22/08/2026
Salam 9 Rabiulawal 1448H | 22 Ogos 2026
Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Maulidur Rasul ﷺ anjuran MyRAHUB Foundation di Senai Business Aviation Terminal, Johor Bahru.
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Rozaimi Fairuz atas kesudian menyampaikan tausiah yang begitu bermakna, mengupas perjalanan dan kedudukan junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, daripada sebelum kelahiran Baginda, kehidupan di dunia, alam Barzakh hingga ke Padang Mahsyar.
Semoga perkongsian ilmu ini menambahkan kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ, menguatkan keimanan serta menjadi pedoman dalam kehidupan kita sebagai umat Baginda.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين