08/05/2026
Mondial Honda Mondial?
Ini sejarah dan isu penghargaan tentang sebuah keakraban persahabatan walau berbeza bangsa dan bahasa namunnn.. matlamat mereka sama.
Sejarah amat mengetahui pada 1957 berkenaan Mondial memberi 2 buah jentera "World Champion" kategori 125/250cc mereka kepada Honda untuk tujuan pertukaran teknologi dan pembelajar pembuatan jentera perlumbaan yang kompetitif.
Dan sehingga itu Honda terus berjaya menghasilkan jentera jentera yang canggih pantas berkuasa dan menjadi igauan para peminat 2 roda seluruh dunia ehsan teknologi daripada Mondial itu.
Tetapi sebelum itu, Mondial sebenarnya telah pun mengikat perjanjian bersama Suzuki yang terlebih dahulu menawarkan enjin syarikat mereka daripada model TL, setelah segalanya berjalan lancar dan jentera Mondial ini akan dipamerkan semasa Intermot 2000, pihak Suzuki telah membatalkan perjanjian mereka serta merta, meninggalkan pihak Mondial terkontang kanting dengan jentera yang tidak memiliki nadi.
Roberto Ziletti, CEO bersama Mondial telah menghubungi Oscar Rumi (Team Rumi WSBK) yang mempunyai hubungan rapat dengan Honda untuk bertanyakan jika Honda berminat untuk "joint-venture" dalam projek prototaip terbaru Mondial ini.
Selang beberapa lama kemudian, pihak Honda telah menghubungi Mondial dan bersetuju untuk "mengurniakan" Mondial enjin terbaik dan berkuasa berkonfigurasi V-Twin 1000cc mereka serta sempena memperingati jasa Boselli kepada Soichiro Honda setelah 50 tahun ianya berlalu.
Honda bukan sekadar bersetuju nadi tersebut dipasang pada jentera prototaip Mondial tetapi CEO Honda memberi lampu hijau penuh supaya Mondial terus menggunakan enjin tersebut bagi menghasilkan jentera pasaran jualan penuh (Road Market Production)!
Dengan kelebihan itu Mondial terus menghasilkan jentera yang unik penuh dengan "ART" bagi menterjemahkan maksud eksotik itu. Maka terhasillah Piega1000!!
Ex-Aprilia engineer Nicolo Bragagnolo diberi kepercayaan untuk menghasilkan imaginasi dan Sandro Mor untuk rekabentuk realiti.