28/09/2026
๐๐๐ก๐ฆ๐ ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ข ๐ง๐ข๐จ๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐ ๐ฆ๐จ๐ก๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐จ ๐๐๐๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐ง๐๐
โุงูุณูููุงูู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูู
ALHAMDULILLAH
Dengan izin dan limpah kurnia Allah SWT, Kumpulan Tadarus Helwa MAJ (Penganjur), AJK Masjid dan Jemaah Qariah setempat dengan kerjasama PP(WI) TMR telah berjaya menganjurkan lawatan ke Kampung Sungai Melayu.
Lawatan ini bukan sahaja memberi kesempatan kepada kami untuk mengeratkan silaturahim, malah turut membuka ruang untuk kami menghayati keindahan flora dan fauna serta mensyukuri segala nikmat dan kebesaran Allah SWT melalui ciptaan-Nya.
Saya selaku urusetia, bersama Bonda Hjh. Rahmah dan Pn. Hjh. Mariam, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta sokongan sepanjang program ini berlangsung.
Dalam kesempatan ini juga, kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan, kekhilafan atau kesilapan sepanjang penganjuran dan pelaksanaan lawatan ini. Segala kekurangan tersebut adalah di luar kesengajaan kami.
Semoga segala pengalaman dan kenangan yang tercipta sepanjang lawatan ini akan terus terpahat dalam sanubari dan menjadi kenangan yang indah buat kita semua.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak komuniti Kampung Sungai Melayu atas layanan mesra, kerjasama serta sambutan yang amat baik sepanjang kunjungan kami.
Semoga Kampung Sungai Melayu terus maju dan berkembang serta semakin dikenali sebagai salah satu destinasi yang mempunyai keistimewaan tersendiri, khususnya dalam mengetengahkan keindahan flora, fauna dan khazanah alam semula jadi.
Insya-Allah, semoga jalinan silaturahim ini terus berkekalan dan kita dipertemukan lagi dalam kesempatan yang akan datang.
โุงูููู
ุตู ูุณูู
ูุจุงุฑู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ู
ุญู
ุฏ
โโSTANDARD PENARAFAN MASJID MALAYSIA | ANUGERAH MASJID MALAYSIA 2020
โโโ
Jom Infaq E Derma MaJMR (FPX)
โโhttps://toyyibpay.com/JAWATANKUASA-MAJMR
โโ
โโ