11/10/2026
𝟴 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗜 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗞𝗔 𝗝𝗘𝗥𝗘𝗕𝗨
Jerebu tidak dapat dielakkan, namun pendedahan kepadanya boleh dikurangkan.
Sehingga pukul 8.00 pagi, 10 Oktober 2026 (Sabtu), sebanyak 32 stesen pemantauan kualiti udara di lapan (😎 negeri dan dua (2) Wilayah Persekutuan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya:
🚶 Elakkan atau Tangguhkan Aktiviti Luar: Terutama bagi kanak-kanak, warga emas, dan pesakit paru-paru atau jantung.
😷 Pakai Pelitup Muka yang Bersesuaian: Gunakan pelitup muka seperti N95 jika perlu berada di luar.
🏃 Elakkan atau Tangguhkan Aktiviti Lasak: Tangguhkan aktiviti sukan dan riadah di luar bangunan.
📅 Tangguhkan Program Luar: Penganjur perlu menangguhkan program luar ketika IPU Tidak Sihat.
🚗 Pandu dengan Berhati-hati: Perlahankan kenderaan atau berhenti di tempat selamat jika jarak penglihatan terhad.
🪟 Tutup Tingkap: Elakkan merokok dan pastikan persekitaran dalaman bersih.
💊 Teruskan Pengambilan Ubat: Pesakit kronik perlu mengambil ubat secara teratur. Dapatkan rawatan segera jika sukar bernafas.
🔍 Semak Bacaan IPU: Pantau bacaan IPU melalui saluran rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS).
This message dari KKM Malaysia
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA