31/01/2025
๐ *INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT* ๐
๐ *TARIKH : 1 SYAABAN 1446H/ 31 JANUARI 2025*
*ุงูุณูููุงูู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูู*
*๏บู๏บดููููููููููููููู๏ปขู ๏บ๏ป๏ป ๏ปชู ๏บ๏ป๏บฎูู๏บฃู๏ปคู๏ปฆู ู๏บ๏ป๏บฎูู๏บฃู๏ปดูููููู๏ปข*
๐ *_TAJUK: KASIH SAYANG SESAMA MAKHLUK_*
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman dalam Surah Ali Imran Ayat 191 yang bermaksud:
"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka p**a memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
๐1๏ธโฃ- Bertaqwa kepada Allah SWT.
๐2๏ธโฃ- Salah satu daripada ajaran yang penting dalam agama Islam ialah kewajipan menjaga hubungan sesama makhluk. Para Ulama dalam bidang akidah menyatakan bahawa istilah makhluk adalah merujuk kepada zat yang wujud selain daripada Allah SWT.
๐3๏ธโฃ- Setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT itu mempunyai tugas & peranannya tersendiri. Allah SWT tidak menciptakan sesuatu secara sia-sia. Kita diperintahkan supaya memelihara hubungan kehambaan dengan Allah & menjaga hubungan sesama makhluk. Menjadi seorang muslim yang taat adalah merupakan salah satu cara untuk memelihara hubungan kehambaan dengan Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisaโ ayat 13 yang bermaksud : "Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar."
๐4๏ธโฃ- Perintah Allah supaya memelihara hubungan sesama makhluk dapat dilihat dari beberapa sudut : - Pertama, memelihara hubungan sesama manusia. Allah SWT memerintahkan supaya kita menghubungkan tali silaturrahim & bukan memisahkannya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Salam RA, Rasullulah SAW ketika memasuki Madinah, Baginda bersabda yang bermaksud : โ Wahai sekalian manusia, sebarkanlah Salam, berilah makan kepada orang lain, sambunglah tali silaturrahim, dan dirikan sembahyang pada malam hari ketika manusia sedang tidur, nescaya engkau akan masuk syurga dengan penuh kesejahteraan โ. (Hadis riwayat Imam Ibn Majah)
๐5๏ธโฃ- Kedua, memelihara hubungan terhadap benda hidup seperti haiwan & tumbuhan. Alam semesta yang diciptakan oleh Allah SWT ini adalah merupakan keistimewaan yang tersendiri merangkumi bentuk & fungsi masing-masing. Setiap makhluk yang diciptakan Allah tidak pernah berhenti daripada bertasbih & beribadah kepada Allah dengan cara tersendiri.
Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur ayat 41 yang bermaksud : "Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan."
๐6๏ธโฃ- Menjadi makhluk yang bernama manusia bukanlah bererti kita boleh membuat apa sahaja sewenang-wenangnya terhadap makhluk lain. Agama Islam melarang keras penyeksaan & kezaliman yang dilakukan terhadap haiwan & tumbuh-tumbuhan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru RA yg bermaksud : โ Orang yang menyayangi (makhluk lain) makan dia akan disayangi oleh Al-Rahman (Allah). Maka Sayangilah mereka yang berada di bumi, nescaya kamu akan disayangi oleh penduduk di langit โ. (Hadis riwayat Imam At-Tirmizi)
๐7๏ธโฃ- Kesimp**an, marilah bersama-sama suburkan kasih terhadap makhluk dalam kehidupan seharian. Walaupun kita melihat sesuatu itu kecil di mata kita, tetapi ia merupakan sesuatu yang mampu membawa kesan yang besar kepada makhluk lain. Allah SWT menjadikan bumi ini sebagai tempat tinggal, maka kitalah yang perlu memelihara & menjaga dengan sebaiknya.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Aโraf ayat 24 yang bermaksud : "Allah berfirman: "Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)".
Waallahuaโlam.