Persatuan Pembangunan Dan Kebajikan Bazar Karat Johor Bahru, Johor

Persatuan Pembangunan Dan Kebajikan Bazar Karat Johor Bahru, Johor PPBKJB

18/05/2026

KENYATAAN RINGKAS
SEKRETARIAT BUKIT BINTANG BERSELAWAT (BBB 3.0)

Alhamdulillah, selepas berlangsungnya Bukit Bintang Berselawat 3.0 (BBB 3.0), kami melihat pelbagai reaksi, video, komentar dan pandangan daripada masyarakat. Ada yang hadir sendiri, ada yang mengikuti melalui live dan media sosial.

Untuk makluman bersama, sebahagian perkara yang dijelaskan dalam kenyataan ini sebenarnya telah pun diwar-warkan lebih awal melalui hebahan rasmi di Telegram Channel rasmi, Facebook rasmi serta dipanjangkan oleh pelbagai pihak melalui live media sosial di TikTok, Facebook, WhatsApp dan lain-lain sebelum dan semasa program berlangsung.

Namun kami memahami bahawa tidak semua masyarakat mengikuti keseluruhan perjalanan program secara penuh dan ada yang hanya melihat potongan video atau beberapa sudut tertentu di media sosial.

Maka kami dari pihak Sekretariat Bukit Bintang Berselawat ingin berkongsi sedikit penjelasan secara ringkas supaya mesej sebenar program ini dapat difahami dengan lebih adil dan menyeluruh.



TEMA BBB 3.0

“Muhammad For All”
“Hiburan Beradat, Budaya Diangkat”

BBB 3.0 membawa mesej bahawa Rasulullah ﷺ diutuskan untuk seluruh manusia merentas bangsa, agama dan budaya.

Dalam masa yang sama, kami ingin mengetengahkan bahawa hiburan juga boleh dibawa dalam bentuk yang beradat, berbudaya setempat dan mempunyai nilai kemanusiaan.



PENGANJURAN

BBB 3.0 dianjurkan oleh Sekretariat Bukit Bintang Berselawat yang terdiri daripada gabungan NGO, komuniti, aktivis seni budaya dan sukarelawan masyarakat.

Program ini bukan program parti politik dan tidak mewakili mana-mana agenda politik tertentu.

Mana-mana individu yang hadir termasuk tokoh masyarakat, selebriti, agamawan, pempengaruh, menteri atau rakyat biasa, hadir atas kapasiti individu dan solidariti rakyat.



MOTIF & TUJUAN

• Menghidupkan selawat dan cinta kepada Nabi Muhammad ﷺ
• Mengangkat budaya Malaysia yang beradat dan harmoni
• Membawa dakwah dengan pendekatan rahmah dan kasih sayang
• Meraikan sambutan Hari Guru dengan Rasulullah ﷺ sebagai guru agung umat
• Membuktikan perpaduan masyarakat majmuk masih wujud walaupun berbeza latar belakang



TENTANG PERSEMBAHAN BUDAYA

Antara pengisian BBB3.0 :

• Perarakan Selawat (8 checkpoint)
• Keretapi Berselawat
• Silat Tari Melayu
• Dendang Budaya Beradat bertajuk “Hiburan Beradat, Pahlawan Bangsa”
• Gendang Tabla India
• Tarian Singa (Lion Dance)
• Street Dakwah
• Agihan bunga, hadiah & aktiviti
• “Hijab Challenge”
• “Busana Challenge”

Konsep ini selari dengan tema “Budaya Diangkat”, meraikan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia dalam suasana harmoni dan beradab.

Ia bukan ritual agama lain, tetapi persembahan budaya masyarakat majmuk Malaysia dalam konteks keharmonian rakyat.



TENTANG “SELAWAT SEKEJAP”

Mungkin ada yang melihat video di lokasi utama dan menyangka program berlangsung singkat.

Namun sebenarnya, aktiviti BBB 3.0 telah bermula lebih awal sekitar jam 6.30 petang melalui checkpoint sekitar Bukit Bintang, termasuk sesi selawat, gathering dan perarakan menuju lokasi utama.

Disebabkan kehadiran yang sangat ramai, beberapa pengisian juga perlu dipendekkan serta disesuaikan mengikut arahan keselamatan dan kawalan pihak berkuasa demi keselamatan semua pihak.



KEHADIRAN TERBUKA UNTUK SEMUA

BBB 3.0 terbuka kepada semua rakyat Malaysia, pelbagai kaum dan agama, anak muda, keluarga, warga asing dan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.

Semua hadir sebagai rakyat biasa atas semangat keamanan, budaya dan cinta.



PROGRAM INI ORGANIK

BBB 3.0 digerakkan majoritinya oleh anak muda, NGO, sukarelawan, komuniti kreatif dan rakyat biasa secara organik.

Ramai yang hadir atas inisiatif sendiri selepas melihat hebahan media sosial, ajakan sahabat dan rasa ingin bersama dalam suasana selawat dan budaya masyarakat.



TENTANG JUMLAH KEHADIRAN

Pihak penganjur sendiri tidak menjangka kehadiran yang begitu besar sehingga beberapa laluan dan checkpoint menjadi terlalu padat.

Namun Alhamdulillah, pihak Polis dan kawalan trafik telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program berlangsung.

Mereka turut berpuas hati dengan perjalanan program serta pematuhan masa yang ditetapkan kerana melibatkan penutupan dua jalan utama di ibu negara, iaitu Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail (Lintasan Pejalan Kaki Shibuya Bukit Bintang).



KEBERSIHAN & DISIPLIN

Walaupun jumlah kehadiran sangat ramai, para peserta turut membantu menjaga kebersihan kawasan dan memberi kerjasama kepada petugas.

Pasukan kebersihan, sukarelawan dan peserta sendiri turut bersama-sama memastikan kawasan dikemaskan selepas program tamat.

“Kita bukan sekadar mahu hidupkan budaya berselawat, tetapi juga budaya bertanggungjawab terhadap ruang awam.”



DAKWAH DENGAN BAHASA KASIH SAYANG

BBB 3.0 memilih pendekatan dakwah yang lebih mesra masyarakat melalui senyuman, hadiah bunga, selawat, seni budaya dan interaksi santai bersama masyarakat kota.

Kerana tidak semua orang akan datang ke masjid dahulu kadang-kadang kita yang perlu mendekati mereka dengan akhlak dan kasih sayang.



BUKIT BINTANG SEBAGAI SIMBOL

Pemilihan Bukit Bintang bukan untuk mencari kontroversi, tetapi sebagai simbol bahawa dakwah, budaya baik dan cinta Nabi ﷺ juga boleh hadir di tengah kota dan ruang awam masyarakat.



TENTANG PELBAGAI KOMENTAR

Kami memahami bahawa setiap orang mempunyai pandangan dan pendekatan masing-masing dalam berdakwah dan berkesenian.

BBB 3.0 tidak memaksa sesiapa untuk bersetuju, namun kami berharap masyarakat dapat menilai keseluruhan usaha ini secara adil dan menyeluruh.

Segala teguran yang membina kami terima dengan hati terbuka sebagai ruang penambahbaikan.



PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PDRM, DBKL, NGO, sukarelawan, pasukan media & kebersihan, pengamal seni budaya, semua petugas serta seluruh rakyat Malaysia yang hadir dan berhimpun dalam suasana aman, harmoni dan penuh adab.



APA SETERUSNYA?

BBB 3.0 bukan penamat.

Ia mungkin hanya permulaan kepada cita-cita yang lebih besar :

“MENUJU KOTA BERSELAWAT”

Semoga tanah air kita terus dihidupkan dengan nilai kasih sayang, seni budaya yang mendidik, dan semangat perpaduan rakyat Malaysia.






INI MASJID BUKAN JAMBAN!!Assalamualaikum dan salam sejahtera.Persatuan Pembangunan dan Kebajikan Bazar Karat JB memandan...
15/05/2026

INI MASJID BUKAN JAMBAN!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Persatuan Pembangunan dan Kebajikan Bazar Karat JB memandang serius kejadian tidak bertanggungjawab yang berlaku di Masjid India, Jalan Duke apabila terdapat individu yang membuang najis serta merosakkan cermin tingkap masjid dengan menconteng perkataan “BABI” tempohari...

Perbuatan ini bukan sahaja biadab, malah sangat melampau dan mencemarkan kesucian rumah ibadah. Lebih menyedihkan, kejadian seperti ini telah berlaku sebanyak 3 kali.

Sehubungan itu, pihak Persatuan bersama para peniaga Bazar Karat JB telah mengambil inisiatif membuat kutipan derma ikhlas bagi membantu pihak masjid memasang CCTV serta membaik pulih cermin tingkap yang telah diconteng dan dirosakkan.

Dalam masa yang sama, pihak Ahli Jawatankuasa Masjid juga telah membuat laporan polis bagi tindakan lanjut. Pihak Polis telah hadir ke lokasi malam semalam untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian ini. Kami berharap pelaku dapat ditangkap dan dikenakan tindakan sewajarnya secepat mungkin.

Sumbangan daripada pihak Persatuan telah disampaikan kepada AJK Masjid melalui QR oleh En. Zaidi Subahat selaku Naib Timbalan PPKBKJB bersama En. Zainuddin selaku Ketua Ahli Jawatankuasa PPKBKJB sebentar tadi.

Terima kasih kepada semua peniaga dan individu yang turut sama menghulurkan sumbangan serta menunjukkan solidariti dalam menjaga keharmonian dan kesucian rumah ibadah di bandar Johor Bahru ini.



19/04/2026

Meriahnya Jamuan Raya Di Bazar Karat JB.,.

Kemeriahan majlis Raya Sekampung Bangsa Johor Bazar karat JB anjuran Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Datuk Wira...
19/04/2026

Kemeriahan majlis Raya Sekampung Bangsa Johor Bazar karat JB anjuran Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Datuk Wira Sheikh Nafiq Alfirdaous dengan kerjasama Persatuan Pembangunan Dan Kebajikan Bazar Karat JB Dan Masjid India Johor Bahru yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dan berbilang kaum. Wajah ceria dan gembira jelas terpancar pada pengunjung yang hadir.

Turut hadir menyerikan suasana program sebagai Tetamu Terhormat Yang Berhormat Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, (Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara), Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman, (Pegawai Kewangan Negeri Johor), Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Hafiz bin Haji Ahmad, (Datuk Bandar Johor Bahru ), Yang Berbahagia Datuk Wira Sheikw Ahmad Nafiq Alfirdaous, (Ahli Majlis MBJB Zon Bandar), Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd Rashid bin Kasman,
(Ahli Majlis MBJB Zon Kempas), Tuan Raub bin Selamat Ocpd Daerah Johor Bahru selatan, Yang Berbahagia Encik Fuad bin Rahmat, (Pengerusi Persatuan Pembangunan Dan Kebajikan Bazar Karat Johor Bahru, Johor ), Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Redza Shah bin Datuk Haji Abdul Wahid, (Presiden Masjid India Dato’ Ahmad Awang Johor Bahru),Yang Berusaha Puan Hajah Ir. Nazatul Shima binti Mohamad, Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru, serta barisan Ahli Majlis, wakil-wakil agensi kerajaan, para peniaga Bazar Karat Johor Bahru dan seluruh masyarakat setempat yang turut sama memeriahkan majlis.

Program Jamuan Raya Sekampung Bangsa Johor ini bukan sahaja menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim, malah mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian antara pelbagai kaum di negeri Johor. Kehadiran para tetamu kehormat serta sambutan luar biasa daripada pengunjung membuktikan bahawa Bazar Karat JB terus kekal sebagai nadi komuniti yang aktif dan inklusif.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini, khususnya kepada pihak penganjur, rakan strategik, para sukarelawan serta peniaga yang sentiasa memberi sokongan padu.

Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuhkan lagi hubungan antara masyarakat serta memartabatkan Bazar Karat Johor Bahru sebagai ikon kebanggaan negeri. 🌙✨

Jom di Bazar karat 18 April 2026 ... Jam 8.30 malam...
15/04/2026

Jom di Bazar karat 18 April 2026 ... Jam 8.30 malam...

JEJMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI RAYA SEKAMPUNGSukacita dimaklumkan bahawa Ahli Majlis MBJB Zon Bandar Datuk Wira...
14/04/2026

JEJMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI RAYA SEKAMPUNG

Sukacita dimaklumkan bahawa Ahli Majlis MBJB Zon Bandar Datuk Wira Sheikh Nafiq Alfirdaous dengan kerjasama Persatuan Pembangunan Dan Kebajikan Bazar Karat Johor Bahru, Johor dan Masjid India Johor Bahru Jalan Dhoby akan menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri Raya Sekampung seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Perkarangan Hadapan Masjid India, Johor Bahru.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Segala perhatian dan kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”

03/04/2026

Selama ini peniaga Bazar karat dipersalahkan .... Bau hancing ... Kami harap si pengotor ini diambil tindakan... Harap je pakai kereta mewah otak letak kat lutut... Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Datuk Bandar Johor Bahru lokasi Bank Negara jalan Duke Johor Bahru..

Untuk informasi semua pengunjung Bazar Karat JB yang ingin menggunakan Tandas ketika berkunjung ke Bazar karat JB, anda boleh menggunakan Tandas Masjid India yang dibuka setiap hari sehingga jam 12 tengah Malam secara PERCUMA...

Jom kita ke Bazar karat JB malam ini...Bazar karat JB mula beroperasi seperti biasa bermula malam ini Hari Raya ke 2.......
22/03/2026

Jom kita ke Bazar karat JB malam ini...

Bazar karat JB mula beroperasi seperti biasa bermula malam ini Hari Raya ke 2....

Selamat Hari Raya... Maaf Zahir & Batin Dari kami warga Bazar karat JB..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kelancaran penyerahan khemah kepada para ...
18/03/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kelancaran penyerahan khemah kepada para peniaga Bazar Karat JB buat kali ke-2.

Seramai 237 peniaga berlesen telah menerima manfaat daripada inisiatif kerajaan Negeri Johor dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Onn Hafiz Ghazi (Menteri Besar Johor), yang pastinya ia bakal memberi kelegaan serta kemudahan kepada para peniaga dalam menjalankan perniagaan masing2.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) atas keprihatinan dan sokongan berterusan kepada komuniti peniaga, melalui Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi Md Shah , (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor).

Majlis penyerahan khemah telah berlangsung sekitar jam 8.00 malam, yang telah disempurnakan oleh wakil Rasmi PUJB, En. Azizi, kepada Pengerusi Persatuan Pembangunan dan Kebajikan Bazar Karat JB, En. Fuad Rahmat .Seterusnya, proses edaran khemah kepada para peniaga telah bermula pada jam 10.00 malam dengan kerjasama pihak Jabatan Perlesenan MBJB yang diwakili oleh Pegawainya En. Farhan.

Suasana pada malam tersebut turut diserikan dengan kehadiran Datuk Wira Sheikh Ahmad Nafiq bin Sheikh A. Rahman, (Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Bandar) sebagai wakil Rasmi Datuk Bandar Johor Bahru Yang menunjukkan sokongan padu pihak berkuasa tempatan terhadap pembangunan serta kebajikan peniaga Bazar Karat JB.

Program ini bukan sahaja membantu dari segi kemudahan perniagaan, malah turut menyuntik semangat dan motivasi kepada para peniaga untuk terus berusaha memajukan ekonomi setempat, khususnya dalam memperkasa usahawan kecil dan sederhana.

Tidak dilupakan kepada Penguatkuasa MBJB yg menjaga lalulintas Dan keselamatan bagi kelancaran program. Pihak persatuan amat menghargai segala kerjasama, sokongan dan komitmen daripada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga segala usaha murni ini terus diberkati dan memberi manfaat berterusan kepada seluruh komuniti peniaga.


Sumbangan Kurma YAB Menteri Besar Johor Kepada Peniaga Bazar Karat JB...Alhamdulillah, edaran sumbangan kurma kepada par...
02/03/2026

Sumbangan Kurma YAB Menteri Besar Johor Kepada Peniaga Bazar Karat JB...

Alhamdulillah, edaran sumbangan kurma kepada para peniaga Bazar Karat Johor Bahru telah berjaya disempurnakan dan dilaksanakan pada malam tadi dengan lancar oleh Pengerusi Persatuan, Fuad Rahmat, bersama Timbalan Pengerusi, Yusman Ramlan , ketua Ahli Jawatan kuasa PPKBKJB En. Zainuddin serta turut disertai oleh beberapa Ahli Jawatankuasa Persatuan.

Majlis penyerahan sumbangan ini diadakan bagi mewakili Dato’ Abdul Rashid Kasman, Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) , sertaTuan Mubarak bin Dato’ Mohamed Kunyi, Pegawai Khas Menteri Besar Johor merangkap Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Sumbangan kurma ini adalah daripada Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Negeri Johor khas Untuk seluruh peniaga Bazar Karat JB...

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan atas sumbangan yang amat bermakna ini kepada seluruh peniaga Bazar Karat JB.

Semoga usaha murni ini diberkati Allah SWT dan terus memberi manfaat kepada semua pihak...

Address

Jalan Segget
Johor Bahru

Telephone

+601110998015

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pembangunan Dan Kebajikan Bazar Karat Johor Bahru, Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Pembangunan Dan Kebajikan Bazar Karat Johor Bahru, Johor:

Share