05/03/2026
Badal Haji Yayasan Al-Ummah 2026M|1447H ✨ 🕋
Assalamualaikum WBT, Salam Ramadan dan Salam Al-Ummah.
Ibadah haji merupakan salah satu rukun Islam yang
agung dan menjadi impian setiap Muslim untuk
menunaikannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup bagi mereka yang berkemampuan.
Sehubungan dengan itu, Yayasan Al-Ummah dengan penuh amanah menyediakan Perkhidmatan Badal Haji bagi pihak mereka yang telah kembali ke rahmatullah atau yang tidak berkeupayaan untuk menunaikannya sendiri, selaras dengan tuntutan syariat Islam.
Setiap amanah yang diterima akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan ketelitian oleh petugas yang berpengalaman, agar ibadah yang diwakilkan ini dapat disempurnakan dengan sebaik-baiknya di Tanah Suci.
Harga istimewa pada tahun ini iaitu hanya sebanyak RM1950 Sahaja.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi nombor yang tertera. Daftar segera.
Sekian, terima kasih.