09/08/2021
Assalammualaikum dan salam hormat kepada tuan/puan, kami amat mengalu-alukan pihak tuan/puan bagi membantu misi kami bagi kempen baikpulih rumah persatuan yang usang. Rumah persatuan orang cacat dihuni oleh 15 orang cacat diantaranya yang cacat penglihatan, pekak dan sebagainya.
dengan rendah hati kami ingin MEMOHON sumbangan kepada pihak tuan/puan bagi membaikpulih rumah persatuan yang mereka duduki agar mereka dapat tingal dengan selesa.
Kos sebanyak RM40,000.00 untuk membaiki rumah persatuan, lebih-lebih lagi ketika hujan, di tempat tidur mereka dibasahi hujan kerana bumbung yang bocor, begitu juga dengan surau kecil mereka, air yang bocor mengalir masuk ke dalam surau mereka.
Berikan mereka 'nafas baru di tempat tinggal yang dihuni kerana setelah sekian lama mereka tinggal dengan keadaan yang kelihatan daif. Kos bernilai RM40,000.00 amat lah diperlukan bagi mencukupi keperluan mereka.
Bantuan anda amatlah kami hargai dan moga dengan pahala bersedekah dapat membawa segala amal kebajikan anda ke syurgawi dan membawa keberkatan di sepanjang pejalanan. MasyaAllah