Persatuan Malim Gunung Perhutanan Johor - PMGPJ

Persatuan Malim Gunung Perhutanan Johor - PMGPJ PERSATUAN MALIM GUNUNG PERHUTANAN JOHOR

UCAPAN TAKZIAH*إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDengan penuh rasa dukacita, seluruh kepimpinan dan ahli Persa...
14/07/2026

UCAPAN TAKZIAH
*إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh kepimpinan dan ahli Persatuan Malim Gunung Perhutanan Johor (PMGPJ) merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada

ENCIK KAIRIL AKMAL BIN ZAIBUDDIN
Pengerusi
Persatuan Malim Gunung Perhutanan Cawangan Negeri Sembilan

serta seluruh ahli keluarga atas kembalinya ke rahmatullah isteri tercinta,

ALLAHYARHAMAH
NOR HARIZAN BINTI MUHAMAD HABRI

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala kekhilafannya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan para solihin.

Semoga seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan yang amat besar ini.

Al-Fatihah

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada
PERSATUAN MALIM GUNUNG PERHUTANAN JOHOR (PMGPJ)

Sempena Maal Hijrah 1448, Persatuan Malim Gunung Perhutanan Johor merakamkan setinggi - tinggi tahniah kepada salah seor...
17/06/2026

Sempena Maal Hijrah 1448, Persatuan Malim Gunung Perhutanan Johor merakamkan setinggi - tinggi tahniah kepada salah seorang MGP Johor iaitu Encik Yusuf Hasni Bin Haji Montalib (MGP J1058) diatas Penganugerahan sebagai Tokoh Belia Maal Hijrah 1448 | 2026.
Semoga saudara Yusuf terus berbakti dan kekal cemerlang.

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”

Terima kasih semua!
09/06/2026

Terima kasih semua!

TAHNIAH KHAFIZ AL KICHOK! 🏔️🇲🇾Persatuan Malim Gunung Perhutanan Johor (PMGPJ) merakamkan sekalung Tahniah di atas pencap...
20/05/2026

TAHNIAH KHAFIZ AL KICHOK! 🏔️🇲🇾

Persatuan Malim Gunung Perhutanan Johor (PMGPJ) merakamkan sekalung Tahniah di atas pencapaian luar biasa anak Johor menawan puncak tertinggi dunia Gunung Everest yang berketinggin 8,848m pada 18hb Mei 2026.

Kejayaan ini bukan sekadar pencapaian pendakian, tetapi simbol tekad usaha, ketabahan dan tahap disiplin yang tinggi.

Setelah kejayaan menawan puncak K2 pada tahun 2023, kini “ultimate dream” beliau untuk menawan puncak Everest menjadi kenyataan.
Teruskan melakar sejarah, dan menginspirasi generasi serta komuniti pergunungan.
💪🏔️🔥





SEKALUNG TAHNIAHSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:Mohamad Azuan bin Abdullah atas perlantikan sebagai Pengerusi P...
19/05/2026

SEKALUNG TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:

Mohamad Azuan bin Abdullah atas perlantikan sebagai Pengerusi Persatuan Malim Gunung Perhutanan

Mohd Arfif bin Mohd Yusoff
atas perlantikan sebagai
Timbalan Pengerusi I Persatuan Malim Gunung Perhutanan

Muhammad Fazlee bin Sabarudin atas perlantikan sebagai Timbalan Pengerusi II Persatuan Malim Gunung Perhutanan

Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, memperkukuh perpaduan ahli serta membawa Persatuan Malim Gunung Perhutanan ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

Ikhlas dari seluruh keluarga Malim Gunung Perhutanan Johor

Persatuan Malim Gunung Perhutanan Negeri Johor (PMGPJ) telah menghadiri Mesyuarat Tahunan Perwakilan Persatuan Malim Gun...
18/05/2026

Persatuan Malim Gunung Perhutanan Negeri Johor (PMGPJ) telah menghadiri Mesyuarat Tahunan Perwakilan Persatuan Malim Gunung Perhutanan (PMGP) Kali Ke-3 yang berlangsung pada 17 Mei 2026 di PD Forest Sungai Menyala, Negeri Sembilan dengan penyertaan wakil daripada 11 cawangan negeri seluruh Malaysia.

Program yang berlangsung selama dua hari bermula 16 hingga 17 Mei 2026 ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti, sesi perkongsian ilmu, perbincangan serta jaringan kerjasama strategik yang memperkukuhkan hubungan dalam kalangan komuniti malim gunung dan pendaki tanah air.

Antara pengisian istimewa program ialah sesi jaringan antarabangsa bersama wakil dari Jepun iaitu Sinano Malaysia serta delegasi Mt. Fuji Hut, yang membuka ruang pertukaran pengalaman dan perkongsian tentang route yang ada di mt fuji dan keistimewaan setiap route.

PMGPJ turut merakamkan penghargaan atas kehadiran dan perkongsian bermakna daripada delegasi Jepun:

Members from Mt. Fuji Hut
• Akio HASHIZUME
• Yoshihiro TANIGUCHI
• Kazuya FUSHIMI

serta Sinano Malaysia
• Kazushi Terash*ta

yang telah bersama-sama menjayakan program dan memperkukuhkan hubungan persahabatan serta kerjasama antarabangsa dalam dunia malim gunung dan pendakian.

Selain itu, satu sesi taklimat khas bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) turut diadakan bagi memberi penerangan berkaitan pengurusan persatuan, pematuhan perlembagaan serta tadbir urus organisasi yang lebih tersusun, sistematik dan berkesan demi memastikan kelangsungan serta pengurusan persatuan yang cemerlang.

PMGPJ juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Pengerusi PMGP, Ts. Mohd Yussainy, bersama seluruh barisan kepimpinan serta jawatankuasa terdahulu atas segala jasa, komitmen dan sumbangan besar dalam memartabatkan serta memajukan PMGP sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah diucapkan kepada kepimpinan baharu PMGP bagi sesi 2026/2028 yang telah diberikan kepercayaan oleh para perwakilan. Semoga PMGP terus berkembang maju, diperkasakan dan menjadi platform yang memberi manfaat kepada seluruh ahli serta komuniti pendaki di Malaysia.

PMGPJ turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih khusus kepada Persatuan Malim Gunung Perhutanan Negeri Sembilan (MGPNS) selaku tuan rumah atas komitmen, layanan mesra, sambutan yang amat baik serta pengurusan program yang tersusun dan cemerlang sepanjang berlangsungnya program ini. Segala usaha dan dedikasi yang dicurahkan amat dihargai serta menjadi pemangkin kepada kejayaan penganjuran Mesyuarat Tahunan Perwakilan PMGP Kali Ke-3.

Bersama memperkukuh ukhwah, memperkasa profesionalisme dan memartabatkan komuniti malim gunung Malaysia.






Malim Gunung Perhutanan Johor sedia berkhidmat!
27/04/2026

Malim Gunung Perhutanan Johor sedia berkhidmat!

Masih ramai yang keliru, apa sebenarnya peranan MGP (Malim Gunung Perhutanan) di Johor ni? Kalau nak hiking dengan tenang, selamat, dan ikut undang-undang, diorang inilah pakar yang korang perlukan!
🔍 Apa itu MGP?
MGP adalah guide rasmi yang dilantik oleh Jabatan Perhutanan. Bukan calang-calang, kena masuk kursus dan ada lesen, baru boleh bawa korang masuk hutan.
💡 Kenapa Khidmat MGP Penting?
✅ Urus Permit: Masuk hutan simpan secara sah tanpa pening kepala.
✅ Navigasi Tepat: Elakkan risiko sesat. MGP tahu setiap selok-belok trek terkini.
✅ Bantuan Kecemasan: Bertindak sebagai first responder jika berlaku sebarang masalah atau kecederaan.
✅ Pelindung Alam: Memastikan kelestarian hutan kita terus terpelihara untuk masa depan.
Ingat, keadaan dalam hutan boleh berubah sekelip mata dan arah boleh mengelirukan. Utamakan keselamatan, jangan ambil risiko sendiri. Biar pakar yang lead, kita fokus layan view! 🥾🌲
📣 TAG MGP JOHOR YANG PADU-PADU! 📣
Korang ada MGP kegemaran yang servisnya mantap dan berilmu?
Jom TAG mereka di ruangan komen! 👇 Biar rakan pendaki lain tahu siapa guide terbaik untuk trip seterusnya!

26/03/2026

Ifthar Santai PMGPJ 2026 🤍
Perkongsian ringkas daripada Amanda Omeychua , namun penuh erti dan kenangan yang mendalam.

Selamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir & Batin.Di hari yang mulia ini, kami daripada Persatuan Malim Gunung Perhutanan J...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.

Di hari yang mulia ini, kami daripada Persatuan Malim Gunung Perhutanan Johor mendoakan semoga Hari Raya ini membawa seribu kebahagiaan, kedamaian, dan kesihatan yang berpanjangan kepada anda semua. Mari kita terus menghargai keindahan alam semula jadi kita.

Address

Johor Bahru
81300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Malim Gunung Perhutanan Johor - PMGPJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Malim Gunung Perhutanan Johor - PMGPJ:

Shortcuts

Share