Sentuhan Ihsan

Sentuhan Ihsan PELUANG MENYUMBANG KEPADA YANG MEMERLUKAN

TUJUAN & MATLAMAT

ØUntuk melahirkan generasi yang akan menjadi rakyat yang cintakan agama, bangsa dan Negara.
ØMenggerak dan mendidik masyarakat sebagai agen-agen pembangun masyarakat dan kemanusiaan.
ØMengumpul ahli-ahli bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan, kemasyarakatan dan rekreasi.
ØMewujudkan satu jalinan kerjasama bagi menjana satu formula ke arah mempertingkatkan penglibatan se

rta sumbangan kepada anggota dan masyarakat umum dalam mencapai kecemerlangan pendidikan yang berterusan, ketinggian akhlak serta kesepaduan ilmu, iman dan amal.
ØMelaksanakan pelbagai aktiviti yang positif di dalam melahirkan warga yang berketrampilan, mapan, berilmu, bertaqwa sebagai persediaan membentuk generasi pelapis dalam masyarakat.
ØMenggerakkan program sukarelawan masyarakat, seperti khidmat masyarakat, bantuan bencana alam, gotong royong dan bantuan kecemasan.
ØBersama kerajaan di dalam menangani masalah gejala social di kalangan masyarakat.

ØMenjalankan aktiviti perekonomian, perniagaan, pelaburan berlandaskan syarak dan pertanian yang boleh memberikan keuntungan kepada yayasan ini dengan syarat semua wang keuntungan yang didapati akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan pelbagai ativiti bagi tujuan Yayasan ini.
ØMengutip derma daripada orang perseorangan dan mana-mana pihak untuk tujuan Yayasan dengan persetujuan Mesyuarat Agong serta ianya tertakluk kepada kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa yang berkenaan.

ØUntuk menerima dan memegang harta-harta seperti tanah, bangunan dan lain-lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa Yayasan sebagai membawa manfaat kepada ahli-ahli Yayasan.

ØBekerjasama dengan mana-mana yayasan, badan-badan bukan kerajaan atau badan-badan sukarela yang dibenarkan undang-undang untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada Yayasan, ahli dan masyarakat.

Address

3-01, Medan Aliff Harmoni 1/1
Johor Bahru
81200

Telephone

019 700 7474

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sentuhan Ihsan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sentuhan Ihsan:

Share