09/08/2026
FESTIVAL BELIA JOHOR 2026: CARA ORANG MUDA JOHOR
Festival Belia Johor 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Ogos 2026 bertempat di TMIYC Iskandar Puteri anjuran bersama Kerajaan Negeri Johor dan Jabatan Belia Sukan Negeri Johor dengan menghimpunkan golongan belia daripada pelbagai latar belakang, persatuan dan komuniti di seluruh negeri Johor.
Pelbagai pengisian dan aktiviti telah dilaksanakan sepanjang festival merangkumi pembangunan kemahiran, e-sukan, aktiviti komuniti, keusahawanan serta program interaktif yang memberi ruang kepada anak muda untuk berhubung, bertukar pandangan dan memperluaskan jaringan.
Membawa tema โGEN-J : The Youth Roomโ, festival ini menjadi ruang pertemuan generasi muda Johor untuk berkumpul, berinteraksi, berkongsi idea serta menyerlahkan potensi dan bakat dalam pelbagai bidang.
GEN-J membawa aspirasi sebuah generasi Johor yang progresif, berkemahiran, berdaya saing dan bersedia memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan negeri. The Youth Room p**a mencerminkan sebuah ruang milik anak muda tempat suara, idea, kreativiti dan aspirasi belia Johor diketengahkan.
Penganjuran Festival Belia Johor 2026 menjadi platform penting dalam memperkukuh penglibatan serta memperkasakan peranan golongan belia dalam pembangunan negeri.
Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta para belia yang hadir dan bersama-sama menjayakan Festival Belia Johor 2026.