16/05/2026
17| May |2026
Baru-baru ini,setelah kerajaan MADANI meluluskan UEC,isu ini kembali menjadi perdebatan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia.Pada pandangan saya :
1. Penolakan terhadap UEC bukanlah kerana kebencian terhadap kaum atau budaya tertentu, tetapi demi mempertahankan asas perpaduan negara.
2. Pendidikan bukan sekadar tempat menimba ilmu,tetapi medan membentuk jati diri bangsa dan menyatukan rakyat di bawah satu
kebangsaan.
3. Bak kata pepatah,‘bersatu kita teguh,bercerai kita roboh’, jika banyak haluan pendidikan dikhuatiri akan mewujudkan jurang yang perlahan-lahan meretakkan kesatuan masyarakat.
4. Bahasa Melayu p**a bukan sekadar bahasa pertuturan,tetapi lambang maruah,identiti dan kedaulatan tanah air yang wajib dipelihara.
5. Sesebuah negara yang kuat lahir daripada satu asas pendidikan yang mampu menyatukan rakyat tanpa mengira bangsa dan latar belakang.
6. Kita boleh berbeza budaya dan bahasa ibunda,namun jangan sampai berbeza arah sebagai sebuah negara.
7. Kerana akhirnya,Malaysia hanya akan terus teguh jika seluruh rakyat berdiri dan bergerak di bawah satu haluan yang sama.
8. Saya sendiri sebelum menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi juga diwajibkan mengambil SPM sebagai asas kelayakan pendidikan kebangsaan.Dengan itu,saya melihat kepentingan satu standard pendidikan yang seragam bagi memastikan setiap pelajar melalui asas yang sama sebelum melangkah ke peringkat seterusnya.
9. “Seperti menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus,tepung jangan berselerak”, setiap dasar pendidikan perlu dilaksanakan dengan penuh hikmah agar tidak menjejaskan keharmonian dan perpaduan yang telah terbina sekian lama.
Dengan pandangan saya ini,
apakah sebenarnya niat di sebalik langkah tersebut?
Adakah langkah ini benar-benar untuk memperkukuh sistem pendidikan negara,atau terdapat pertimbangan lain yang boleh menimbulkan kebimbangan terhadap hala tuju keseragaman dan perpaduan dalam sistem pendidikan Malaysia,yang sewajarnya diperhalusi dengan lebih terbuka dan teliti demi masa depan negara?
Credit : MSI