18/05/2025
Tadarus, iftar dan solat jemaah,
Ramadhan diisi penuh makna,
Ilmu dikongsi, sama beribadah,
Surau Ar-Rayyan bersinar bahagia.
Syawal menjelang, marhaban diraikan,
Majlis Aidilfitri eratkan hubungan,
Moga ukhuwah terus dikekalkan,
Dengan kasih sayang penuh keikhlasan.
Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat iaitu para jemaah, AJK surau, penduduk taman, serta para penyumbang. Semoga amal baik kita diterima Allah swt dan ukhuwah ini terus berpanjangan.