Southern Vengers

Southern Vengers Southern Vengers is an online community that comes together to ensure public safety for the Southern state of Johor and Singapore border.

27/04/2026

Ingat Lesen L Malaysia boleh pakai kat Singapore? Silap besar! sekali kena, boleh ‘terbakar’ poket dan masa depan!

Ramai masih tak tahu, Lesen L (Learner) Malaysia TAK SAH digunakan di Singapore.

Jangan kerana satu salah faham, anda berdepan dengan tindakan tegas undang-undang negara orang.
Di Singapore, peraturan jalan raya bukan sekadar ketat, ia dikuatkuasakan tanpa kompromi.

⚠️ Guna lesen yang salah boleh menyebabkan:
• Denda tinggi (boleh cecah ribuan dolar)
• Rekod kesalahan
• Risiko tindakan mahkamah
• Kenderaan disita

👉 Ingat:
Lesen L hanya untuk belajar, bukan untuk memandu bebas, apatah lagi di luar negara.

💡 PESANAN BUAT ANDA!

“Negara orang, cara orang. Hormat undang-undang sebelum memandu.
Semak sebelum gerak jangan sampai menyesal kemudian.”

📢 Kongsikan info ini kepada rakan & keluarga anda.
Jangan biarkan mereka jadi mangsa kerana tak tahu.

14/04/2026

𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝 𝟭𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗣𝗘𝗟𝗘𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗕𝗨𝗛𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗖𝗔𝗧𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗝𝗨𝗔𝗡 𝟱𝟬%

Projek pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan di laluan Senai Utara – Simpang Renggam, Johor terus menunjukkan momentum kukuh, diterajui oleh Pakej 1A (Kulai – Sedenak) yang telah melepasi 50% kemajuan, sekali gus memperkukuh kemajuan keseluruhan projek.

Dilaksanakan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS), projek ini merupakan inisiatif strategik bagi meningkatkan kapasiti lebuh raya di selatan Semenanjung Malaysia, selaras dengan peningkatan trafik yang semakin ketara di Johor.

Pakej 1A telah mencapai kemajuan sebanyak 50.12% untuk tempoh berakhir 31 Mac 2026, menjadikannya pakej paling maju dan pemacu utama kepada momentum keseluruhan projek.

Sementara itu, Pakej 1B (Senai Utara – Kulai) dan Pakej 2 (Sedenak – Simpang Renggam) masing-masing mencatat kemajuan 13.44% dan 9.10%, selari dengan fasa pembinaan semasa yang sedang dilaksanakan.

Setakat 31 Mac 2026, kesemua pakej bergerak mengikut jadual. Ia mencerminkan pelaksanaan yang berdisiplin, koordinasi yang berkesan serta pemantauan rapi di semua tapak projek.

Projek ini melibatkan pelebaran lebuh raya daripada dua (2) lorong kepada tiga (3) lorong bagi setiap arah dan disasarkan siap sepenuhnya menjelang Suku Ketiga 2028.

Apabila siap kelak, projek ini dijangka melancarkan aliran trafik di laluan kritikal dan berimpak tinggi, mengurangkan tempoh perjalanan di antara Senai Utara dan Simpang Renggam, meningkatkan tahap keselamatan pengguna lebuh raya serta menyokong pertumbuhan ekonomi Johor sebagai hab logistik dan industri.

Projek ini juga dilihat sebagai pelaburan jangka panjang dalam memastikan rangkaian lebuh raya negara kekal efisien dan berdaya tahan dalam menghadapi peningkatan mobiliti masa hadapan.



Kementerian Kerja Raya Malaysia
Lembaga Lebuhraya Malaysia

14/04/2026

𝗦𝗠𝗔𝗥𝗧 𝗟𝗔𝗡𝗘 𝗗𝗜𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣 | 𝗦𝗲𝗻𝗮𝗶 𝗨𝘁𝗮𝗿𝗮 – 𝗞𝘂𝗹𝗮𝗶 (𝗔𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗮𝗿𝗮)

Bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan lorong tambahan, laluan Smart Lane di KM19.28 hingga KM21.3 arah utara (Senai Utara → Kulai) ditutup berkuat kuasa 13 April 2026.

Rancang perjalanan anda lebih awal dan semak keadaan trafik melalui aplikasi PLUS.

Patuhi papan tanda serta arahan petugas di kawasan kerja.

Keselesaan mungkin terganggu sementara, tetapi ini adalah langkah ke arah perjalanan yang lebih lancar dan selamat untuk semua.



Kementerian Kerja Raya Malaysia
Lembaga Lebuhraya Malaysia

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Southern Vengers posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Southern Vengers:

Share