Badan Kebajikan PPMU

Directions Website

Badan Kebajikan PPMU Ini adalah Page Rasmi Badan Kebajikan PPMU. Like & Share. Ikuti perkembangan kami dari masa ke semasa. Thank you for support!

Tirai Program Bulan Kebangsaan PPMU 2026 akhirnya dilabuhkan! 🎉Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pe...
20/09/2026

Tirai Program Bulan Kebangsaan PPMU 2026 akhirnya dilabuhkan! 🎉

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutupan Program Bulan Kebangsaan PPMU 2026 di Foyer PPMU, yang menghimpunkan warga PPMU dalam suasana penuh kemeriahan, semangat kekitaan dan pastinya… semangat “Malaysia Boleh!” 🇲🇾

Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah memeriahkan sambutan sepanjang program, dan hari ini tibalah masa untuk yang menang menerima habuan, yang belum menang… simpan semangat untuk tahun depan! 😄🏆

Antara acara yang mencuri perhatian:

🎨 Pertandingan Mewarna
📜 Deklamasi Puisi Patriotik
🍽️ Memasak Menu Tradisional – Konsep Blind Box
🇲🇾 Hiasan Bendera Rumah Sukan
🪁 Hiasan Wau Kontinjen Menggunakan Baju Terpakai
🏆 Pengumuman Juara Keseluruhan Rumah Sukan yakni kumpulan Merah!!

Turut menyerikan majlis ialah persembahan puisi patriotik oleh juara pertandingan, sebelum warga PPMU berkongsi momen bersama dalam sesi fotografi.

👏 Tahniah kepada semua pemenang!
💪 Syabas kepada semua peserta!
❤️ Terima kasih kepada seluruh warga PPMU yang telah memberikan komitmen dan menceriakan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Kerana patriotisme bukan sekadar pada kibaran Jalur Gemilang, tetapi pada semangat kita untuk bersama, berkarya dan mencipta kenangan.

🇲🇾 PPMU: Bersatu, Bersemangat, Malaysia!

🏃‍♂️ THROWBACK PPMU VIRTUAL RUN 🏃‍♀️Masih segar dalam ingatan kemeriahan PPMU Virtual Run yang telah berlangsung sepanja...
20/04/2026

🏃‍♂️ THROWBACK PPMU VIRTUAL RUN 🏃‍♀️

Masih segar dalam ingatan kemeriahan PPMU Virtual Run yang telah berlangsung sepanjang bulan Julai! 💪🔥

Dengan semangat “Run at Your Own Pace”, warga PPMU dan peserta telah menunjukkan komitmen luar biasa — berlari di mana sahaja, pada bila-bila masa, demi mengumpul kilometer terbaik masing-masing. 🌍⏱️

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan cabaran, dan syabas kepada Top 10 runners yang berjaya meraih pingat! 🥇🏅
Tidak dilupakan juga mereka yang layak menerima e-sijil — setiap langkah anda adalah satu pencapaian! 👏

Program ini bukan sekadar larian, tetapi satu simbol gaya hidup sihat, disiplin dan semangat kebersamaan walaupun secara maya. ❤️

Semoga semangat ini terus kekal dan kita jumpa lagi dalam edisi akan datang!

Alhamdulillah 🤍✨Selesai sudah Potluck Raya PPMU 2026 yang berlangsung dengan penuh meriah dan ukhuwah 🌸📅 10 April 2026 (...
10/04/2026

Alhamdulillah 🤍✨
Selesai sudah Potluck Raya PPMU 2026 yang berlangsung dengan penuh meriah dan ukhuwah 🌸

📅 10 April 2026 (Jumaat)
🕣 8:30 pagi – 12:00 tengah hari
📍 PPMU, Tingkat 4
🎀 Tema: Lebaran Rasa Strawberry Matcha 🍓🍵

Program dimulakan dengan sesi marhaban yang meriah di setiap unit — dari Pejabat Pentadbiran, UPF, Wing Chemical, Wing Software hingga ke Chemical Management Unit. Suasana penuh semangat dan tradisi raya benar-benar terasa ✨

Majlis diteruskan di Bilik Seminar PPMU dengan:
🎤 Pengacara: En. Muhammad Roslan Bin Mohd Razali
🤲 Bacaan doa oleh En. Iskandar Bin Abdul Aziz
🎬 Tayangan montaj Raya PPMU
🗣 Ucapan Pengarah PPMU & Pengarah MaGICX

Turut berlangsung majlis perpisahan buat Pn. Siti Salmah Binti Bahari — satu momen yang cukup menyentuh hati. Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di PPMU 💐 Semoga terus cemerlang di tempat baharu.

Akhir sekali, semua warga PPMU menikmati jamuan potluck yang pelbagai dan menyelerakan 😋🍽️ — memang kena dengan tema!

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga silaturrahim ini terus kekal erat 🤝💚

Sampaikan Salam Aidilfitri dengan Lebih Bermakna... 🕌✨Tahun ini, biarlah pemberian kita nampak lebih istimewa. Sampul ra...
13/02/2026

Sampaikan Salam Aidilfitri dengan Lebih Bermakna... 🕌✨

Tahun ini, biarlah pemberian kita nampak lebih istimewa. Sampul raya daripada Badan Kebajikan Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU) hadir dengan rekaan yang sangat premium dan elegan.
(sambil berbisik "sampul rayaaa.....")
✨ Kenapa anda wajib ada sampul ni?

Warna pastel yang moden & eksklusif.

Kualiti cetakan yang cantik .
(sambil berbisik "sampul rayaaa.....")

Jangan tunggu sampai saat akhir! Scan Qr untuk tempahan atau tekan je sini link
https://docs.google.com/forms/d/1TOK77ROSnmAnH1QR9hD3XZkwux90gT2Vkmhdu8xCuB4/edit?usp=drivesdk

Dengan hanya RM 5.00 per Pek (10 keping) , setiap pembelian *10pek keatas free gift*
Meriahkan Syawal anda dgn sampul istimewa
(sambil berbisik "sampul rayaaa.....")

ALHAMDULILLAH: SELESAI MAJLIS BACAAN YAASIN & CERAMAH RAMADHAN​Syukur ke hadrat Ilahi, Majlis Bacaan Yaasin dan Ceramah ...
13/02/2026

ALHAMDULILLAH: SELESAI MAJLIS BACAAN YAASIN & CERAMAH RAMADHAN
​Syukur ke hadrat Ilahi, Majlis Bacaan Yaasin dan Ceramah Ringkas sempena menyambut Ramadhan 1447H telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pagi tadi.
​Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada:
​🎤 Ustaz Mohamad Firdaus bin Pazim atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.
​📖 En Md Razali bin Rehat yang telah memimpin bacaan Yaasin dengan penuh kekhusyukan.
​Penghargaan juga buat semua YBrs Dr./Tuan/Puan/Saudara yang hadir meluangkan masa. Semoga pengisian ringkas ini dapat menyuntik semangat dan membersihkan jiwa kita dalam menantikan ketibaan bulan seribu bulan tidak lama lagi.
​Semoga ukhuwah kita di PPMU terus erat dan segala urusan kerja kita diberkati-Nya. 🤲✨
​

23/01/2026

Salam , min (admin bukan azmin ye ,heheh ) rasa masih belom terlewat lagi mengucapkan kepada Seluruh warga Pusat Pengurusan Makmal Universiti (PPMU) diucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu.

InsyaAllah tahun ini ada b*k program yang telah dirancang dan diharapkan mendapat sokongan padu dari warga PPMU ..

Semoga tahun ini membawa kegembiraan, kesihatan yang baik, kejayaan berterusan serta semangat baharu dalam melaksanakan tugas dan amanah bersama.

Terima kasih atas komitmen, kerjasama dan dedikasi yang berterusan.
Ayuh kita melangkah ke tahun baharu dengan lebih positif, progresif dan cemerlang! 🌟

Address

T03, Universiti Teknologi
Johor Bahru
81310

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Badan Kebajikan PPMU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share