24/09/2026
✨ TAHNIAH & SYABAS! ✨
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN), PM. Ir. Ts. Dr. Jasrul Jamani bin Jamian atas penerimaan Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) Tahun 2025 sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM 2026 – Citra Karisma.
Turut diraikan dan sekalung tahniah dan syabas kepada Puan Sohailah bt Safie (Pegawai Penyelidik) dan Puan Nur Syamimi binti Ab. Hamid (Pembantu Tadbir) di Pusat Jaringan Komuniti dan Industri atas kecemerlangan perkhidmatan sepanjang tahun 2025.
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada semua warga CCIN untuk terus melakar kecemerlangan serta memberikan perkhidmatan terbaik bersama di masa akan datang.
Tahniah dan syabas! 🎉👏