Wira Kasseh's Page

Directions

Wira Kasseh's Page We would like you to welcome to Wira Kasseh@Persatuan Pengkasihan Haiwan Terbiar Johor Bahru (formerl

Wira Kasseh were registered as non-governmental organiazation (NGO) in Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) on 20th November 2012 with registration no PPM-007-01-20112012. Our missions to helping, protecting and creating a love between human and cats through some projects as TNRM (Trap Neuter Release/Rehome Manage), Adoption drive, Charity work and others social programmes. DONATION DETAILS: Cash/Intergiro to MAYBANK: 5513335351549 / Cheques payable to: Per Pengkasihan Haiwan Terbiar JB.

PROGRAM KEMBIRI DAN VAKSIN KUCING DI KAWASAN MBJB BERSAMA WIRA KASSEH JBDalam usaha meningkatkan kesedaran dan kebajikan...
10/10/2026

PROGRAM KEMBIRI DAN VAKSIN KUCING DI KAWASAN MBJB BERSAMA WIRA KASSEH JB

Dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kebajikan haiwan serta membantu mengawal populasi kucing secara lebih berhemah dan bertanggungjawab, Program Kembiri dan Vaksin Kucing Di Kawasan MBJB Bersama Wira Kasseh JB akan dilaksanakan melalui kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Persatuan Pengkasihan Haiwan Terbiar Johor Bahru (Wira Kasseh JB).

Program ini memberi peluang kepada pemilik serta penjaga kucing untuk mendapatkan perkhidmatan pemandulan (kembiri) dan vaksinasi, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan, kebajikan serta pengurusan populasi kucing.

Pelaksanaan program ini juga diharapkan dapat menggalakkan pendekatan yang lebih berperikemanusiaan, terkawal dan mampan dalam menangani pertambahan populasi kucing, khususnya di kawasan komuniti yang akan dilaksanakan pada: -

Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa: Bermula 8.00 pagi (pendaftaran adalah secara atas talian – terhad kepada 300 penyertaan sahaja)
Tempat: Dewan Muafakat Adda Height, Taman Adda Height, Johor Bahru

Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:
https://wirakasseh.fwh.is/

Penyertaan adalah terhad dan tertakluk kepada syarat serta kuota yang telah ditetapkan. Maklumat lanjut mengenai tarikh, lokasi dan syarat penyertaan adalah seperti yang tertera di dalam pautan yang disediakan.

Sebarang pertanyaan berkaitan program boleh diajukan melalui WhatsApp kepada wakil Persatuan Pengkasihan Haiwan Terbiar Johor Bahru (Wira Kasseh JB) :
En. Shahid Ezzuddin
Pengurus Program
011-6255 2563

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wira Kasseh's Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share