PDRM Memperkukuh keupayaan penyiasatan, risikan, dan forensik digital. Penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dalam menangani jenayah siber.

Bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk meningkatkan keselamatan digital negara. RAKAN COP - SINAMBUNGAN NKRA DALAM PENURUNAN INDEKS JENAYAH DI JOHOR

(KES-KES UTAMA JENAYAH BERLAKU DI SELURUH NEGERI JOHOR)

1. PECAH RUMAH

CARA MENCEGAHNYA:

PERLINDUNGAN SECARA FIZIKAL

· Pasangkan 'door viewer', penyelak pintu utama.

· Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi deng

an sistem kunci yang berkualiti.

· Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.

· Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda.

· Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.

· Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh. LANGKAH BERJAGA-JAGA

· Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.

· Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah anda.

· Jangan meninggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.

· Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.

· Hentikan hantaran (contoh: surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.

· Biarkan radio terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.

· Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda dalam peti simpanan keselamatan.

· Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.

2. RAGUT

DI MANAKAH PERAGUT DAN PENYELUK SAKU BERTINDAK:

· Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.

· Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka. BAGAIMANA IA BOLEH BELAKU:

· Memakai barang-barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.

· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut.

· Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak.

· Meninggalkan beg-beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk membeli-belah.

· Menyimpan beg duit di kocek-kocek belakang yang tidak berbutang. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DARI RAGUT:

· Sentiasa membawa wang secara minima.

· Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.

· Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.

· Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.

· Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai.

· Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.

· Elakkan dari memakai barang-barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.

· Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.

· Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan.


3. KECURIAN KENDERAAN

TEMPAT-TEMPAT DI MANA KECURIAN BERLAKU:

· Tempat letak kereta awam, kompleks membeli-belah, di depan rumah, tepi jalan raya dan tempat letak kereta di hotel menjadi tempat yang sering berlakunya jenayah ini. CARA-CARA UNTUK MENCEGAH KECURIAN KERETA:

· Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera yang baik.

· Memasang kunci tambahan untuk stereng, gear, roda dan kelac.

· Pastikan juga kereta sentisa dikunci.

· Sentiasa letak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu.

· Jangan serah kunci kepada 'jockey' kereta.

· Mengukir nombor pendaftaran di cermin kereta (Sand Blasting)


CARA-CARA UNTUK MENGHALANG KECURIAN MOTOSIKAL:

· Letak motosikal di tempat yang dikhaskan.

· Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.

· Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat terang/berlampu.

· Merantai dan menggunakan kunci tambahan adalah penting untuk mengelak motosikal dari dicuri.

· Ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian penting.

KPN ADAKAN LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS ANGGOTA CEDERA TRAGEDI SERANGAN BALAI POLIS ULU TIRAMJohor Bahru, 17 Mei 2024 - Ket...
17/05/2024

KPN ADAKAN LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS ANGGOTA CEDERA TRAGEDI SERANGAN BALAI POLIS ULU TIRAM

Johor Bahru, 17 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan lawatan kebajikan ke atas seorang anggota polis yang cedera dalam tragedi serangan di Balai Polis Ulu Tiram, dekat Hospital Sultan Ismail , di sini, hari ini.

Tan Sri Razarudin yang diiringi Ketua Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu berkesempatan memberikan sokongan moral kepada Koperal Mohd Hasif Roslan yang bertugas di Unit Ronda Cegah Jenayah kerana mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut dan kini berada dalam keadaan stabil.

Terdahulu, negara digemparkan dengan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram oleh seorang lelaki yang menceroboh masuk balai berkenaan kira-kira jam 2.54 pagi tadi. Dalam kejadian yang berlaku telah mengorbankan dua anggota polis yang sedang bertugas dan seorang lagi mengalami kecederaan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, DCP Afandi Senin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, SAC Hoo Chuan Huat dan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak.

17/05/2024

AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM KONSTABEL AHMAD AZZA FAHMI AZHAR DAN KONSTABEL MUHAMAD SHAFIQ AHMAD SAID

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said yang meninggal dunia ketika sedang bertugas dalam insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor, awal pagi tadi.

Allahyarham Ahmad Azza Fahmi dan Allahyarham Muhamad Syafiq merupakan anggota ronda cegah jenayah di balai polis tersebut dan baru sahaja berkhidmat dengan pasukan lebih kurang dua tahun.

Didoakan agar kedua-dua roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.

Al-Fatihah.





#17052024

Dinasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dengan Scammer berkaitan dengan Homestay yang masih aktif dipercay...
26/03/2024

Dinasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dengan Scammer berkaitan dengan Homestay yang masih aktif dipercayai pasangan suami dan isteri, modus operandi ialah meminta bayaran wang pendahuluan atau deposit daripada mangsa sebagai (booking fees) sesebuah homestay di beberapa kawasan daerah negeri, masih dalam siasatan dan pemantauan pada musim perayaan tahun ini.

Lelaki maut selepas terlanggar ular sawaTAPAH - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas akibat terlanggar...
11/02/2024

Lelaki maut selepas terlanggar ular sawa

TAPAH - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas akibat terlanggar seekor ular sawa di Kilometer 311.5, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, maklumat awal kemalangan diterima pada jam 5.38 pagi melibatkan kereta jenis Honda Civic Hatchback.

Menurutnya, kereta yang dipandu mangsa berusia 36 tahun itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Taiping.

"Setibanya di lokasi, kereta mangsa telah terbabas akibat terlanggar seekor ular yang berada di laluannya.

"Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd Naim berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Faizan Ahmad@Mohammed Razikin di talian 013-2087919.

NOOR AINON MOHAMED
11 Februari 2024 04:44pm

Kredit: Sinar Harian

Johor Bahru – Sembilan kump**an kongsi gelap kini dalam pemerhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor kerana ...
13/12/2023

Johor Bahru – Sembilan kump**an kongsi gelap kini dalam pemerhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor kerana dipercayai terbabit dalam insiden pergaduhan di sekitar bandar raya ini.

Sumber akhbar : Harian Metro



HEBAHAN: LANJUTAN PERMOHONAN JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI DAN WANITA) Tarikh tutup permohonan bagi jawatan K...
01/11/2023

HEBAHAN: LANJUTAN PERMOHONAN JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI DAN WANITA)

Tarikh tutup permohonan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki / Wanita) telah dilanjutkan sehingga 3 November 2023.

Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan adalah dijemput untuk memohon dalam Portal Rasmi e-Pengambilan PDRM.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 03-2266 8348/8350/8351 seperti yang tertera di laman Instagram dan Facebook Rasmi Unit Pengambilan PDRM.

Sumber: Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia

KERATAN AKHBAR PILIHAN: GAJI ANGGOTA POLIS BAHARU DIKATEGORI KUMPULAN MISKIN – PENGARAH JSJKuala Lumpur, 11 Oktober 2023...
11/10/2023

KERATAN AKHBAR PILIHAN: GAJI ANGGOTA POLIS BAHARU DIKATEGORI KUMPULAN MISKIN – PENGARAH JSJ

Kuala Lumpur, 11 Oktober 2023 - Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai kump**an miskin apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.

Paling menyedihkan apabila anggota dalam kategori terbabit ditugaskan di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, yang menjadikan mereka sebagai miskin bandar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, anggota terbabit menandatangani jawatan rekrut Konstabel dengan tangga gaji RM1,441 dan selepas tamat latihan diberikan gaji dan elaun berjumlah RM1,800.

“Mereka ini akan membawa balik gaji bersih berjumlah RM1,500. Bolehkah anda hidup di Kuala Lumpur dengan jumlah gaji sebegitu?

“Itu tidak mengambil kira lagi kos biaya penyakit, anak istimewa (OKU), biaya hospital sehingga ada yang mendapatkan rawatan tiga kali seminggu.

“Jadi, ketua atau penyelia, sila ambil tahu dan kenal pasti anggota yang mengalami nasib sebegini dalam apa juga keadaan, sekiranya boleh bantu, maka bantulah mereka,” katanya pada Majlis Amanat Pengarah JSJ di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, baru-baru ini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

10/10/2023

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PDRM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share