Ikatan Muslimin Malaysia - ISMA Cawangan Johor Bahru

Call Directions Website Contact the organization

Ikatan Muslimin Malaysia - ISMA Cawangan Johor Bahru Untuk tujuan itu, ISMA mengajak masyarakat agar mengamal, dalam kehidupan seharian, ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG UNGGUL DAN SEMPURNA!

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memfokuskan pembangunan masyarakat melalui dakwah, pendidikan dan khidmat masyarakat. PENGENALAN

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memainkan peranan di tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat yang unggul dan gemilang. ISMA merupakan sebuah entiti yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan. Dengan misinya untuk membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi, ISMA berazam untuk memberi impak kepada masyarakat melalui pelbagai program dan aktiviti. ISMA komited dalam mencapai matlamat penubuhannya di samping mempunyai ahli-ahli yang konsisten melaksanakan program dan aktivitinya. ISMA berusaha mengajak masyarakat kepada kesejahteraan dan keutuhan keluarga sebagai aset kekuatan dalam pembentukan masyarakat kerana ISMA mahu mencorakkan bangsa ke arah kemajuan, berdaya saing dan mampu menjadi sebuah entiti yang mewarnai kepimpinan masa depan. ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari segi aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja, belia serta wanita. ISMA bukan parti politik dan tidak akan terlibat di dalam sebarang kegiatan politik kepartian. TUJUAN DAN MATLAMAT

Menggabungkan dan menyatukan semua warga negara Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan beragama Islam dalam sebuah pertubuhan yang melaksanakan segala bentuk aktiviti dan program dalam bidang kebajikan, sosial, ekonomi dan pendidikan ke arah pembentukan peribadi Muslim yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Menggembelingkan kepakaran dan pengalaman ahli‑ahli dan sukarelawan yang berminat ke arah berkhidmat untuk masyarakat di peringkat nasional dan antarabangsa. Mewujudkan sebuah pusat sumber sebagai tempat rujukan ahli dan masyarakat dalam proses penyelidikan dan pengembangan ilmu pengetahuan. Menjadi anggota kepada pertubuhan‑pertubuhan Islam di dalam dan luar negara yang mempunyai tujuan‑tujuan dan matlamat-matlamat yang sama dengan ISMA serta menerima keanggotaan pertubuhan‑pertubuhan tersebut. Menjalinkan kerjasama dan menjalankan aktiviti dengan pertubuhan‑pertubuhan di dalam dan luar negara dalam menjayakan matlamat dan tujuan ISMA demi kebaikan dan kepentingan masyarakat. Mewujudkan pusat‑pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf sosio‑ekonomi ahli dan masyarakat. Menyedia, menerbit dan menyalurkan maklumat‑maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarakat melalui saluran‑saluran media yang dibenarkan oleh pihak berkuasa secara kerjasama dengan pihak media massa di dalam dan luar negara. Menerima dan menguruskan sumbangan‑sumbangan sama ada dalam bentuk wang atau selainnya daripada ahli‑ahli ISMA sendiri (selain daripada yuran keahlian) atau daripada mana‑mana pihak individu atau institusi/syarikat/firma dari dalam dan luar negara dan sebagainya yang berminat untuk membantu ke arah pencapaian tujuan‑tujuan dan maksud ISMA. http://ismajohor.com/ http://gplus.to/ISMAJohor http://twitter.com/ISMAJohor Galeri Gambar: http://www.flickr.com/photos/mediaismajohor/ Galeri Video: http://www.youtube.com/user/MediaIsmaJohor http://www.ismaweb.net

16/09/2026
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa membina sebuah negara bukan sekadar tentang kemajuan, tetapi juga tentang sejarah, identiti dan nilai yang menjadi asasnya.

Kemerdekaan yang sebenar ialah keberanian membina masa depan Malaysia berlandaskan acuan, sejarah dan cita-cita kita sendiri.

Semoga Malaysia terus maju tanpa kehilangan jati diri, serta menjadi sebuah negara yang membina masyarakat berteraskan nilai, perpaduan dan peradaban.

Antara momen-momen yang sempat di rakam di sepanjang program Komuniti Mutiara Semarak Merdeka yang berlangsung pada sian...
13/09/2026

Antara momen-momen yang sempat di rakam di sepanjang program Komuniti Mutiara Semarak Merdeka yang berlangsung pada siang tadi.

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ JOM MERIAHKAN KOMUNITI MUTIARA SEMARAK MERDEKA 2026!βœ¨πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‘ Ayuh luangkan masa bersama keluarga dan jiran-jiran menghid...
07/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ JOM MERIAHKAN KOMUNITI MUTIARA SEMARAK MERDEKA 2026!βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

🏑 Ayuh luangkan masa bersama keluarga dan jiran-jiran menghidupkan suasana Merdeka, santai dan penuh kemeriahan!

πŸŽ‰ KOMUNITI MUTIARA SEMARAK MERDEKA 2026πŸŽ‰
πŸ“… 13 September 2026 (Ahad)
⏰ 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Dewan Terbuka Taman Bukit Mutiara

🌟 Antara aktiviti menarik:
πŸšΆβ€β™‚οΈ Fun Walk
πŸ’ƒ Senam Robik
🎨 Pertandingan Mewarna
πŸƒβ€β™€οΈ Sukaneka Keluarga & Komuniti
πŸ” Jualan Makanan & Minuman
🎁 Hadiah Menarik!

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Bawa keluarga, ajak jiran dan meriahkan pagi bersama-sama!

πŸ“ Daftar acara di sini:
πŸ”— https://bit.ly/4zNMMeN
πŸ”— https://bit.ly/4zNMMeN
πŸ”— https://bit.ly/4zNMMeN

🏑 Jiran Sepakat, Komuniti Hebat!
❀️ Bersama Mencipta Kenangan!

πŸ“’ SAVE THE DATE!πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ ISMA TERIMA KUNJUNGAN PIMPINAN HAMAS, PERKUKUH USAHA PEMBEBASAN PALESTINIkatan Muslimin Malaysia (ISMA) menerima ku...
07/09/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ ISMA TERIMA KUNJUNGAN PIMPINAN HAMAS, PERKUKUH USAHA PEMBEBASAN PALESTIN

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menerima kunjungan delegasi Biro Politik HAMAS yang diketuai oleh Muhammad Taher al-Nunu, Penasihat Khas kepada Ketua Biro Politik HAMAS, Dr Khalil al-Hayya, dan disambut oleh Pemangku Amir ISMA, Ustaz Rushdan Abdul Halim.

31/08/2026

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

31/08/2026

PERUTUSAN KEMERDEKAAN KE-69
YANG DIPERTUA ISMA KUALA LUMPUR

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi adalah amanah untuk mempertahankan tanah air dan jatidiri Melayu Islam yang diwariskan oleh generasi terdahulu.

Mereka berjuang dengan darah dan air mata agar kita dapat hidup sebagai bangsa berdaulat. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama memelihara kedaulatan tersebut, memperkukuh jati diri, membangunkan masyarakat, mempertahankan tanah air dan menentang segala anasir asing yang cuba merobek nikmat merdeka ini.

Agar generasi seterusnya mewarisi sebuah negara merdeka yang hakiki, dan sebuah masyarakat bermaruah yang teguh jati diri.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-69.

AHMAD HISYAM SABRANI
YDP
ISMA KUALA LUMPUR

KL NADI PERADABAN UMMAH
Kempen Kemerdekaan ISMA 2026

Ikuti channel Info ISMA Kuala Lumpur

https://telegram.me/infoismakualalumpur sekarang!

Address

No. 3/02, Jalan Mutiara Indah 1, Taman Mutiara Indah
Johor Bahru
81100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikatan Muslimin Malaysia - ISMA Cawangan Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ikatan Muslimin Malaysia - ISMA Cawangan Johor Bahru:

Shortcuts

Share