26/10/2024
ππππππππππππππππππππ
KHIDMAT BAKTI DI RUMAH PERLINDUNGAN FITRAH QASEH
ππππππππππππππππππππ
Tarikh : 26 Oktober 2024
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh, Taman Dato Onn, JB.
Alhamdulillah, pada hari ini team Eco Crew dan Eco Rangers SK IJ Convent serta En Hazely, selaku wakil daripada PIBG sekolah dapat meluangkan masa untuk menjayakan beberapa projek yang telah dirangka bersama penghuni-penghuni cilik Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan tadi adalah termasuk taklimat ringkas tentang penjimatan air dan elektrik, aktiviti mewarna, permainan berkumpulan, menghias pokok-pokok hiasan di laman hadapan rumah, projek mengecat serta mencantikkan sudut dan ruangan belajar penghuni-penghuni rumah tersebut.
Objektif utama Program Khidmat Bakti ini diadakan adalah:
1. Mendedahkan tentang kebaikan serta cara bagaimana untuk melakukan penjimatan air dan elektrik dengan betul.
2. Memberi pendedahan luar kepada Eco Rangers sekolah untuk melaksanakan aktiviti khidmat bakti kepada masyarakat setempat.
3. Mewujudkan jaringan luar antara sekolah dengan masyarakat luar yang memerlukan bantuan.
Pihak sekolah juga telah menyerahkan sumbangan kepada Puan Nur Ain binti Sabri, selaku pengurus rumah Fitrah Qaseh tersebut. Alhamdulillah.
Terima kasih diucapkan kepada Eco Crews dan Eco Rangers, serta semua yang terlibat dalam program khidmat bakti ini. ππΌ