JSS Johor Srikandi Skuad

Call Directions Contact the organization

JSS Johor Srikandi Skuad KEBAJIKAN DAN KEUSAHAWANAN

✨ Malam Penghargaan CGC 2026 ✨Terima kasih   atas jemputan dan penghargaan kepada JSS – Persatuan Kebajikan Skuad Srikan...
17/08/2026

✨ Malam Penghargaan CGC 2026 ✨

Terima kasih atas jemputan dan penghargaan kepada JSS – Persatuan Kebajikan Skuad Srikandi Johor untuk bersama-sama memeriahkan Malam Penghargaan CGC 2026. ❤️

JSS diwakili oleh Datin Aidah, Pengerusi JSS dan Cik Suraya, Setiausaha JSS.

Malam yang penuh bermakna, bertemu dan berkenalan dengan ramai insan hebat yang terus menyumbang kepada komuniti dan pembangunan usahawan. 🌹

Lebih istimewa, sempat mengabadikan kenangan selfie bersama YB Puan Afiqah Rahim tetamu kehormat pada malam ini. 📸✨

Terima kasih CGC atas jemputan yang sangat bermakna. Semoga hubungan dan kerjasama ini terus terjalin dengan lebih erat. 🤝❤️












🌸   Sabtu, 15 Ogos 2026 — Kelas Decoupage Wooden Tissue Box 🌸Sabtu yang penuh warna, kreativiti dan gelak tawa! 🥰✨Pada 1...
17/08/2026

🌸 Sabtu, 15 Ogos 2026 — Kelas Decoupage Wooden Tissue Box 🌸

Sabtu yang penuh warna, kreativiti dan gelak tawa! 🥰✨

Pada 15 Ogos 2026, JSS — Persatuan Kebajikan Skuad Srikandi Johor dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Ismail (PSI), Pusat Komuniti Kempas telah menganjurkan Kelas Decoupage Wooden Tissue Box* yang disertai seramai 30 orang peserta daripada pelbagai kaum. ❤️

Apa yang lebih menarik, semuanya datang dengan satu tujuan yang sama belajar, berkreativiti dan menghasilkan kraftangan dengan tangan sendiri. 🎨🖌️

Daripada sebuah kotak tisu kayu yang biasa, peserta belajar teknik decoupage dan menghiasnya mengikut kreativiti serta citarasa masing-masing. Setiap hasil mempunyai sentuhan dan identiti tersendiri. 🌷

Inilah antara aktiviti yang kami di JSS s**a belajar sambil berkawan, berkongsi ilmu tanpa mengira kaum dan latar belakang, serta membina komuniti yang lebih dekat melalui kemahiran dan kreativiti. 🤝❤️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Nor Lila Juhari Cikgu Lila dan Cikgu Wardah Atan , yang merupakan ahli JSS sendiri, atas kesudian berkongsi ilmu dan membimbing para peserta sepanjang kelas berlangsung. 🌹👏

Terima kasih juga kepada Perpustakaan Sultan Ismail Pusat Komuniti Kempas atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

Semoga kelas seperti ini terus menjadi ruang untuk kita belajar sesuatu yang baharu, mencungkil bakat, menjana kreativiti dan paling penting… membina silaturahim sesama kita. 🥰

Jumpa lagi di kelas JSS yang akan datang! 🌸

JSS — Belajar • Berkarya • Berkongsi • Bersama❤️





















Jom join sesiapa yg berminat utk mencari side income sebagai Therapist Massage. 🌟 KURSUS PENAMPILAN DAN IMEJ PROFESIONAL...
08/08/2026

Jom join sesiapa yg berminat utk mencari side income sebagai Therapist Massage.

🌟 KURSUS PENAMPILAN DAN IMEJ PROFESIONAL JURUTERAPI
& TAKLIMAT PELUANG PEMBIAYAAN USAHAWAN MARA

Tampil Profesional • Bina Keyakinan • Kembangkan Perniagaan

Adakah anda seorang juruterapi, pemilik spa atau bercadang menceburi industri terapi?

Penampilan profesional bukan sekadar memberi keyakinan kepada diri sendiri, malah meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan yang anda tawarkan.

Sertai kursus eksklusif ini bersama Jururunding Imej Profesional, Ibu Juliana Hamid, dan rebut peluang mendapatkan pendedahan mengenai skim pembiayaan usahawan MARA bagi membantu anda memulakan atau mengembangkan perniagaan.

📅 Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Dewan Latihan MARA, Plaza MARA Johor

💰 Yuran Istimewa

RM30 sahaja (Harga Asal RM250)

✅ Termasuk Sarapan Pagi
✅ Sijil Penyertaan

Antara Pengisian Program

✔ Penampilan dan imej profesional juruterapi
✔ Etika serta komunikasi profesional bersama pelanggan
✔ Personal Branding untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan
✔ Tips membina kerjaya dan perniagaan dalam industri terapi
✔ Taklimat peluang pembiayaan usahawan MARA

Sesuai Untuk

✅ Juruterapi baharu dan berpengalaman
✅ Pengusaha spa, wellness dan pusat terapi
✅ Individu yang bercadang menjadi usahawan dalam industri terapi

⚠️ Tempat adalah TERHAD!

Jangan lepaskan peluang meningkatkan imej profesional, membina keyakinan pelanggan serta membuka ruang kepada peluang pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan anda.

📲 Daftar Sekarang!
010-709 0971

3/8/2026Class Wooden Cutting Board Decoupage JSS & PSI MBJB at PSI Library Kempas 2/8/2026 (Ahad). Bahasa mungkin berbez...
03/08/2026

3/8/2026

Class Wooden Cutting Board Decoupage JSS & PSI MBJB at PSI Library Kempas 2/8/2026 (Ahad).

Bahasa mungkin berbeza, tetapi seni mampu menyatukan hati. ❤️

Itulah yang dapat kami rasai sepanjang berlangsungnya Kelas Wooden Cutting Board Decoupage anjuran Persatuan Kebajikan Skuad Srikandi Johor (JSS) dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Ismail (PSI), MBJB semalam.

Alhamdulillah, seramai 30 orang peserta telah hadir memeriahkan kelas ini. Lebih membanggakan, peserta bukan sahaja datang dari sekitar Johor Bahru malah terdiri daripada pelbagai kaum , termasuk 5 orang peserta berbangsa Tionghua yang turut bersama-sama mempelajari seni decoupage.

Inilah yang paling menggembirakan kami.

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai masyarakat daripada pelbagai bangsa memilih untuk menyertai kelas-kelas anjuran JSS.

Ia menjadi bukti bahawa JSS bukan sekadar sebuah persatuan, tetapi sebuah platform yang membuka ruang kepada semua untuk belajar, berkongsi pengalaman dan membina persahabatan tanpa mengira bangsa, agama mahupun latar belakang.

Terima kasih kepada Pn Nor Lila Juhari dan dibantu oleh Pn Wardah Atan tenaga pengajar yang sabar membimbing setiap peserta sehingga berjaya menghasilkan karya yang begitu cantik.

Kelas kali ini memberi pendedahan kepada dua teknik decoupage yang cukup menarik.

🌸 Curtain Technique
menghasilkan kesan seakan-akan lipatan kain yang lembut dan elegan, menjadikan *wooden cutting board* kelihatan lebih hidup, eksklusif dan mempunyai sentuhan artistik.

✨ Crackle Effect Technique p**a menghasilkan rekahan halus bercirikan *vintage* atau antik.

Walaupun kelihatan seperti "retak", itulah sebenarnya keunikan teknik ini. Setiap rekahan yang terhasil adalah berbeza, menjadikan setiap karya benar-benar unik dan tidak sama antara satu sama lain.

Apa yang paling bermakna bukan sekadar hasil seni yang dibawa p**ang.

Yang lebih bernilai ialah senyuman, gelak tawa, semangat saling membantu dan persahabatan baharu yang terjalin sepanjang program berlangsung. Inilah semangat yang sentiasa ingin dibawa oleh JSS dalam setiap aktiviti kami.

Terima kasih kepada semua peserta atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan.
Terima kasih juga kepada Perpustakaan Sultan Ismail Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) atas kerjasama yang erat dalam menjayakan program ini.

Insya-Allah, JSS akan terus menganjurkan lebih banyak kelas yang bukan sahaja memberi ilmu dan kemahiran, malah mampu membuka peluang menjana pendapatan, memperkasakan komuniti dan menyatukan masyarakat melalui kreativiti.

Di JSS, kami percaya...
apabila ilmu dikongsi, kemahiran berkembang. Apabila kreativiti disemai, komuniti menjadi lebih kuat. Dan apabila hati disatukan, tiada lagi batasan antara kita.❤️

27/07/2026 🌸 Bila ilmu, ukhwah dan kegembiraan bertemu dalam satu program... itulah yang berlaku semalam di Kluang. 💖Alh...
27/07/2026

27/07/2026

🌸 Bila ilmu, ukhwah dan kegembiraan bertemu dalam satu program... itulah yang berlaku semalam di Kluang. 💖

Alhamdulillah, Kelas Candle Aromatherapy anjuran Persatuan Kebajikan Skuad Srikandi Johor (JSS) telah berlangsung dengan jayanya dan menerima sambutan yang amat menggalakkan.

Ada peserta yang datang sejauh dari Simpang Renggam semata-mata untuk menyertai kelas ini. Kesungguhan mereka benar-benar menyentuh hati kami. ❤️

Sepanjang program, dewan dipenuhi dengan senyuman, gelak tawa dan semangat untuk belajar. Bagi JSS, inilah matlamat kami – bukan sekadar mengajar kemahiran baharu, tetapi mewujudkan ruang untuk komuniti berkumpul, berkongsi pengalaman dan membina keyakinan diri.

Dlm program ini sempat juga JSS mempromosi 🍍 Jus Nenas MD2 segar keluaran Ladang DMI, yang dihasilkan 100% tanpa gula tambahan . Alhamdulillah, ramai yang memuji kemanisan semula jadi dan kesegarannya. Terima kasih atas semua maklum balas positif yang diberikan.

Saat paling bermakna ialah apabila ramai peserta bertanya, Bila JSS nak buat kelas lagi? Bila mereka juga dimaklum kan JSS ada buat trip kembali sangat2 teruja utk mereka utk mengikuti kembara JSS Johor Srikandi Skuad .. 💃💃💃

Jawapan kami... Insya-Allah, kami akan kembali dengan lebih banyak program dan kelas komuniti apabila mendapat sokongan serta peruntukan yang mencukupi.

Doakan ya usaha kecil ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada lebih ramai masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Onn Hafiz Ghazi YAB Menteri Besar Johor, YB Syed Hussien Bin Syed Abdullah serta Tok Penghulu Ketua Kampung Haji Rahmat Abdul Rahim dan juga Maxis atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan sehingga program ini dapat JSS direalisasikan.

❤️ Terima kasih kepada semua peserta. Kehadiran, semangat dan senyuman anda adalah inspirasi buat kami untuk terus berbakti kepada masyarakat.

Jumpa lagi dalam program JSS yang akan datang di Kluang/ Simpang Renggam.🤗🌹

26/07/2026

JSS CLASS CANDLE AROMATHERAPY AT KLUANG, JOHOR.

23/7/2026Utk Class Peserta Dpd Johor Bahru. 🔨 Nak belajar buat Cutting Wooden Board sendiri? Inilah peluang anda!Jom ser...
23/07/2026

23/7/2026

Utk Class Peserta Dpd Johor Bahru.

🔨 Nak belajar buat Cutting Wooden Board sendiri? Inilah peluang anda!

Jom sertai Bengkel Pembuatan Cutting Wooden Board
dan pelajari teknik menghasilkan papan pemotong kayu yang cantik, berkualiti dan boleh dijadikan kegunaan sendiri atau permulaan bisnes kecil.

📅 Tarikh: 2 Ogos 2026 (Ahad)
🕘 Masa:9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Perpustakaan Sultan Ismail Cawangan Kempas, Pusat Komuniti Kempas, Johor Bahru

✨ Terhad kepada 30 peserta sahaja!

📌 Terbuka kepada warga Johor Bahru berumur 18 tahun ke atas.

💖 Kenapa pilih kelas bersama JSS?

Sejak tahun 2019, Johor Srikandi Squad (JSS) telah berjaya menganjurkan pelbagai kelas kerjasama dgn pelbagai agensi kerajaan & swasta utk kemahiran dan keusahawanan dengan lebih 1,000 peserta telah mengikuti program-program kami.

Kami percaya setiap kemahiran yang dipelajari mampu membuka peluang pendapatan, meningkatkan keyakinan diri dan membina komuniti yang lebih berdaya saing.

🎯 Tempat adalah TERHAD!
Daftar sekarang sebelum 28 Julai 2026.

📞 Untuk pertanyaan & pendaftaran:
Pn Roha Yaakob / Pn Yuliana
📱 +60 18-223 1744 / 017-737 3094

Jom belajar, berkongsi ilmu dan bina kemahiran bersama JSS! 🌸

✨ Persiapan Akhir Menjelang Program JSS di Kluang!✨Alhamdulillah, persiapan bagi Kelas Candle Aromatherapy JSS yang akan...
19/07/2026

✨ Persiapan Akhir Menjelang Program JSS di Kluang!✨

Alhamdulillah, persiapan bagi Kelas Candle Aromatherapy JSS yang akan berlangsung pada 26 Julai 2026 kini sedang dijalankan oleh Ketua JSS Kluang Pn Norshila Fauzi .

Hari ini, Pengerusi JSS, Datin Aidah, bersama Pn Norshila, telah mengadakan pertemuan dengan Pn Zura serta rakan beliau selaku care taker / penjaga Balai Raya Jalan Padang Tembak dibawah seliaan Ketua Kampung Padang Tembak , Kluang. Perjumpaan ini bagi membincangkan segala persiapan untuk memastikan program berjalan dengan lancar.

Kami amat bersyukur kerana menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada wanita-wanita di daerah Kluang. Walaupun sasaran asal hanya 30 peserta , kini seramai 32 peserta telah disahkan menyertai kelas ini.

Terima kasih juga kepada semua yang masih menghubungi kami dan menunjukkan minat untuk menyertai program ini. JSS mohon maaf kerana kami tidak dapat menerima penyertaan tambahan memandangkan kapasiti dan bajet program yang terhad.

Insya-Allah, hasil daripada perbincangan hari ini, JSS berharap dapat membawa lebih banyak program pembangunan komuniti, kemahiran dan keusahawanan ke Kluang pada masa akan datang agar lebih ramai masyarakat dapat menikmati manfaatnya.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda kepada Persatuan Kebajikan Skuad Srikandi Johor (JSS). Semoga usaha kecil ini menjadi asbab untuk memperkasa lebih ramai wanita dan memberi manfaat kepada komuniti.

❤️ Kita jumpa anda pada 26 Julai 2026!!

Srikandi Skuad

08/07/2026. 🌹🕯️ Nak belajar buat lilin aromaterapi sendiri? Jom sertai kami! 🌸Pernah terfikir nak hasilkan candle yang c...
08/07/2026

08/07/2026. 🌹

🕯️ Nak belajar buat lilin aromaterapi sendiri? Jom sertai kami! 🌸

Pernah terfikir nak hasilkan candle yang cantik, wangi dan boleh dijadikan hadiah atau dijual sebagai sumber pendapatan? Kini peluang anda dah sampai! ❤️

🌷 JSS House bersama NGO Johor Srikandi Skuad menjemput anda menyertai Basic Candle Aromaterapi Class yang direka khas untuk beginner!

✨ Apa yang anda akan belajar?
✅ Kenali jenis-jenis wax & kegunaannya.
✅ Teknik mencair & menuang wax dengan betul.
✅ Cara memilih fragrance oil yang sesuai.
✅ Teknik memasang wick.
✅ Rahsia menghasilkan candle yang cantik & berkualiti.
✅ Tips memulakan bisnes candle dari rumah.

🎁 Semua bahan disediakan.
🎁 Hasil candle yang anda buat boleh dibawa p**ang.
🎁 Sijil penyertaan turut disediakan.

👩‍🎓 Sangat sesuai untuk:
💕 Suri rumah
💕 Belia
💕 Usahawan
💕 Peminat DIY & kraftangan
💕 Sesiapa yang ingin tambah ilmu dan pendapatan.

📅 26 Julai 2026 (Ahad)
⏰ 8.30 pagi – 2.00 petang
📍 Balai Raya, Jalan Padang, Tembak, Kluang

⚠️ Tempat TERHAD kepada 30 peserta sahaja!

📲 Daftar segera:
📞 Pn. Norhasbila – 011-20177561
📞 Pn. Salmah – 017-7773618

Jangan tunggu sehingga penuh! Mari belajar kemahiran baharu, berkawan dan cipta peluang menjana pendapatan bersama JSS. ❤️

15/06/2026

Sempena ketibaan 1 Muharam bersamaan 17 Jun 2026 , marilah kita membuka lembaran baharu ini dengan hati yang lebih ikhlas, jiwa yang lebih kuat, dan semangat untuk terus berbuat kebaikan dan bertambah amalan ibadah kita.

Hijrah bukan sekadar perpindahan, tetapi perubahan ke arah yang lebih baik dalam kehidupan, keluarga, masyarakat dan hubungan kita dengan Allah SWT.

✨ Tinggalkan yang kurang baik.
✨ Perbaiki yang masih lemah.
✨ Teruskan menyebarkan manfaat kepada insan lain.

Daripada kami di Persatuan Kebajikan Skuad Srikandi Johor (JSS), selamat menyambut Maal Hijrah 1448H

"Hijrah Membawa Perubahan, Kebaikan Membawa Keberkatan."

Address

Johor Bahru

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60166924719

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JSS Johor Srikandi Skuad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JSS Johor Srikandi Skuad:

Shortcuts

Share