Rohsawal Nizam Abd Ghafar

Call Directions Contact the organization

Rohsawal Nizam Abd Ghafar ROHSAWAL NIZAM ABD GHAFAR
Pengerusi
Jawatankuasa Penyelaras Khas
Dun Puteri Wangsa

Alhamdulillah, tengah hari tadi, saya menunaikan solat Jumaat bersama YB Senator Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleima...
28/08/2026

Alhamdulillah, tengah hari tadi, saya menunaikan solat Jumaat bersama YB Senator Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman di Surau As-Salam, Jalan Badik, Taman Puteri Wangsa.

Selesai solat, kami turut berkesempatan bertemu dan beramah mesra bersama para jemaah.

Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah SWT dan ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan. 🤲🏻


Bismillahirrahmanirrahim.Hari ini, saya berkesempatan mengiringi YB Senator Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman, AD...
27/08/2026

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini, saya berkesempatan mengiringi YB Senator Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman, ADUN Tiram, ke Program Penyerahan Jalur Gemilang bertempat di Pasar Malam, Jalan Rambutan, Ulu Tiram.

Program ini turut bersama En. Fauzi bin Faizal, Ahli Majlis Zon Tiram, dalam menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Pengagihan Jalur Gemilang kepada masyarakat setempat menjadi simbol kebersamaan kita dalam menghayati erti kemerdekaan serta menghargai keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati pada hari ini.

Semoga semangat cintakan negara terus subur dalam jiwa setiap lapisan masyarakat dan Jalur Gemilang terus berkibar megah sebagai lambang perpaduan serta kebanggaan kita bersama. 🇲🇾


Bismillahirrahmanirrahim.Hari ini, saya hadir sebagai wakil rasmi YB Senator Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Suleiman ke Maj...
25/08/2026

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini, saya hadir sebagai wakil rasmi YB Senator Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Suleiman ke Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-69 Tabika KEMAS Sri Mutiara Hati yang berlangsung di Balairaya Kampung Sinaran Baru.

Sambutan ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara dalam kalangan anak-anak sejak usia kecil, malah turut menjadi ruang mengeratkan hubungan antara warga Tabika KEMAS, ibu bapa serta masyarakat setempat.

Tahniah dan syabas kepada pihak Tabika KEMAS Sri Mutiara Hati, para guru, ibu bapa serta semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan yang penuh ceria dan bermakna ini.

Semoga semangat cintakan tanah air terus disemai dalam jiwa generasi muda demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang. 🇲🇾


Bismillahirrahmanirrahim.Hari ini, saya berkesempatan mengiringi YB Senator Dato’ Hj Abdul Halim Suleiman, ADUN Tiram, k...
24/08/2026

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini, saya berkesempatan mengiringi YB Senator Dato’ Hj Abdul Halim Suleiman, ADUN Tiram, ke Majlis Sumbangan Bakul Makanan Kepada Penduduk Berbilang Kaum yang berlangsung di kawasan lapang bersebelahan Dewan Muafakat Johor, Taman Desa Jaya.

Program anjuran bersama Jawatankuasa Penduduk Zon Cemerlang dan Persatuan Penduduk Taman Desa Jaya ini menjadi wadah menyantuni masyarakat setempat tanpa mengira kaum, di samping meringankan sedikit beban keluarga yang menerima sumbangan.

Semoga sumbangan yang disampaikan dapat memberikan manfaat kepada para penerima serta mengeratkan lagi hubungan dan semangat muafakat dalam kalangan masyarakat Taman Desa Jaya.

Tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat dalam menjayakan program yang penuh bermakna ini.

Bismillahirrahmanirrahim.Hari ini, saya bersama-sama YB Senator Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman, Timbalan Presi...
21/08/2026

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini, saya bersama-sama YB Senator Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman, Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) merangkap Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Johor, berkesempatan menyaksikan serta memberikan sokongan kepada pasukan sepak takraw Johor sempena SUKMA Selangor 2026.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBSJ menyaksikan pasukan SUKMA Johor berentap menentang pasukan Selangor.

Tahniah dan syabas kepada seluruh barisan pemain serta pegawai pasukan Johor yang terus membawa nama negeri dengan penuh disiplin dan semangat juang. ❤️💙💪🏻



Bismillahirrahmanirrahim.Hari ini, Yayasan Sri Putih telah melaksanakan Program Ziarah Kasih sebagai salah satu usaha me...
18/08/2026

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini, Yayasan Sri Putih telah melaksanakan Program Ziarah Kasih sebagai salah satu usaha mendekati dan menyantuni masyarakat.

Yayasan Sri Putih yang diwakili oleh Farhan Fadillah dan Nazri Rahmat, bersama En. Rafizal bin Ahmad Razi (Tok Ijal) - Ketua Kampung Baru Sri Aman, bagi menziarahi beberapa keluarga.

Saya selaku Pengerusi Yayasan Sri Putih mendoakan agar setiap penerima dan keluarga diberikan kekuatan dalam menghadapi segala ujian, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.

Semoga usaha kecil ini dapat memberikan sedikit semangat dan menunjukkan bahawa mereka tidak bersendirian. Insya-Allah, Yayasan Sri Putih akan terus berusaha mendekati dan membantu masyarakat yang memerlukan.


Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah, hari ini, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kami sekeluarga telah me...
16/08/2026

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, hari ini, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kami sekeluarga telah mengadakan Majlis Kesyukuran & Aqiqah cucunda kesayangan kami, Muhammad Arash Iskandar bin Muhammad Nur, di kediaman kami di Taman Bukit Tiram.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya serta keluarga kepada Dato’, Datin, Tuan, Puan, saudara-mara, sahabat handai dan semua tetamu yang sudi meluangkan masa hadir memeriahkan majlis ini. Kehadiran, doa serta ingatan baik daripada semua amat besar maknanya buat kami sekeluarga.

Kami juga memohon doa agar Muhammad Arash Iskandar sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang diberkati serta membesar menjadi anak yang soleh, berbakti kepada ibu bapa dan menjadi penyejuk hati seluruh keluarga.

Sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung, kami sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon maaf.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir dan turut mendoakan. Semoga segala kebaikan Dato’ / Datin / Tuan / Puan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT. 🤲🏻🤍

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menunaikan solat Fardu Subuh secara berjemaah di Mas...
15/08/2026

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menunaikan solat Fardu Subuh secara berjemaah di Masjid Felda Ulu Tebrau.

Usai solat, saya mengambil kesempatan untuk bersarapan bersama para jemaah dan penduduk setempat.

Alhamdulillah, kesempatan sebegini membolehkan kita duduk bersama, bertukar pandangan serta mendengar sendiri pandangan, keperluan dan aspirasi masyarakat setempat.

Pertemuan seperti ini amat bermakna dalam usaha untuk terus mengeratkan silaturahim dan mendekati masyarakat.

Terima kasih kepada para jemaah dan penduduk Felda Ulu Tebrau atas sambutan yang begitu baik. Insya-Allah, silaturahim yang terjalin akan terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa.

8 OGOS 2026Hari ini saya berkesempatan menunaikan solat Fardu Subuh secara berjemaah di Surau Taman Impian Jaya.Usai sol...
07/08/2026

8 OGOS 2026

Hari ini saya berkesempatan menunaikan solat Fardu Subuh secara berjemaah di Surau Taman Impian Jaya.

Usai solat, saya mengambil kesempatan untuk bersarapan bersama para jemaah dan penduduk setempat di Warung Maya, Taman Impian Jaya Zon 2.

Alhamdulillah, dalam suasana santai dan penuh kemesraan, dapat kita duduk bersama, bersembang serta bertukar pandangan sambil mendengar sendiri pandangan dan aspirasi penduduk sekitar.

Pertemuan sebegini amat bermakna kerana ia memberi ruang untuk saya terus mendekati masyarakat, mengeratkan silaturahim serta memahami keperluan dan harapan penduduk setempat.

Terima kasih kepada semua jemaah dan penduduk Taman Impian Jaya atas sambutan yang begitu baik. Insya-Allah, silaturahim yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa.

Address

Laman Tiram Event Space, Jalan Resam 13, Taman Bukit Tiram
Johor Bahru
81800

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60197742662

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rohsawal Nizam Abd Ghafar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rohsawal Nizam Abd Ghafar:

Shortcuts

Share