Infaq Qirani

Infaq Qirani Serumpun insan kerdil yang menjalankan aktiviti kebajikan kepada yang memerlukan pertolongan dari kami.

Non-Governmental Organization
from Johor Bahru, Johor
usually funded by donations
run primarily by volunteers

Program esok Bakul Ramadhan untuk keluarga asnaf di area Kempas, Johor Bahru
14/03/2026

Program esok Bakul Ramadhan untuk keluarga asnaf di area Kempas, Johor Bahru

Jom gaiss free food esok.  Mari war2 kan
14/03/2026

Jom gaiss free food esok.

Mari war2 kan

10 malam terakhir cepat masa berlalu
09/03/2026

10 malam terakhir cepat masa berlalu

Fuh, pejam celik kita dah sampai ke fasa "paling mahal" dalam Ramadan. Kalau dalam marathon, inilah fasa pecutan terakhir sebelum sampai garisan penamat.

Masalahnya, ramai antara kita yang makin dekat nak raya, makin "hanyut." Fokus dah beralih daripada sejadah ke shopping mall, daripada zikir ke tracking number J&T. Sayang kalau 20 hari yang kita dah lalui hangus macam tu je sebab kita lalai di saat-saat akhir.

Ingat, 10 malam ni bukan masanya untuk kita slow down. Inilah peluang untuk kita "reset" balik segala dosa dan borong pahala luar biasa.

Nah, ini dia 10 BLUEPRINT 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN untuk yang nak betul-betul skor tahun ni:

1. Berhenti Jadi "Zombi" Media Sosial

Sibuk tengok live orang borong baju raya, tapi diri sendiri terlepas "live" dengan Pencipta. Simpan phone. Dunia tak runtuh kalau tak tengok story orang dalam masa 10 hari ni.

2. Sedekah RM1 Setiap Malam (Jangan Jadi Kedekut!)

Kalau sedekah setiap malam dalam 10 malam terakhir, confirm akan terkena malam Lailatul Qadar. Bayangkan pahala sedekah yang digandakan macam kita menderma selama 83 tahun berturut-turut. Rugi kalau tak buat.

3. Solat Isyak & Subuh Berjemaah (Standard Minimum)

Jangan berangan nak Qiamullail sampai pagi kalau Isyak pun buat melengah-lengah. Nabi SAW sebut, siapa solat Isyak berjemaah, pahalanya macam bangun separuh malam. Kalau Subuh pun jemaah, macam bangun satu malam suntuk! Fuh, pahala penuh!

4. Kurangkan Menu "Iftar Kayangan"

Perut kenyang sangat buat kita mengantuk masa terawih. Berhenti makan sebelum kenyang. Kita nak kejar syurga, bukan nak kejar food coma.

5. Doa "Killer" Untuk Padam Dosa

Hafal doa ni: Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni. Pendek je, tapi maksud dia dalam. Kita minta Allah "delete" terus rekod dosa seolah-olah kita tak pernah buat pun.

6. Jaga Mulut, Jaga Telinga

Tak guna bangun malam tapi siang hari membawang pasal jiran atau kutuk baju raya orang lain. Dosa mengumpat tu boleh hanguskan pahala penat lelah malam tadi.

7. Buat "Checklist" Dosa Sendiri

Malam-malam ni, duduk sorang-sorang. Mengaku kat Allah apa benda buruk kita dah buat tahun ni. Menangislah. Biar mata tu basah sebab takut kat Allah, bukan sebab tengok drama sedih.

8. Al-Quran Bukan Hiasan Rak

Kalau tak sempat khatam, jangan terus tak baca. Baca sikit tapi faham. Biar ayat tu masuk dalam hati, bukan sekadar lalu kat kerongkong.

9. Tidur Awal, Bangun Awal (Disiplin!)

Jangan layan tv sampai pukul 2 pagi baru nak mula ibadah. Tidur awal lepas terawih supaya pukul 3 atau 4 pagi ada tenaga fresh nak mengadu kat Allah.

10. Fokus Kat "The Real Goal"

Raya tu cuma satu hari, tapi Lailatul Qadar tu untuk selamanya. Jangan sampai sibuk susun biskut raya tapi susunan saf solat pun kita tak jaga.

"Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan." (Al-Qadr: 3)

Kita tak tahu sama ada ini 10 malam terakhir yang paling bermakna, atau 10 malam terakhir yang bakal kita lalui dalam hidup. Jangan sampai kita menangis di pagi raya sebab sedar kita baru saja melepaskan peluang keemasan yang takkan kembali.

Penat sikit 10 malam ni tak apa, asalkan "akaun" akhirat kita penuh. Jom kita all-out!

Sila SHARE dan TAG kawan-kawan atau family korang. Mana tahu, disebabkan korang share ni, ada yang terbuka hati nak buat amal dan korang pun dapat pahala sekali. Saham akhirat tu!






Alhamdulilah  dana untuk 2 poster ini telah penuh. Terima kasih orang baik.
23/02/2026

Alhamdulilah dana untuk 2 poster ini telah penuh. Terima kasih orang baik.

Jom kongsi rezeki bersama anak2 yatim dan anak2 fakir miskin tahfiz.Program anjuran Infaq Qirani  dan Next AdventureSedk...
20/02/2026

Jom kongsi rezeki bersama anak2 yatim dan anak2 fakir miskin tahfiz.

Program anjuran Infaq Qirani dan Next Adventure

Sedkit dari anda banyak kepada mereka.

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya: Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu

Berminat untuk infaq boleh hubungi
Www.wasap.my/60162884758/infaqramadhan

Foodbank Student IPTA/SHari ini admin terbaca ada student mencuri duit tabung masjid kerana kelaparan, duit yang dicuri ...
05/11/2025

Foodbank Student IPTA/S

Hari ini admin terbaca ada student mencuri duit tabung masjid kerana kelaparan, duit yang dicuri itu tidak la banyak mana, kurang dari RM 10.

Dalam usaha itu kami dari NGO Infaq Qirani dan Next Adventure ingin membantu meringankan beban para pelajar di IPTA atau IPTS dengan adanya sumbangan Foodbank di setiap universiti/kolej.

Setiap sumbangan kepada pelajar amatlah bermakna. Semoga inisiatif yang dilaksanakan ini dapat meringankan beban perbelanjaan pelajar.

Barang keperluan yang diperlukan seperti roti, biskut, maggie cup, RTE, air kotak, mineral dan juga minuman 3in1.

Jika ada individu atau company yang ingin memberi sumbangan dan sponsor boleh hubungi

Risha www.wasap.my/60162884758/foodbank

Sedikit dari kita memberi impact yang banyak kepada mereka

03/10/2025

Pagi ini dunia tersentak.
Flotilla kemanusiaan satu demi satu dipintas.
Telefon yang menjadi saksi perjuangan dicampak tenggelam ke dasar lautan.
Video SOS dikirim dalam detik cemas.

Tetapi lihatlah semakin mereka cuba menutup, semakin deras gelombang kebangkitan.
Semangat itu tak bisa dipenjara.
Laknatullah boleh merantai tubuh, tapi jiwa yang membawa kebenaran tetap mekar, bercambah jadi nyala api di hati berjuta umat manusia.

Di Malaysia, doa bukan lagi bisikan.
Ia jadi gelombang yang menembusi langit malam. Ia jadi degupan yang mengiringi setiap sukarelawan yang kini berada di balik tirai besi.

Usaha sedang dikerahkan.
Jutaan doa sedang dihantar.
Kerana kami percaya walau tangan mereka terikat, sejarah sedang menulis bahawa kebenaran akhirnya akan bebas.

🇲🇾 Malaysia berdiri bersama kalian, sampai ke titisan doa terakhir.

03/10/2025

Doa Kita, Senjata Kita ✊🇵🇸❤️

Mari kita sama-sama doakan para sukarelawan serta keluarga mereka.

Semoga Allah pelihara mereka dari sebarang keburukan, dan beri kekuatan menghadapi saat yang mencabar ini.

“Ya Allah, lindungilah para aktivis di jalan-Mu, jauhkan mereka daripada bahaya, tenangkan hati keluarga mereka, dan kurniakan kemenangan buat saudara kami di bumi Palestin Aminnn Ya Rab” 🤲🏻✨

Hebatnya mereka  🥹🥹
03/10/2025

Hebatnya mereka 🥹🥹

Bayangkan malam tanpa garis pantai. Hanya enjin berdegup, ombak memukul dinding besi, dan beg kecil ubat yang kian menipis. Di atas dek sempit itu, tubuh manusia belajar bertahan, bukan sekadar terhadap laut, tetapi terhadap ketakutan yang tidak berbunyi. Inilah realiti Sumud Flotilla, konvoi kemanusiaan yang belayar menuju Gaza, merentasi ribuan kilometer lautan, membawa bukan sahaja makanan dan ubat, tetapi juga harapan.

Hari ini, sebuah kapal flotila terpaksa berlabuh di Cyprus selepas dua penumpangnya, yang menghidap penyakit kronik, mengalami masalah kesihatan serius. Di lautan, tanpa hospital, tanpa ambulans, setiap degupan jantung menjadi tanda tanya. Sukarelawan kesihatan di atas kapal, doktor, jururawat, paramedik: berpusing dari kabin ke kabin, memastikan sesiapa yang sakit tidak dibiarkan sendirian. Bekalan ubat mereka terhad, dan setiap pil yang diberikan dihitung dengan cermat, seolah-olah ia adalah emas terakhir di dunia.

Kajian ke atas pelaut profesional membuktikan minggu pertama di laut adalah tempoh paling kritikal. Lebih separuh mengalami "motion sickness", mabuk laut yang bukan sekadar rasa loya, tetapi satu gangguan sistem keseimbangan. Mata nampak dinding yang diam, telinga dalam rasa dunia bergoncang, dan otak menjadi keliru. Simptom ini boleh melarat kepada muntah berulang, dehidrasi, malah renjatan jika tidak dikawal. Bagi mereka yang sudah pun ada penyakit kronik seperti kencing manis atau jantung, kesannya boleh berganda.
..

Kajian lain p**a terhadap tentera laut Finland pernah menunjukkan bahawa kru kapal yang bekerja mengikut shift 4 jam, siang dan malam, mengalami gangguan tidur kronik. Denyut jantung meningkat, hormon stres melonjak, dan kognitif menurun.

Di flotila, realitinya sama, malah lebih berat. Sukarelawan tidur dalam keadaan berjaga, kadang-kadang hanya sejam dua, kerana bimbang diserbu. Setiap bunyi enjin yang berubah nada boleh mengundang panik, setiap bayang di ufuk boleh menjadi kapal musuh.

Ada yang mula alami halusinasi ringan selepas beberapa hari, mendengar suara yang tiada, merasakan lantai bergerak walaupun kapal sedang diam. Tekanan psikologi ini bukan perkara kecil. Trauma selepas misi, walaupun selamat kembali, boleh melekat lama. Insomnia, mimpi buruk, dan rasa cemas berterusan menjadi bayaran yang tidak selalu disebut.
..

Air bersih adalah kehidupan. Namun, di laut terbuka, ia adalah barang paling mahal. Sukarelawan minum seadanya, air hujan yang ditadah, atau stok botol yang disimpan. Ramai tidak sedar, dehidrasi boleh datang tanpa disangka. Angin laut yang lembap menipu rasa dahaga, sedangkan tubuh terus kehilangan cecair. Dalam satu kajian pelayar amatur Trans-Atlantic, hampir semua mengalami dehidrasi kronik, dan berat badan turun sehingga 4 kilogram dalam tempoh dua minggu. Bayangkan jika situasi ini berlaku pada sukarelawan flotila yang juga perlu berjaga malam, menjaga pesakit, dan menghadapi tekanan serangan.
..

Di darat, kita terbiasa dengan nombor kecemasan, ambulans, dan hospital dalam jangkauan 15 minit. Di laut, “hospital” ialah beg pertolongan cemas. Satu kajian pada tahun 2024 mendapati kekurangan latihan pertolongan pertama atas kapal adalah faktor risiko besar kepada kru. Dalam flotila, perkara ini menjadi sangat nyata. Jika berlaku kecederaan akibat serangan, atau ada yang pengsan kerana dehidrasi, hanya pengetahuan asas dan keberanian sukarelawan kesihatan menjadi pemisah antara hidup dan mati.

Sejarah flotila juga mengingatkan kita kepada tragedi 2010, apabila serbuan Israel ke atas Mavi Marmara meragut 9 nyawa aktivis dan mencederakan ramai. Selain kecederaan akibat peluru, laporan menyebut ubat-ubatan yang dibawa ada yang rosak kerana penyimpanan tidak sesuai di laut. Ini mengingatkan kita bahawa dalam perjalanan kemanusiaan, logistik kesihatan sama pentingnya dengan keberanian.
..

Namun, di sebalik semua cabaran ini, tubuh manusia menunjukkan kemampuan luar biasa untuk bertahan. Seorang nelayan Mexico, Salvador Alvarenga, pernah terapung 438 hari di Lautan Pasifik, hidup dengan ikan mentah, burung laut, dan air hujan. Sains menyebut sepatutnya dia tidak mungkin bertahan selama itu, tetapi tekad dan adaptasi tubuhnya membuktikan sebaliknya.

Cerita itu menjadi cermin kecil kepada apa yang dilalui sukarelawan flotila. Tubuh yang sakit, minda yang lelah, namun semangat untuk membawa ubat dan makanan kepada mereka yang terkepung menjadikan mereka terus mara. “Sumud” itu akhirnya bukan lagi slogan, tetapi degupan nadi mereka sendiri.
...

Di Malaysia, kita hidup dengan kemudahan yang mungkin terlalu mudah hingga kita lupa menghargainya. Segelas air bersih ada di setiap dapur. Ubat darah tinggi atau kencing manis boleh dibeli di farmasi sekitar pekan. Ambulans boleh sampai dalam 15 minit jika kita pengsan di rumah.

Tapi di atas flotila, satu pil terakhir mungkin jadi penentu hidup mati. Segelas air hujan mungkin dikongsi berempat. Dan bila serangan berlaku, tiada siapa tahu sama ada ada esok untuk mereka...

Sumud Flotilla bukan hanya cerita tentang kapal yang cuba menembusi sekatan. Ia adalah kisah tubuh manusia yang diuji hingga ke batas terakhir. Ia adalah kisah tentang kesihatan yang rapuh bila jauh dari daratan, dan minda yang kuat bila yakin pada perjuangan.

Mungkin kita tidak berada di atas kapal itu. Tapi kita boleh belajar sesuatu: bahawa kesihatan adalah nikmat yang tidak ternilai, dan solidariti adalah ubat paling besar untuk dunia yang sedang sakit.

Pakat ramai ramai baca qunut nazilah "Allahumma innaa naj'aluka fii nuhuuri a'daa inaa wa na'uudzu bika min shuruurihim....
03/10/2025

Pakat ramai ramai baca qunut nazilah

"Allahumma innaa naj'aluka fii nuhuuri a'daa inaa wa na'uudzu bika min shuruurihim. Allahumma baddid shamlahum wa farriq jam'ahum wa shattit kalimatahum wa zalzil aqdaamahum wa sallith 'alaihim kalban min kilaabikal yaa qohhaar, yaa jabbaar, yaa muntaqim, yaa Allah, yaa Allah, yaa Allah. Allahumma yaa munzilal kitaabi wa yaa mujriyas sahaabi wa yaa haazimal ahzaab, ihzimhum wansurnaa 'alaihim.".

Doa ini dibaca untuk memohon pertolongan dan kemenangan daripada Allah SWT dalam menghadapi musuh Aamiin Allahumma amin

Sumud Nusantara mengesahkan seramai 23 rakyat Malaysia telah ditahan rejim Israel.

Kesemua mereka ditahan selepas kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang dinaiki untuk menuju ke Gaza, telah dipintas pada 2 Oktober 2025.

Sementara itu, empat lagi rakyat Malaysia termasuk Nadir al-Nuri dan dua kru TV AlHijrah masih berada di kapal pemerhati.

Ikuti Berita AlHijrah di pelbagai platform media sosial https://linktr.ee/beritaalhijrah dan layari www.alhijrahnews.com untuk berita-berita terkini dalam & luar negara

*Ziarah & Kongsi Rezeki*Kali ini Infaq Qirani bersama group Johor Queen berganding bahu untuk projek Ziarah & Kongsi Rez...
27/08/2025

*Ziarah & Kongsi Rezeki*

Kali ini Infaq Qirani bersama group Johor Queen berganding bahu untuk projek Ziarah & Kongsi Rezeki Pusat Jagaan Kasih Rohani, Kg Melayu Majidee, Johor & Bakul Rezeki Sek Men Islam Addimyati, Selangor

Tanpa bantuan anda siapalah kami. Sedikit infaq dari anda mampu memberi sedikit senyuman dibibir mereka

In sha allah we will all have enough if you and your friend share each other for them. Keep sharing this poster.

Kita tidak akan miskin dengan memberi dan bersedekah 🤍

Hubungi kami untuk bersama menyumbang ya 🥰

Risha
www.wasap.my/60162884758/ziarah
Zara
www.wasap.my/60124472411/ziarah

Tarikh tutup: 23hb Sept

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Infaq Qirani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Infaq Qirani:

Share