Jawatankuasa Perwakilan Penduduk - JPP Zon 2 Plentong

Jawatankuasa Perwakilan Penduduk - JPP Zon 2 Plentong Sehubungan itu, JPP akan bertindak melaporkan permasalahan penduduk kepada PBT
seterusnya kepada pihak kementerian. Peranan dan Fungsi JPP

i.

Pengenalan

Penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) adalah merupakan salah satu
inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan transformasi
pengurusan bandar memandangkan pada masa ini hampir 70 peratus penduduk negara ini
tinggal di bandar. Sehubungan itu, JPP yang ditubuhkan akan menjadi platform penyaluran
isu dan masalah yang melibatkan penduduk bandar untuk dibawa

ke pengetahuan pihak
berkuasa tempatan (PBT) dengan segera. Inisiatif yang dilakukan ini adalah bagi mengetahui permasalahan yang dihadapi rakyat
khususnya di peringkat bandar untuk diketengahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Individu yang dilantik diharap dapat memberikan
perhatian dan komitmen penuh terhadap kesejahteraan rakyat. Dengan adanya organisasi ini, pihak kementerian berharap penduduk akan lebih terbela
kerana mempunyai saluran yang tepat untuk meluahkan sebarang masalah yang dihadapi
rakyat yang berada di bandar. Langkah ini juga dilihat dapat merapatkan hubungan
silatulrahim antara penduduk bandar. Menyampaikan maklumat kepada penduduk setempat berhubung dasar, undangundang,
garis panduan, peraturan, inisiatif, programdan aktiviti pihak berkuasa;
ii. Mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk bandar melalui penyertaan aktif
penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan (self-help);
iii. Bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengawasi keselamatan kawasan
kejiranan;
iv. Membantu pihak berkuasa dalam menangani isu-isu berkaitan kebersihan, kesihatan
dan alamsekitar;
v. Membantu pihak berkuasa dalam merancang, melaksana dan memantau
pelaksanaan projek-projek infrastruktur, kemudahan awamdan sosio ekonomi
bandar; dan
vi. Menyalurkan maklumat, maklum balas, aduan, masalah, permintaan atau keperluan
penduduk dari peringkat akar umbi kepada PBT dan KPKT bagi menambah baik
sistem penyampaian perkhidmatan.

Address

Johor Bahru
81100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jawatankuasa Perwakilan Penduduk - JPP Zon 2 Plentong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share