Surau Al Kauthar Taman Perling

Directions Website Contact the organization

Surau Al Kauthar Taman Perling The official page of Surau Al Kauthar, Taman Perling, Johor Bahru

Maybank Surau Al-Khauthar ~> 5513 4210 3792

The official page of Surau Al Kauthar, Taman Perling, Johor Bahru

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUHINSYA-ALLAH, SURAU AL-KAUTHAR akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1...
22/09/2026

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

INSYA-ALLAH, SURAU AL-KAUTHAR akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H pada:

📅 24 September 2026
🕌 Bersamaan 13 Rabiulakhir 1448H

🎙️ PENCERAMAH JEMPUTAN

Ustaz Muhammad Sulhi Abdul Wahid
Pengerusi Dar Al-Futuhat Centre

Semoga setiap sumbangan dan infaq yang diberikan menjadi amal jariah serta mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.

💚 Marilah kita bersama-sama mengambil peluang yang penuh bermakna ini untuk menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ serta memeriahkan majlis Maulidur Rasul di Surau Al-Kauthar.

Sumbangan boleh disalurkan melalui “QR Code” Infaq Surau Al-Kauthar atau akaun “Maybank” seperti yang tertera pada poster.

Maybank Surau Al-Khauthar ~> 5️⃣5️⃣1️⃣3️⃣-4️⃣2️⃣1️⃣0️⃣-3️⃣7️⃣9️⃣2️⃣
Sila nyatakan tujuan: “Infaq Maulidur Rasul”

Sumbangan juga boleh disalurkan kepada AJK Surau Al_Kauthar.

Jazakumullahu khairan kathira atas segala sumbangan, sokongan dan keprihatinan para ahli kariah.

BERSAMA KITA MENGIMARAHKAN SURAU KITA 🌙💚

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh JOM INFAQ JUMAAT SAIYYIDUL AYYAM"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya...
11/09/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

JOM INFAQ JUMAAT SAIYYIDUL AYYAM

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai terdapat seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki." (Surah al-Baqarah: 261)

Jazakumullahu khairan kathira.

JK Pengurusan Surau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhKepada tuan/puan ahli kariah Surau Al-Kauthar Taman PerlingSumbangan dan infaq...
28/08/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kepada tuan/puan ahli kariah Surau Al-Kauthar Taman Perling

Sumbangan dan infaq daripada tuan/puan ahli kariah amatlah dialu-alukan bagi membantu Surau Al-Kauthar terus menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan serta mengimarahkan surau kita.

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai terdapat seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki." (Surah al-Baqarah: 261)

_Jazakumullahu khairan kathira._

- JK Pengurusan Surau

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUHINSYA-ALLAH, SURAU AL-KAUTHAR akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1...
17/08/2026

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

INSYA-ALLAH, SURAU AL-KAUTHAR akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H pada:

📅 24 September 2026
🕌 Bersamaan 13 Rabiulakhir 1448H

Sehubungan dengan itu, pihak Surau Al-Kauthar ingin memohon sumbangan dan infaq daripada para ahli kariah bagi menampung keperluan majlis, khususnya untuk amuan serta saguhati kepada penceramah jemputan.

🎙️ PENCERAMAH JEMPUTAN

Ustaz Muhammad Sulhi Abdul Wahid
Pengerusi Dar Al-Futuhat Centre

Semoga setiap sumbangan dan infaq yang diberikan menjadi amal jariah serta mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.

💚 Marilah kita bersama-sama mengambil peluang yang penuh bermakna ini untuk menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ serta memeriahkan majlis Maulidur Rasul di Surau Al-Kauthar.

Sumbangan boleh disalurkan melalui “QR Code” Infaq Surau Al-Kauthar atau akaun “Maybank” seperti yang tertera pada poster.

Maybank Surau Al-Khauthar ~> 5️⃣5️⃣1️⃣3️⃣-4️⃣2️⃣1️⃣0️⃣-3️⃣7️⃣9️⃣2️⃣
Sila nyatakan tujuan: “Infaq Maulidur Rasul”

Sumbangan juga boleh disalurkan kepada AJK Surau Al_Kauthar.

Jazakumullahu khairan kathira atas segala sumbangan, sokongan dan keprihatinan para ahli kariah.

BERSAMA KITA MENGIMARAHKAN SURAU KITA 🌙💚

AssalamualaikumJOM INFAQ Di Hari Jumaat Yang mulia ini."Janganlah bimbang harta akan berkurang kerana berinfaq. *Allah S...
24/07/2026

Assalamualaikum

JOM INFAQ Di Hari Jumaat Yang mulia ini.

"Janganlah bimbang harta akan berkurang kerana berinfaq. *Allah SWT telah berjanji* : 'Dan apa sahaja yang kamu infaqkan, Allah akan menggantikannya. Dan Dialah sebaik-baik Pemberi rezeki.' *(Surah Saba': 39)* . Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi asbab keberkatan rezeki, penghapus dosa dan saham akhirat yang berkekalan. Aamiin."

JOM INFAQ"Janganlah bimbang harta akan berkurang kerana berinfaq. *Allah SWT telah berjanji* : 'Dan apa sahaja yang kamu...
10/07/2026

JOM INFAQ

"Janganlah bimbang harta akan berkurang kerana berinfaq. *Allah SWT telah berjanji* : 'Dan apa sahaja yang kamu infakkan, Allah akan menggantikannya. Dan Dialah sebaik-baik Pemberi rezeki.' *(Surah Saba': 39)* . Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi asbab keberkatan rezeki, penghapus dosa dan saham akhirat yang berkekalan. *Aamiin3 YRA.* "

Sempena kedatangan Tahun Baharu Hijrah 1448H, seluruh ahli kariah Surau Al-Kauthar serta masyarakat setempat dengan penu...
16/06/2026

Sempena kedatangan Tahun Baharu Hijrah 1448H, seluruh ahli kariah Surau Al-Kauthar serta masyarakat setempat dengan penuh hormatnya dijemput hadir bagi mengimarahkan Majlis Ceramah Awal Muharram 1448H, di samping memperkukuhkan ukhuwah, menyemarakkan semangat hijrah dan memupuk kebersamaan sesama umat Islam.

Kehadiran Tuan/Puan amatlah dihargai dan didoakan agar majlis ini diberkati serta menjadi asbab peningkatan iman, ilmu dan amal soleh.
kukuh Ummah"

Semua dijemput hadir.
_Jazakumullahu khairan kathira._

Marilah sama-sama memeriahkan majlis. Semua dijemput hadir. InsyaAllahTarikh: 16 Jun 2026Hari: Selasa (malam Rabu)Masa: ...
14/06/2026

Marilah sama-sama memeriahkan majlis. Semua dijemput hadir. InsyaAllah

Tarikh: 16 Jun 2026
Hari: Selasa (malam Rabu)
Masa: Bermula 6:00 petang

05/06/2026

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*
*ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ*

🕌 *INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT* 🕌
📆 *TARIKH : 19 ZULHIJJAH 1447H/ 5 JUN 2026*

📜 *_TAJUK: MIMBAR BERBICARA, LIDAH DIPELIHARA_*

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman dalam Surah Al-Jumu'ah Ayat 9 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),"

👉1️⃣- Bertaqwa kepada Allah SWT.

👉2️⃣- Menyampaikan khutbah & mendengar nasihat daripadanya adalah sebahagian daripada syarat sah yang menjadikan solat jumaat itu sempurna. Ia merupakan suatu nasihat & titipan wahyu yang menghubungkan seseorang hamba dengan penciptanya. Menumpukan perhatian sepenuhnya ketika khutbah disampaikan bukanlah suatu pilihan, akan tetapi ia merupakan kewajipan dalam solat jumaat.

👉3️⃣- Memberi perhatian dalam khutbah jumaat bukanlah sekadar menyentuh kesempurnaan solat jumaat semata-mata, akan tetapi ia menyentuh soal akhlak. Terdapat beberapa perkara penting yang menjadi peringatan buat semua jemaah. Pertama, Rasullulah SAW dengan tegas melarang sebarang perbuatan yang boleh mengganggu tumpuan seseorang ketika khutbah sedang disampaikan.

👉4️⃣- Imam An-Nawawi menyebutkan dalam kitabnya “Majmuk” bahawa jumhur Ulama’ berpendapat bahawa wajib hukumnya mendengar khutbah & haram melakukan perkara yang boleh melalaikan diri daripadanya.

👉5️⃣- Kedua, apabila umat Islam memahami maksud yang tersirat disebalik kewajipan mendengar khutbah jumaat, maka seharusnya kita mengambil langkah yang terbaik untuk mengikuti jalan yang selari dengan syarak. Diantaranya kita diingatkan supaya sentiasa memastikan telefon bimbit dimatikan sepenuhnya atau ditukar kepada kawalan senyap setiap kali masuk dalam masjid.

👉6️⃣- Al-Quran sangat mengambil berat terhadap hal yang berkaitan dengan ibadah & menyuruh kita agar sentiasa menghormati ibadah saudara kita yang lain. Firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raf ayat 204 yang bermaksud : “ Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah dengan baik serta diamlah (tumpukan sepenuh perhatian untuk mendengarnya) supaya kamu mendapat rahmat.”

👉7️⃣- Ketiga, umat Islam diseru untuk sentiasa membuat persiapan ketika hadir untuk solat jumaat. Sebelum khutbah bermula, hadirkan hati dengan berniat untuk mendengar, memahami, dan mengamalkan isi khutbah. Dengan niat yang betul & jiwa yang bersih, maka perbuatan mendengar khutbah akan menjadi ibadah yang bernilai disisi Allah.

👉8️⃣- Kesimpulan, marilah kita menyedari bahawa setiap detik kita berada di dalam masjid ini adalah ruang untuk meraih rahmat yang tidak seharusnya disia-siakan. Khutbah jumaat bukan sekadar syarat yang melengkapkan solat jumaat, tetapi ia adalah bekalan rohani yang akan kita bawa pulang ke rumah & ke tempat kerja untuk mendepani hari-hari yang mendatang.

Waallahua’lam.

Di hari Jumaat yang barakah ini. Mari lah sama-sama kita berinfaq. Semoga mendapat barakah. InsyaAllah.
05/06/2026

Di hari Jumaat yang barakah ini. Mari lah sama-sama kita berinfaq. Semoga mendapat barakah. InsyaAllah.

Address

Jalan Belibis 15, Taman Perling
Johor Bahru
81200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Kauthar Taman Perling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Surau Al Kauthar Taman Perling:

Shortcuts

Share