kita lebih takut kalau kita tinggalkan anak yang lemah jiwa, lemah ilmu dan tiada taring dalam mendepani fitnah akhir zaman.

Sebab itu orang putih kata, "It takes a village to raise a child."

Kita perlukan idea dan tatakelola SEKAMPONG dalam bentuk satu ekosistem untuk pastikan seorang anak itu jadi manusia.

Satu yang Abang pegang, iman tak boleh DIWARISI, tapi ilmu boleh DICARI.

Kau mungkin belum nampak sekarang. Tapi kau akan faham bila kau dah ada anak nanti.

Iman ni dik, memang tak boleh diwarisi. Kau alim macam mana pun, kau tak boleh copy-paste iman kau masuk dalam dada anak kau. Tapi, untuk capai iman, anak itu mesti faham Kitab Allah dan memiliki ilmu yang jelas.

Bila ilmu dia jelas, baru dia akan FAHAM DAN JELAS TUJUAN HIDUP DIA KERANA ALLAH, bukan sebab nak puaskan hati MANUSIA.

Dik, ini pesanan Abang buat kau (dan buat diri abang juga).

1. Ramai mak ayah sibuk nak sumbat anak dengan apa yang kita nak. Sebenarnya, tugas kita adalah beri umpan dalam bentuk environment supaya anak itu sendiri yang rasa lapar nak cari dan kenal Allah.

2. Anak kita bukan insurans hari tua kita dik. Jangan didik anak supaya dia boleh balas jasa kita nanti. Itu mindset transaksional.

Didiklah anak supaya dia jadi saham yang terus mengalirkan pahala buat kita di alam barzakh, walaupun dia tak pernah bagi kita satu sen pun di dunia.

3. Jangan haramkan teknologi pada anak, nanti dia jakun dan tewas bila keluar rumah. Tapi ajar dia macam mana nak pegang pisau tu supaya dia boleh melapah manfaat, bukan terhiris jari sendiri.

Zhareef, jalan terus.

Jadilah pengganti yang lebih baik dari abah.

Shauqi Hasan
Co-founder RPWP.

02/11/2025

Address

Johor Bahru

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BAHLooL Stories posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to BAHLooL Stories:

Share